omniture

JIINTECH Lancar Perumah Elektronik Digital: JN-EH35

Boleh juga digunakan dalam iklim melampau, sekaligus menyelesaikan isu-isu CCTV seperti pemanasan dan resolusi rendah
JIINTECH
2018-04-17 13:00 535

SEOUL, Korea Selatan, 17 April 2018 /PRNewswire/ -- JIINTECH (Ketua Pegawai Eksekutif: Jihyun Park), syarikat inovasi teknologi yang membangunkan pelbagai penyelesaian keselamatan, baru-baru ini melancarkan JN-EH35, perumah elektronik digital yang dapat menyelesaikan masalah-masalah biasa pada CCTV - pemanasan dan resolusi rendah.

 

Sebagai sistem kawalan perumah digital yang mempunyai teknologi berdaya saing dan berbeza dari segi global, 'JN-EH35' mengekalkan suhu dalaman (suhu delta melebihi 35 darjah Celsius) pada suhu tinggi (melebihi 70 darjah Celsius) dan rendah (di bawah paras negatif 40 darjah Celsius) berdasarkan teknologi JIINTECH.

Sistem pemantauan pendinginan bersaiz kecil ini diperbuat daripada dwikaca depan dalam struktur perumah tertutup manakala suhu boleh ditetapkan dan diselaraskan dengan menggunakan kotak kawalan. Selain itu, panduan gelongsor membolehkannya dipasang pada pelbagai produk dan ia juga bersifat mesra alam memandangkan ia tidak menggunakan air pendingin atau bahan penyejuk.

Ciri paling ketara pada 'JN-EH35' ialah perumah elektronik ini memberikan perlindungan untuk CCTV dan peralatan komunikasi dalam iklim melampau. Sebagai jenis modul, ia lebih mudah dipasang dan diselenggarakan berbanding produk-produk lain yang serupa.

Di samping itu, selagi mana terdapatnya pendahulu masuk elektrik, peralatan dalaman boleh dilindungi daripada suhu melampau. Hasilnya, ia merupakan pilihan yang lebih menjimatkan berbanding perumah pendinginan udara atau pendinginan air konvensional serta mempunyai struktur yang lebih ringkas. Atas sebab-sebab ini, produk ini telah mendapat perhatian luas daripada pasaran global sejak dilancarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif JIINTECH, Jihyun Park berkata, "Industri ini menunjukkan minat mendalam terhadap perumah elektronik digital, CCTV JN-EH35. Kami berasa gembira kerana perumah elektronik kami yang membolehkan pengguna menggunakan CCTV dalam persekitaran melampau pada suhu tinggi atau rendah serta kelembapan tinggi telah memberi pengiktirafan kepada kuasa teknologi kami dan Korea."

Beliau menambah, "JIINTECH menyediakan produk dan perkhidmatan unggul berdasarkan perancangan baharu dan inovatif, sistem yang berbeza serta kepakaran bidang yang beraneka dalam pasaran pemantauan dan pengawasan digital yang berkembang pesat. Berdasarkan teknologi dan kemanusiaan kami, kami akan melakukan yang terbaik untuk mewujudkan syarikat sistem pengawasan bertaraf dunia dalam pasaran Korea dan juga dunia."

Untuk maklumat lanjut tentang JIINTECH, layari www.jiintech.kr/en

Hubungi : Jihyun Park
+82-70-7116-0079
pjh@jiintech.kr

Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/201804/jintech/video.mp4

Source: JIINTECH
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics High Tech Security New products/services