omniture

AACSB International Iktiraf 30 Sekolah Takrifkan Maksud Memimpin Dunia yang Berubah-ubah

AACSB International
2018-04-17 21:00 404

TAMPA, Florida, 17 April 2018 /PRNewswire/ -- Sebagai tindak balas kepada perubahan global yang pesat, sekolah-sekolah perniagaan tidak lagi mendidik pelajar tentang cara-cara dunia berfungsi; mereka mendidik pelajar mengenai dunia yang masih belum lagi wujud. Pendekatan-pendekatan berani dan inovatif terhadap pembangunan kepimpinan adalah kunci kejayaan mereka. Hari ini, AACSB International—The Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) mengiktiraf 30 institusi global yang menakrifkan maksud untuk memimpin dalam mendepani ketidakpastian dan memupuk himpunan kemahiran yang penting dalam generasi pemimpin perniagaan akan datang.

Cabaran Innovations That Inspire tahunan kali ketiga mengiktiraf institusi-institusi dari serata dunia yang menjadi juara perubahan dalam lanskap pendidikan perniagaan, dengan tumpuan khusus terhadap inovasi dalam pembangunan kepimpinan—tunggak utama proses akreditasi dan salah satu daripada lima peluang yang dikenal pasti dalam Visi Kolektif AACSB untuk pendidikan perniagaan.

"Risiko terbesar terhadap sekolah-sekolah perniagaan bukanlah kadar perubahan yang pesat; sebaliknya, kegagalan untuk mempersiapkan generasi pemimpin perniagaan akan datang untuk menghadapi perubahan," kata Thomas R. Robinson, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AACSB. "Mengajar pelajar untuk menyesuaikan diri adalah pulangan pelaburan terbaik yang dapat kami sediakan, dan atas sebab inilah saya amat berbangga untuk memberi penghormatan kepada 30 institusi ini yang melaksanakan program-program pembangunan kepimpinan yang terbaik dalam kelasnya, yang akan memastikan pemimpin-pemimpin masa depan kita bersiap sedia mendepani segala-gala yang menanti di hadapan."

Para penerima Innovations That Inspire 2018 diiktiraf atas pencapaian pembangunan kepimpinan mereka dalam tiga segmen berbeza:

  • Mengukuhkan Pemahaman Pembangunan Kepimpinan Berkesan:
    Sekolah-sekolah perniagaan bekerjasama dengan industri untuk mengumpulkan maklumat dipacu data dari segi amalan dan pendekatan kepimpinan yang paling berkesan. Menerusi kerjasama dengan P&G, University of Florida Warrington College of Business menawarkan inisiatif pembelajaran berasaskan pengalaman yang menggalakkan pelajar untuk mengaplikasikan prinsip-prinsip kepimpinan utama seperti kecerdasan emosi, kepimpinan pasukan dan pengaruh.
  • Meningkatkan Pendekatan terhadap Pendidikan dan Pembangunan Kepimpinan:
    Di dalam dan luar bilik darjah, sekolah-sekolah perniagaan mewujudkan peluang-peluang bukan tradisional dan kadang kala peluang rentas bidang untuk pelajar mengasah kemahiran kepimpinan mereka. Di New Zealand, Sekolah Perniagaan Victoria, Victoria University of Wellington membawa pelajar mengikuti lawatan sambil belajar maya ke Fiji bagi mempelajari tentang pembangunan mampan dan dalam masa yang sama berdepan dengan realiti yang muncul apabila pembangunan perniagaan dirancang.
  • Menggalakkan Rancangan Kepimpinan Sekolah Perniagaan:
    Sekolah-sekolah perniagaan mengaplikasikan amalan pembangunan kepimpinan untuk melatih pemimpin-pemimpin masa kini dan akan datang dalam bidang akademik untuk berfikir dengan lebih strategik dalam perusahaan akademik. Program Bakat Muda Sekolah Perniagaan Lagos menangani kekurangan ilmuwan di seluruh Afrika dengan mengundang para pelajar untuk mengambil bahagian dalam program pementoran yang memperkenalkan kerjaya melibatkan penyelidikan dan pengajaran dalam pendidikan perniagaan.

Bagi mendapatkan gambaran keseluruhan bagi kesemua inovasi yang ditampilkan, layari www.aacsb.edu/innovations-that-inspire.

Latar Belakang AACSB International
Sebagai gabungan pendidikan perniagaan terbesar di dunia, misi AACSB adalah untuk memupuk penglibatan, mempercepatkan inovasi dan memperluas kesan dalam pendidikan perniagaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari aacsb.edu.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/492010/AACSB_International_Logo.jpg

Source: AACSB International
Keywords: Education Higher Education Workforce Management/Human Resources