omniture

Sunway Umum Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Hospitaliti Baharu

Sunway Hotels & Resorts
2018-04-17 09:00 918

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 April 2018 /PRNewswire/ -- Sunway Hotels & Resorts, bahagian hospitaliti konglomerat Malaysia Sunway Group, hari ini mengumumkan pelantikan Andre Scholl sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi memimpin strategi pertumbuhan syarikat, mendorong kecekapan pengendalian dan menyelia fasa pembangunan seterusnya untuk kumpulan hotel tersebut.

Caption: Andre Scholl, Chief Executive Officer of Sunway Hotels & Resorts
Caption: Andre Scholl, Chief Executive Officer of Sunway Hotels & Resorts

Scholl ialah seorang ahli profesional dalam industri hospitaliti yang mempunyai lebih 30 tahun pengalaman kepimpinan, pernah berkhidmat untuk kumpulan-kumpulan hotel global selepas memulakan kerjaya beliau di Switzerland. Seorang warga Switzerland, Scholl mendapat pendedahan antarabangsa yang pelbagai, mempunyai kelihaian perniagaan yang baik dan mencapai kejayaan-kejayaan dalam memimpin pelbagai hartanah bandar dan pusat peranginan, selain pembangunan pusat bandar tunggal dan guna campur di bandar-bandar utama dan sekunder di seluruh Asia dan Eropah. Kepimpinan dan pengalaman operasi beliau yang terbukti dalam sektor hospitaliti termasuk kebolehan beliau untuk meningkatkan keuntungan, menggunakan semula aset-aset dengan baik dan membina pasukan yang kohesif akan menjadi sangat berharga untuk Sunway tatkala ia berusaha untuk mengukuhkan dan meluaskan kedudukannya di Malaysia dan seluruh rantau.

"Ini merupakan satu keistimewaan kerana dapat memimpin Sunway Hotels & Resorts pada saat yang mengujakan ini. Tatkala kami berusaha mencapai visi baharu Sunway untuk menjadi perbadanan model Asia dalam pembangunan mampan dengan menginovasi untuk memperkayakan kehidupan demi masa depan yang lebih baik, saya yakin kami mampu meneruskan kejayaan tersebut dan memimpin Sunway Hotels & Resorts menerusi fasa kecemerlangan operasi, pembangunan dan pertumbuhan kumpulan yang seterusnya," kata Scholl.

Scholl mempunyai kelihaian perniagaan dan kewangan yang baik, menyediakan hala tuju strategik untuk peluasan, pengubahsuaian, pembukaan baharu dan pembangunan semula hotel terancang, termasuk rekayasa semula model-model perniagaan operasi dalam lanskap sosiopolitik dan ekonomi yang berubah. Dengan fokus yang tinggi terhadap pembangunan kakitangan dan pengalaman tetamu, matlamat sepanjang hayat Scholl adalah berlandaskan kepada kepercayaan untuk mengambil berat tentang kakitangan dan sebagai balasannya, kakitangan akan menjaga tetamu dan perniagaan akan dapat diurus dengan sendirinya.

Menerusi keupayaan baharu beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Scholl akan menggalas tanggungjawab untuk 11 hotel dan pusat peranginan Sunway Hotels & Resorts di Malaysia, Kemboja dan Vietnam yang mempunyai lebih 3,300 bilik tamu, suit, kediaman berservis dan vila mewah; serta pelbagai kemudahan konvensyen, mesyuarat dan pameran.

Tumpuan terkini beliau adalah untuk mengendalikan strategi syarikat, meningkatkan kecemerlangan operasi dan menyokong pertumbuhan masa depan hartanahnya; memaksimumkan potensi jejak jenama ini khususnya dalam pasaran tradisional dan baharu serta mencapai hasil yang lebih tinggi.

Jawatan-jawatan terdahulu yang disandang oleh Scholl sebelum menyertai Sunway Hotels & Resorts ialah Naib Presiden Kanan Kumpulan untuk Regent Hotels & Resorts yang mana beliau bertanggungjawab untuk operasi-operasi jenama untuk hotel-hotelnya di Taipei, Beijing, Berlin, Porto Montenegro dan Chongqing; serta turut mengendalikan pembangunan hotel baharu kumpulan di Harbin, Jakarta, Phu Quoc dan Boston.

Terdahulu, beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden - Operasi Kumpulan dan seterusnya sebagai Ketua Pegawai Operasi untuk Marco Polo Hotels, yang mana beliau bertanggungjawab untuk semua 13 Marco Polo Hotels di Hong Kong, Tanah Besar China dan Filipina. Beliau turut memimpin pasukan dalam pembangunan reka bentuk dan pengubahsuaian bagi himpunan hotel premium baharu, Niccolo by Marco Polo.

Scholl pernah menyandang pelbagai jawatan kepimpinan kanan untuk hotel-hotel antarabangsa mewah yang terkemuka di seluruh Asia, Timur Tengah dan Eropah, bersama jenama-jenama seperti Shangri-La, Conrad, Mandarin Oriental dan Hilton Hotels & Resorts. Beliau memperoleh kelayakan profesional daripada RMIT University, Australia dalam Pentadbiran Perniagaan.

LATAR BELAKANG SUNWAY HOTELS & RESORTS:

Sunway Hotels & Resorts, bahagian hospitaliti konglomerat Malaysia yang terkemuka, Sunway Group, mengendalikan dan mengurus 11 hotel dan pusat peranginan di Malaysia, Kemboja dan Vietnam, menyediakan himpunan lebih 3,300 bilik tamu, suit, kediaman berservis dan vila. Portfolio aset dan perkhidmatan hospitaliti kumpulan hotel tersebut yang pelbagai melibatkan pemilikan dan pengurusan kluster hotel dengan kemudahan konvensyen, mesyuarat dan pameran yang luas di bandar bersepadu, kepada destinasi vila persendirian, tempat percutian kesihatan dan portfolio yang menyediakan hotel-hotel 5-bintang, 4-bintang dan 3-bintang dalam pembangunan guna campur. Untuk maklumat lanjut tentang Sunway Hotels & Resorts, sila layari https://www.sunwayhotels.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180327/2089937-1

Source: Sunway Hotels & Resorts
Keywords: Hotels and Resorts Travel Workforce Management/Human Resources Personnel announcements