omniture

Hadiah Juri Anugerah Penyelidikan Antarabangsa Sakip Sabanci 2018 Disampaikan kepada Adam Przeworski, Profesor Politik Carroll and Milton Petrie di Universiti New York

Sabanci University
2018-04-18 22:40 680

ISTANBUL, 18 April 2018 /PRNewswire/ -- Bagi memperingati mendiang Sakip Sabanci, seorang ahli perniagaan, dermawan dan Pengerusi Kehormat Lembaga Pemegang Amanah Universiti Sabanci, Turki, "Anugerah Penyelidikan Antarabangsa Sakip Sabanci" disampaikan pada 10 April 2018 di Istanbul, Turki.

Anugerah ini menggalakkan kajian dilakukan terhadap semua aspek mencakupi budaya, masyarakat dan politik, serta bagi mendukung contoh-contoh penyelidikan baharu yang penting dengan tujuan untuk menggalakkan tumpuan intelektual terhadap peranan Turki dalam dunia kontemporari. Sejak 13 tahun lalu, Anugerah ini diberikan untuk subjek-subjek yang bermula daripada ekonomi kepada dasar luar, sejarah dan dinamik sosial. Lebih 370 penyerahan diterima dari 31 negara untuk 13 Anugerah yang diberikan setakat ini. Tema bagi tahun 2018 ialah "Cabaran-cabaran terhadap Pemerintahan Demokratik dan Kehidupan Bersama di Turki dan dunia."

Pengerusi Pengasas Lembaga Pemegang Amanah Universiti Sabanci Güler Sabanci menyebutkan dalam majlis penyampaian anugerah bahawa, "Turki menjadi penghubung antara Barat dan Timur dari segi tahap geopolitik dan budaya, berperanan sebagai kuasa serantau dan pengusaha global demi keamanan dunia. Kita perlu mengutamakan penjanaan pengetahuan, penyelidikan, pemikiran dan perbincangan saintifik bagi membolehkan Turki menjadi negara yang berkesan, berkebolehan dan konsisten dalam usaha mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah serantau dan dunia." Tema Anugerah 2019 ditetapkan sebagai "Masa Depan Multipartisanisme dalam Gangguan Global: Tinjauan Semula terhadap Keselamatan, Ekonomi dan Demokrasi."

Pemenang Hadiah Juri ialah Adam Przeworski, seorang yang berpengalaman dalam bidang sains politik yang telah menjalankan kajian mengenai demokrasi selama lebih 50 tahun dan telah menginspirasikan ramai saintis politik muda di Turki dan seluruh dunia. Adam Przeworski, Profesor Politik Carroll and Milton Petrie di Universiti New York, memenangi Hadiah Juri atas hasil kerja luar biasa beliau tentang rejim dan pasaran demokrasi.

Semasa berucap dalam majlis penyampaian anugerah, Adam Przeworski berkata bahawa "Kita mempunyai masalah transnasional yang sama, yang memerlukan usaha-usaha antarabangsa bagi menanganinya. Beliau turut berkata bahawa anugerah ini adalah relevan khususnya untuk saintis-saintis muda bagi meneruskan usaha-usaha global mereka."

Anugerah Esei disampaikan kepada penyelidik-penyelidik muda iaitu Selim Erdem Aytac untuk esei beliau "Tarikan Populisme dan Peranan Perbincangan Elit: Bukti dari Turki (The Appeal of Populism and the Role of Elite Discourse: Evidence from Turkey)", İpek Çinar untuk esei beliau "Rombakan Demokrasi: Pilihan-pilihan Strategik oleh Bakal Autokrat (Democracy Dismantled: Strategic Choices of Would-be Autocrats)" dan Berk Esen untuk esei beliau "Perkaitan Elektif antara Kemunduran Demokrasi dan Populisme: Kes-kes Tukri dan Hungary menurut Perspektif Perbandingan (Elective Affinities between Democratic Backsliding and Populism: the Cases of Turkey and Hungary in Comparative Perspective)."

Omer Ertum
omertum@sabanciuniv.edu
+90-216-483-93-02

Sumber: Sabanci University

Source: Sabanci University
Keywords: Education Higher Education Awards