omniture

Feiyu Perkenal G6, Beri Penglihatan Sempurna dalam Satu Tangan

Feiyu Tech
2018-04-19 22:28 1029

GUILIN, China, 19 April 2018 /PRNewswire/ -- Apabila berbicara tentang video aksi, kebanyakan penggemar aktiviti luar sudah biasa merakam semua detik mereka yang mengujakan dengan kamera aksi GoPro. Bahagian penting rakaman aksi ialah kestabilannya dan rahsia kestabilan ialah penstabil yang baik. Daripada G4 kepada G5, penstabil gimbal Feiyu telah menjadi pilihan pertama peminat sukan ekstrem kerana prestasi dan kestabilannya yang sangat baik. Kini, G6, penstabil aksi baharu siri G, dilancarkan pada 16 April.

G6 Feiyu – Pandangan Dunia yang Mudah
G6 Feiyu – Pandangan Dunia yang Mudah

Rakaman sempurna dengan G6 Feiyu

Penstabil gimbal G6 telah memperbaharui perkakasan dan perisian. Sebagai permulaan, ia didatangkan dengan WiFi+Bluetooth, yang, apabila disambungkan kepada kamera aksi GoPro, akan membolehkan para pengguna untuk menukar mod dan melaras parameter kamera dengan satu klik pada kunci sebelah skrin.

Kedua, penstabil baharu G6 Feiyu juga dilengkapi dengan skrin OLED yang hebat, yang membolehkan para pengguna untuk membaca parameter kamera, mod penstabil, dan sambungan Bluetooth untuk mendapat kawalan kamera dan penstabil yang lebih baik.

Selain itu, algoritma sistematik G6 yang diprogram semula akan membolehkannya beroperasi dengan lebih baik dengan penggunaan kuasa yang rendah. Sementara itu, tork motor yang dipertingkatkan memastikan bahawa para pengguna boleh mendapat rakaman cinematik dengan kestabilan dan kecekapan yang lebih baik.

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, disebabkan oleh rangka kerja algoritma yang baharu, penstabil G6 kini lebih fleksibel dan stabil daripada sebelumnya. Reka bentuk ketinggian baharu juga membolehkan penstabil untuk berputar dengan mudah dalam semua arah dan pada paksi anggul dan menegak, yang menyediakan pembuat video dengan penglihatan bebas halangan baharu.

Rakam apa sahaja dan dengan apa cara sekalipun menggunakan G6 Feiyu

Dihasilkan atas kecemerlangan G6, penstabil G6 baharu diliputi dengan logam dan bahan kalis air. Bateri yang berkuasa boleh bertahan selama 12 jam operasi dan juga boleh mengecas kamera aksi GoPro melalui antara muka terbina dalam. Di samping itu, G6, melalui fungsi dan penetapan keutamaan peribadi yang luas, boleh membantu pengguna dalam berbagai senario.

G6 adalah serasi dengan kebanyakan kamera aksi, seperti HERO6 / HERO5 / HERO4 / HERO3+ / HERO 3, RX0 dan YI 4K+ GoPro, AEE dan kamera aksi lain yang mempunyai bentuk dan dimensi yang sama. G6 dijual di laman sesawang Ali Express, Amazon dan Feiyu.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180419/2109506-1

Source: Feiyu Tech
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services