omniture

Legrand.com Baharu Tumpu Pengalaman Pengguna dan Responsif 100%

Legrand
2018-04-19 14:00 831

LIMOGES, Perancis, 19 April 2018 /PRNewswire/ --

Kandungan dinamik, kurang klik dan laman sesawang responsif sepenuhnya: Legrand bawakan kehadiran digitalnya ke tahap seterusnya dan tingkatkan pengalaman pengguna

Legrand, peneraju bagi infrastruktur bangunan elektrik dan digital, baru sahaja melancarkan laman sesawang korporat baharunya, kini tersedia dalam Bahasa Perancis dan Bahasa Inggeris di http://www.legrand.com. Sebagai sebahagian daripada revolusi yang kini berlaku dalam ketersambungan bangunan, laman sesawang baharu ini akan membantu meningkatkan kehadiran digital Kumpulan. Ia akan meningkatkan pengalaman pengguna dengan tumpuan lebih tinggi terhadap audiens sasarannya, kandungan yang dipertingkat dan pendekatan yang lebih dipacu-sosial.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

https://www.multivu.com/players/uk/8310651-legrand-dynamic-digital-user-experience/

Kandungan yang dipertingkat itu mengukuhkan kedudukan editorial Legrand dalam topik-topik utama, khususnya dengan tujuan untuk menjadikan maklumat kewangan lebih mudah diakses, menekankan tindakan Tanggungjawab Sosial Korporat dan menonjolkan usaha kami terhadap inovasi. Kandungan baharu dan dinamik itu turut disediakan melalui saluran-saluran komunikasi baharu (YouTube, Twitter, Instagram, LinkedIn) dalam format yang inovatif, seperti dinding media sosial.

Di samping itu, seni bina maklumat dengan sasaran keutamaan memudahkan pengalaman setiap pengguna.

Akhir sekali, dari sudut pandang teknikal semata-mata, laman sesawang baharu ini menggabungkan amalan terbaik dan teknologi terkini yang terdapat dalam pasaran. Reka bentuk yang responsif sepenuhnya menjadikan laman sesawang lebih mudah digunakan di mana-mana jua.

     (Foto: https://mma.prnewswire.com/media/678049/Legrand.jpg )

Source: Legrand
Keywords: Construction/Building Electrical Utilities Internet Technology Utilities