omniture

Prolight + Sound Guangzhou 2018 yang diperbaharui tinjau peluang dalam penumpuan teknologi

Messe Frankfurt (HK) Ltd
2018-04-17 15:00 653

GUANGZHOU, China, 17 April 2018 /PRNewswire/ -- Bagi menekankan dorongan ke arah penumpuan teknologi dalam sektor-sektor AV profesional dan IT, Prolight + Sound Guangzhou 2018 akan menumpu pada penyelesaian bersepadu dalam segmen-segmen audio, pencahayaan, komunikasi, persidangan dan KTV. Pameran ini dijangka dapat menampung 1,300 pempamer dan lebih 75,000 pengunjung dalam 13 dewan bertema (130,000 meter persegi) dan Y-Channel mulai 10 – 13 Mei di Kawasan A bertempat di Kompleks Pameran Import dan Eksport China di Guangzhou.

Spektrum lengkap bagi produk audio dan pencahayaan akan diperkenalkan dalam beberapa dewan dan zon termasuk:

  • Dewan Nama Jenama Audio – pameran khusus untuk jenama-jenama audio antarabangsa yang utama
  • Dewan Mikrofon Enping
  • Dewan KTV
  • Dewan Produk Pencahayaan
  • Dewan Audio Profesional
  • Zon Theatre K. Pub

Pameran tonjolkan penyelesaian dalam komunikasi dan persidangan, karaoke dan set pawagam rumah

Penyelesaian bersepadu yang terkini daripada pasaran-pasaran China yang sedang berkembang – sektor-sektor komunikasi dan persidangan, karaoke dan set pawagam rumah – akan ditonjolkan di Dewan Y-Channel dan Dewan Nama Jenama Audio.

Barisan pempamer terdiri daripada Absen, Antelope Audio, APG, Audio-technica, AV Media, Beyerdynamic, Beyma, BIK, BMB, Bosch, Bose, Clay Paky, Celestion, d&b audioteknik, DAS, db technologies, DMT, EM Acoustics, Enne, EZ Pro, FBT, Harman, IAG, Klotz, Kvant, Lavoce, QSC, RCF, SAE, SE Audioteknik, Sennheiser, Shure, Sony, Stagetec, Taiden, Takstar, TW Audio, Tymphany, Yamaha dan banyak lagi.

Kerjasama strategik bawakan penerokaan baharu untuk sektor-sektor audio profesional, pencahayaan dan hiburan  

Bagi menggalakkan kolaborasi rentas-industri antara sektor-sektor audio profesional, pencahayaan dan hiburan, "Pameran Radio, Filem & Televisyen Antarabangsa Guangzhou serta Pameran Teknologi Televisyen 4K" akan diadakan serentak di Kawasan B. Sinergi yang tercetus antara kedua-dua pameran akan membantu merangsang seluruh rantaian bekalan teknologi 4K, memberi manfaat kepada syarikat-syarikat filem dan televisyen, penyedia penyelesaian transmisi, pemproses dan penyepadu isyarat imej. Ia juga akan meluaskan rangkaian tawaran produk dan mendedahkan para hadirin dengan dimensi baharu dalam industri hiburan.

Program Khas: Kursus Latihan Tahunan PLSG

Kursus Latihan Tahunan PLSG, yang merangkumi Rangka Tindakan Mencapai Kejayaan dalam Pengelolaan Festival Muzik dan Latihan Pensijilan Dante @ Guangzhou, berperanan bagi menangani keperluan untuk meningkatkan kemahiran perancangan acara dan piawaian teknikal untuk industri hiburan Cina.

Acara-acara lain

Prolight + Sound Guangzhou dianjurkan oleh Messe Frankfurt dan Guangdong International Science and Technology Exhibition Company. Untuk butiran lanjut, sila layari www.prolightsound-guangzhou.com atau emelkan kepada plsgz@hongkong.messefrankfurt.com.

Hubungi:

Andrew Tsang
Tel. +852 2230 9281
andrew.tsang@hongkong.messefrankfurt.com

Source: Messe Frankfurt (HK) Ltd
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Music Trade show news