omniture

Tinjauan Sarapan Sihat Herbalife Mendedahkan Bahawa Pengguna Asia Pasifik Lebih Bermotivasi Untuk Mengambil Sarapan Pagi Pada Setiap Hari Jika Ia Lebih Mudah dan Senang Diperolehi

Herbalife Asia Pacific
2018-04-16 16:37 1298

HONG KONG, 16 April 2018 /PRNewswire/ -- Sebagai sebuah syarikat yang mana tujuannya adalah untuk mewujudkan dunia yang lebih sihat dan lebih bahagia, syarikat pemakanan global, Herbalife, hari ini telah menyiarkan hasil penemuan daripada Tinjauan Sarapan Sihat Asia Pasifik, yang membongkar maklumat tentang sikap dan tabiat pengambilan sarapan dalam kalangan pengguna di rantau ini.

Dapatan Utama Tinjauan Sarapan Sihat Asia Pasifik Herbalife
Dapatan Utama Tinjauan Sarapan Sihat Asia Pasifik Herbalife

Dijalankan pada bulan Februari 2018 dengan lebih daripada 5,500 responden dalam 11 pasaran - Australia, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam, tinjauan ini mendedahkan bahawa meskipun majoriti responden memahami kepentingan sarapan yang sihat dalam menggalakkan kesejahteraan dan mengawal berat badan mereka, masih ramai yang berdepan dengan halangan sebenar untuk mengambil sarapan setiap hari, dan terdorong untuk mengambil sarapan dengan lebih kerap sekiranya ia lebih mudah dan senang diperolehi.

"Saya berasa gembira apabila mengetahui kebanyakan pengguna Asia Pasifik menyedari kepentingan mengambil sarapan. Di Herbalife, kami percaya bahawa terdapat banyak faedah mengambil sarapan yang sihat setiap hari. Sarapan yang sihat bersama dengan pemakanan seimbang bukan sahaja memberikan zat pemakanan yang amat diperlukan untuk hari tersebut, tetapi ia juga mempunyai pelbagai manfaat untuk tempoh jangka masa yang panjang, termasuk menyokong metabolisme yang sihat, kesihatan otak yang lebih baik dan menambah baik pengawalan berat badan," kata Stephen Conchie, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan, Asia Pasifik, Herbalife.

"Walau bagaimanapun, tinjauan ini turut mendedahkan bahawa masih ramai yang tidak mengambil sarapan setiap hari. Seseorang boleh mengatasi halangan dengan mudah dengan bangun daripada tidur 15 minit lebih awal bagi menyediakan sesuatu yang pantas seperti air kocak protein. Pengambilan sarapan yang sihat secara kerap benar-benar dapat menjadi pendorong untuk gaya pemakanan yang lebih sihat sepanjang hari, dan menggalakkan serta mengekalkan kesejahteraan sepanjang hayat," tambah Conchie.

Faedah-faedah pengambilan sarapan

Berdasarkan hasil tinjauan, majoriti pengguna Asia Pasifik memahami kepentingan sarapan, dengan lapan daripada 10 (79 peratus) pengguna menganggap sarapan adalah amat atau terlalu penting bagi mereka, manakala 68 peratus menegaskannya sebagai hidangan paling penting untuk hari mereka, mengatasi 15 peratus pengguna yang memilih makan tengah hari dan 16 peratus memilih makan malam sebagai hidangan paling penting untuk hari mereka.

Apabila ditanyakan mengenai faedah-faedah yang dapat diperoleh dari pengambilan sarapan:

  • 96 peratus responden berkata "memberi mereka tenaga pada waktu pagi"
  • 89 peratus berkata "menyumbang kepada kesejahteraan peribadi mereka"
  • 89 peratus berkata "memulakan proses metabolisme mereka pada waktu pagi"

Apabila ditanyakan mengenai tabiat pengambilan sarapan mereka:

  • 71 peratus menjadikannya keutamaan untuk mengambil sarapan di rumah
  • 13 peratus mengambil sarapan di tempat kerja
  • 10 peratus mengambil sarapan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja
  • Hanya 6 peratus responden tidak mengambil sarapan

Apakah yang dimakan oleh pengguna APAC sebagai sarapan?

Dari segi komposisi zat pemakanan, tinjauan tersebut menunjukkan bahawa meskipun 40 peratus responden menganggap protein sebagai zat pemakanan terpenting dalam sarapan, karbohidrat masih menjadi penyumbang utama kalori yang diambil oleh responden ketika sarapan. Bahkan, makanan tinggi karbohidrat seperti roti atau roti bakar (49 peratus), sarapan gaya tradisional seperti nasi dan mi (46 peratus) dan minuman panas (46 peratus) mengungguli senarai makanan untuk sarapan yang kerap diambil oleh pengguna Asia Pasifik.

Menurut Falsafah Pemakanan Herbalife, pengambilan kalori bagi setiap hidangan perlulah terdiri daripada 40 peratus karbohidrat, 30 peratus protein dan 30 peratus lemak, berserta 25g serat dan lapan gelas air setiap hari bagi menggalakkan kesejahteraan keseluruhan.

Halangan mengambil sarapan setiap hari

Meskipun tinjauan ini menunjukkan bahawa majoriti pengguna mengambil sarapan setiap hari, ia turut mendedahkan bahawa masih ramai yang berdepan dengan halangan sebenar bagi menjadikan sarapan sebagai satu tabiat harian. Tiga penghalang utama yang disebutkan termasuk:

  • Tidak cukup masa (52 peratus)
  • Tidak berasa lapar pada waktu pagi (32 peratus)
  • Pengambilan sarapan memerlukan penyediaan yang banyak (16 peratus)

Apabila ditanyakan mengenai motivasi yang dapat membantu mereka mengambil sarapan setiap hari:

  • 41 peratus responden berkata "mempunyai lebih banyak masa"
  • 40 peratus berkata "membuat sarapan yang lebih mudah dan senang"
  • 38 peratus berkata "mendapat sarapan yang mudah diperolehi"

Jelajah Kesejahteraan Herbalife Asia Pasifik

Bagi mendidik pengguna Asia Pasifik bagaimana untuk mengamalkan tabiat pemakanan yang positif demi kehidupan mereka yang lebih sihat dan lebih bahagia, Herbalife akan membawakan Jelajah Kesejahteraan Asia Pasifik kali kesembilan ke rantau tersebut mulai 13 April hingga 27 Mei. Menampilkan pelbagai simposium perubatan dan ceramah pemakanan yang diadakan di bandar-bandar seluruh Kemboja, Hong Kong, Indonesia, Korea, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand, Jelajah ini bakal menyaksikan pakar-pakar kecergasan Herbalife dan ahli-ahli Lembaga Penasihat Pemakanan Herbalife (NAB) berkongsi kepakaran mereka dalam pelbagai topik berkaitan kesihatan, dengan fokus untuk mendidik orang awam tentang kepentingan dan faedah pengambilan sarapan setiap hari, sekaligus membantu mereka memupuk tabiat pengambilan sarapan yang sihat yang dapat menggalakkan kesejahteraan keseluruhan mereka.

Mengenai Herbalife

Herbalife ialah sebuah syarikat pemakanan global yang matlamatnya adalah untuk mewujudkan dunia yang lebih sihat dan lebih bahagia. Syarikat kami telah melaksanakan misi untuk pemakanan - mengubah kehidupan orang ramai melalui produk dan program pemakanan yang hebat - sejak tahun 1980. Bersama dengan ahli-ahli bebas Herbalife kami, kami komited untuk menyediakan penyelesaian kepada masalah-masalah dunia yang berkaitan dengan pemakanan yang kurang zat dan obesiti, populasi yang meningkat usia, kos rawatan kesihatan awam yang semakin meningkat, serta peningkatan golongan usahawan pada semua peringkat usia. Herbalife menawarkan produk berkualiti tinggi yang disokong oleh sains, kebanyakannya dihasilkan di kemudahan-kemudahan yang dikendalikan oleh Syarikat, tunjuk ajar secara peribadi bersama ahli bebas Herbalife dan pendekatan komuniti yang memberi sokongan yang menginspirasikan pelanggan untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat dan lebih aktif.

Produk-produk Herbalife yang menyasarkan pemakanan, pengurusaan berat badan, tenaga dan kecergasan serta penjagaan peribadi disediakan secara eksklusif untuk dan melalui ahli-ahli Herbalife yang berdedikasi di lebih 90 negara.

Melalui usaha tanggungjawab sosial korporatnya, Herbalife menyokong Yayasan Keluarga Herbalife (HFF) dan program-program Casa Herbalife untuk membantu menyediakan pemakanan yang sihat kepada kanak-kanak yang memerlukan. Herbalife turut berbangga kerana dapat menaja lebih 190 atlet, pasukan dan acara bertaraf dunia di seluruh dunia, termasuk Cristiano Ronaldo, LA Galaxy dan pelbagai pasukan Olimpik.

Herbalife mempunyai lebih 8,000 kakitangan di seluruh dunia dan sahamnya didagangkan dalam Bursa Saham New York (NYSE: HLF) dengan jualan bersih mencecah kira-kira US$4.4 bilion pada tahun 2017. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi Herbalife.com atau IAmHerbalife.com.

Herbalife turut menggalakkan pelabur untuk mengunjungi laman sesawang hubungan pelabur di ir.herbalife.com memandangkan maklumat kewangan dan maklumat lain dikemas kini dan maklumat baharu turut disiarkan.

Pertanyaan Media:

Herbalife Asia Pasifik 
Daliea Mohamad-Liauw 
Naib Presiden, Komunikasi Korporat, Asia Pasifik  
DID: +852-3589-2643
Emel: dalieal@herbalife.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180411/2102205-1

Source: Herbalife Asia Pacific
Keywords: Food/Beverages Restaurants Survey, Polls & Research