omniture

Bond No. 9 raikan Kuasa Wanita - bukan sahaja dengan haruman, malah juga dengan kepintaran wanita dan kedermawanan syarikat kami. Sila ikuti teladan kami!

Bond No. 9
2018-04-19 20:00 624

NEW YORK, 19 April 2018 /PRNewswire/ -- Golongan wanita di mana-mana jua pada hari ini terus bergerak maju ke barisan hadapan, menonjolkan kekuatan dari segi bilangan dan memperlihatkan kewibawaan mereka yang belum pernah disaksikan sebelum ini. Bagi Bond No. 9 dan presiden pengasas kami, Laurice Rahmé, fenomena ini berlaku pada detik yang paling tepat. Usah salah sangka, kami tetap sayangkan lelaki. Namun demikian, kami kini bergandingan dengan wanita di mana-mana jua untuk meraikan kuasa dan kekuatan yang baru kami tonjolkan ini, di samping usaha kami (yang amat bercirikan kewanitaan) ke arah keamanan buat semua. Kami dengan berbesar hatinya menyatakan bahawa butik minyak wangi kami telah menyokong dan meneladani Kuasa Wanita sejak permulaan kami yang serba sederhana 14 tahun yang lalu. Kami berharap agar kisah kami dan pencapaian di luar kotak kami, akan mencurahkan inspirasi kepada wanita lain, sama ada dalam perniagaan mereka atau dalam kehidupan yang sedang dijalani.

Introducing Bond No. 9’s Spring Fling Swarovski Mother’s Day Limited Edition. Spring Fling, Bond No. 9’s newest eau de parfum, is a vivacious feminine floral celebrating the city in bloom. Notes: Lily of the Valley, Passionflower, Honeysuckle, Jasmin, Freesia Amber, Musk. Bond No. 9’s Spring Fling Swarovski Limited Edition arrives on counter just in time for Mother’s Day and will retail for $475 at Bond No. 9 New York Boutiques, Saks Fifth Avenue nationwide, select Bloomingdales stores, Harrods UK and www.bondno9.com (PRNewsFoto/Bond No. 9)
Introducing Bond No. 9’s Spring Fling Swarovski Mother’s Day Limited Edition. Spring Fling, Bond No. 9’s newest eau de parfum, is a vivacious feminine floral celebrating the city in bloom. Notes: Lily of the Valley, Passionflower, Honeysuckle, Jasmin, Freesia Amber, Musk. Bond No. 9’s Spring Fling Swarovski Limited Edition arrives on counter just in time for Mother’s Day and will retail for $475 at Bond No. 9 New York Boutiques, Saks Fifth Avenue nationwide, select Bloomingdales stores, Harrods UK and www.bondno9.com (PRNewsFoto/Bond No. 9)

Bond No. 9 ialah syarikat milik penuh dan dikendalikan secara bebas oleh wanita, iaitu tidak lain dan tidak bukan pengasas, presiden dan ketua kreatif kami, Laurice Rahmé. Kami dengan bangganya merupakan syarikat bukan korporat, malah berpendirian antikorporat. Perniagaan kami yang menongkah arus adalah berani, lucu, menyeronokkan, ikonoklastik dan berjiwa bebas.

Salah satu daripada sekian banyak aspek inovatif Bond No. 9 yang kami berasa begitu bangga untuk memberitahu anda ialah sifat sivik kami. Perniagaan minyak wangi mungkin segala-galanya berkisar tentang  cinta dan tarikan, namun begitu, syarikat kami juga dan akan sentiasa bersikap prihatin terhadap bandar, negara dan dunia kami yang lebih luas. Minyak wangi amal kegemaran kami yang paling laris terjual, contohnya, Scent of Peace, bertujuan memberikan penghormatan kepada pemimpin global yang berpangkalan di New York, yang berusaha mengekalkan keamanan dan merungkaikan konflik, iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Berikutan pengenalan haruman tersebut, kami dengan rasminya menaja Seeds of Peace, iaitu sebuah pertubuhan antarabangsa yang dikhususkan untuk menyatukan pemimpin-pemimpin muda dari wilayah-wilayah yang dilanda konflik. Tambahan lagi, presiden kami, Laurice Rahmé, menyokong Women for Peace Association P.B.B. melalui hasil kutipan jualan global Scent of Peace. Atas usahanya itu, Laurice Rahmé menjadi salah seorang penerima kehormat bagi tahun 2015 daripada Persatuan tersebut.

Mengenai 70 minyak wangi kami: Ia dihasilkan dan dipakejkan dengan sentuhan wanita. Kesemuanya mempunyai keunikan tersendiri yang menjadikannya dapat dikenali serta-merta sebagai minyak wangi Bond No. 9.  Ia dikenali sebagai minyak wangi pengambil risiko dan penetap langkah dengan profil-profil luar biasa yang mengelakkan ciri kemanisan tradisional. Kami lebih teruja dan bersemangat untuk meraikan wanita hari ini. Sebagai contoh: Kami mempunyai haruman untuk gadis tegas abad ke-21. Kami juga mempunyai haruman androgini taksa dan kami turut memperkenalkan haruman digital yang pertama di dunia. Kami juga mempunyai minyak wangi untuk lelaki (yang sering kali dipilih secara bersama oleh wanita).

Kesemua pencapaian ini sejak dahulu, kini dan selamanya Diperkasakan oleh Wanita. Justeru, kami di Bond No. 9 menggesa anda untuk berusaha agar suara anda didengari. Ambil inisiatif. Pertahankan hak anda. Undi. Jangan sekali-kali menjadikan Tidak sebagai jawapan. Jangan takut untuk mencabar pihak berkuasa. Ayuh sama-sama kita terus suburkan dan kukuhkan gerakan ini.

Pautan Berkaitan: https://www.multivu.com/players/English/8270651-bond-no-9-april-release-for-new-eau-de-parfum-spring-fling/

#BondNo9

@bondno9ny

www.bondno9.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/663288/Bond_No_9_Swarovski.jpg

 

Source: Bond No. 9
Keywords: Art Bridal Services Cosmetics & Personal Care Fashion Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Corporate Social Responsibility Women-related news