GOTHENBURG, Sweden, 19 April 2018 /PRNewswire/ --
Paparan ulung trak elektrik sepenuhnya yang pertama oleh Volvo Trucks
Bagaimana keperluan yang semakin meningkat untuk mengangkut barang-barang wujud serentak dengan keperluan untuk mengehadkan kesan lalu lintas bandar terhadap kesihatan manusia? Sebahagian daripada jawapannya ialah trak dengan pemanduan elektrik sepenuhnya, yang telahpun diumumkan oleh sebilangan pengeluar.
Pasukan kamera daripada INFOkontor meninjau di sekeliling Gothenburg, tatkala pengeluar trak global memperlihatkan trak elektrik pertama dalam pengeluaran secara bersiri. Selain itu, projek "ElectriCity" berserta laluan bas elektrik sepenuhnya menunjukkan sejauh mana hingar yang rendah dan emisi yang sedikit mampu melegakan kehidupan di bandar dengan menggunakan pemacu elektrik.
Peristiwanya ialah paparan ulung dunia bagi Volvo FL Electric, yang telahpun memulakan operasi biasa untuk pelanggan. Permulaan pengeluaran secara bersiri dirancang pada awal tahun 2019. Volvo Trucks dianggap sebagai pelopor dalam usaha pembangunan ini, bukan sahaja dalam motor elektrik, tetapi juga untuk bateri trak, kapasiti dan julat beban.
Sebagai sebahagian daripada pandangan yang holistik terhadap kehidupan bandar, teknologi baharu ini akan mendayakan pengangkutan jalan pada waktu malam, mengurangkan sebahagian besar beban di jalan raya dan masa yang diperlukan untuk logistik bandar.
Kandungan video editorial INFOkontors memaparkan pengenalan kepada Volvo FL E-Truck baharu, kegunaan semasa dan masa depan serta soalan-soalan kritikal mengenai pengangkutan.
Kandungan Video - percuma untuk kegunaan penyuntingan anda (TV dan Dalam Talian termasuk Media Sosial)
https://1drv.ms/f/s!ApKyqHYU7IqGsET1AtDFslkME6W5
Laporan TV | Rencana Editorial
Kira-kira 5:50 minit
Disediakan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Jerman serta versi tanpa komentar
Laporan Dalam Talian | Rencana Pendek
Kira-kira 1:45 minit
Disediakan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Jerman serta versi tanpa komentar
Rakaman TV | 2 Suntingan Awal
Kira-kira 4 minit dan kira-kira 10 minit
Turut disediakan dalam skrip Bahasa Inggeris
Semua kandungan sedia dimuat turun mulai hari Selasa, 17 April 2018.
Hubungi:
Wilfried Große-Berg
+49-221/7520250