omniture

Rakan Kongsi Nexen Tire Manchester City Dijulang Juara Liga Perdana Inggeris 2017/18

Rakan kongsi sekian lama Nexen Tire Manchester City Football Club rangkul gelaran EPL, akhiri musim yang mencatat rekod
Nexen Tire
2018-04-19 10:44 1087

SEOUL, Korea Selatan, 19 April 2018 /PRNewswire/ -- Nexen Tire, pengeluar tayar global yang terkemuka, mengadakan sambutan selaku Rakan Kongsi Rasmi Juara Liga Perdana, tatkala rakan kongsi sekian lamanya Manchester City Football Club (Manchester City) dinobat dengan gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 2017/18 hujung minggu lalu.

Rakan Kongsi Nexen Tire Manchester City Dijulang Juara Liga Perdana Inggeris 2017/18
Rakan Kongsi Nexen Tire Manchester City Dijulang Juara Liga Perdana Inggeris 2017/18

Manchester City memastikan kemenangan musim ini dengan menjaringkan mata 3-1 menerusi perlawanan menentang Tottenham Hotspur yang diadakan di Stadium Wembley pada hari Sabtu, 14 April lalu. Dengan lima lagi perlawanan berbaki, Manchester City menjadi salah satu kelab terpantas dalam sejarah EPL yang berjaya merangkul trofi, seraya menyaingi rekod liga yang dilakar oleh Manchester United dalam musim 2000/01. Ini merupakan kali ketiga Manchester City menjadi juara Kempen EPL, dengan kesemua gelaran juara diperoleh dalam tempoh enam tahun lalu.

"Sebagai Rakan Kongsi Tayar Rasmi Manchester City, kami berasa teruja dengan berita bahawa Kelab ini telahpun mengesahkan gelaran Juara Liga Perdana Inggerisnya," kata Travis Kang, Ketua Pegawai Eksekutif Nexen Tire. "Ia merupakan musim yang hebat buat rakan kongsi Kelab, Nexen Tire, dengan Manchester City berjaya memenangi trofi Liga Perdana Inggeris dan Piala Carabao. Kami mengharapkan perkongsian strategik yang berterusan dengan Manchester City agar dapat mendekati lebih ramai peminat seluruh dunia dan mendorong kesedaran jenama kami."

Nexen Tire akan turut menayangkan video ucapan tahniah yang menampilkan tiga pemain utama Manchester City -- Vincent Kompany, Ederson Moraes dan Benjamin Mendy -- melalui saluran media sosial syarikat, termasuk Facebook (https://www.facebook.com/NEXENTIRE.GLOBAL/) dan YouTube (https://www.youtube.com/user/nexentireglobal). 

Nexen Tire melanjutkan perkongsian selama beberapa tahun dengan Manchester City pada Mac 2017, menjadi Rakan Kongsi Lengan Baju Rasmi yang pertama seumpamanya dalam sejarah EPL. Syarikat telah meningkatkan kesedaran jenama globalnya melalui perkongsian strategik ini dan merancang untuk meneruskan pelbagai usaha pemasaran yang luas bersama kelab ini.  

Kemenangan EPL oleh Manchester City akan disambut secara rasmi pada 6 Mei, apabila Kelab menjulang trofinya dalam perlawanan menentang Huddersfield Town. Pemain-pemain Kelab menonjolkan prestasi yang tiada tandingan pada musim ini, termasuk kemenangan 18 perlawanan secara berturut-turut, iaitu kejayaan kemenangan berturut-turut yang paling panjang dalam sejarah EPL. Pasukan ini juga memenangi Piala Carabao pada Februari lalu buat kali kelima dalam sejarah Kelab. Nexen Tire mengiringi kemenangan Manchester City sebagai Rakan Kongsi Lengan Baju Rasmi pasukan, menyokong dan meraikan kemenangan Kelab di atas padang.

Latar Belakang Nexen Tire

Nexen Tire, ditubuhkan pada tahun 1942, ialah pengeluar tayar global yang beribu pejabat di Yangsan, Wilayah Gyeongsang Selatan, dan di Seoul, Korea Selatan. Nexen Tire, salah satu pengeluar tayar yang paling pesat berkembang di dunia, bekerjasama dengan 491 pengedar yang berada di 141 negara seluruh dunia (setakat Julai 2015) dan memiliki tiga kilang pengeluaran – dua di Korea (Yangsan dan Changnyeong) dan satu di Qingdao, China. Satu lagi kilang di Zatec, Republik Czech akan mula beroperasi pada tahun 2018. Nexen Tire mengeluarkan tayar untuk kereta penumpang, SUV dan trak ringan dengan menggunakan teknologi canggih serta kecemerlangan rekaan. Syarikat turut menumpu pada pengeluaran tayar UHP, yang berasaskan teknologi termaju. Nexen Tire membekalkan tayar OE kepada pembuat kereta global di pelbagai negara seluruh dunia. Pada tahun 2014, syarikat mendapat gelaran 'grand slam' setelah merangkul 4 anugerah rekaan terpenting dunia buat kali pertama dalam kalangan pelbagai pembuat tayar di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.nexentire.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180418/2108397-1

Source: Nexen Tire
Related Links:
Keywords: Auto Sporting Events Sports