omniture

Perikatan Antarabangsa "Chrysotile" Nyatakan Berat Sebelah Kesatuan Eropah Nafikan Jutaan Penduduk Akses kepada Air Minuman

International Alliance of Trade Union Organizations “Chrysotile”
2018-04-19 22:33 721

MOSCOW, 19 April 2018 /PRNewswire/ --

Menurut statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diterbitkan dalam laman sesawang organisasi, lebih 40% penduduk dunia mengalami kekurangan air minuman yang sederhana mahupun akut. Menjelang tahun 2025, jumlah penduduk yang berdepan masalah sedemikian dijangka meningkat kepada 5.5 bilion orang. Namun begitu, air yang tersedia untuk keperluan teknikal dan pengguna turut tercemar – "kira-kira 90% kumbahan dan 70% air buangan industri dilepaskan tanpa dirawat terlebih dahulu, yang sering mengakibatkan pencemaran sumber air yang boleh digunakan," ujar suruhanjaya khas PBB.

Hasil pertengahan situasi ekologi yang membawa bencana ini diperlihatkan menerusi statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang meramalkan 5.5 juta orang akan maut setiap tahun akibat masalah-masalah berkaitan dengan air minuman yang rendah kualiti dan kesukaran akses terhadap air minuman.

Perikatan Antarabangsa "Chrysotile" mengisytiharkan bahawa terdapat keupayaan dan penyelesaian teknikal yang boleh diguna pakai untuk menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan pengangkutan sumber air yang selamat. Penggunaan paip yang mengandungi krisotil yang tahan lama dan selamat menjadikan usaha untuk mencipta sistem bekalan air dan saliran dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. Malahan, kos membangunkan sistem sedemikian adalah rendah.

Satu-satunya halangan untuk melaksanakan penyelesaian-penyelesaian ini adalah sifat berat sebelah oleh organisasi-organisasi kawalan, yang dikawal atur secara formal atau tidak langsung oleh kerajaan EU. Contoh terkini boleh didapati daripada pindaan "Arahan mengenai perlindungan pekerja-pekerja terhadap risiko-risiko berkaitan pendedahan kepada karsinogen dan mutagen di tempat kerja". Menurut peraturan baharu, bahan-bahan seperti sebatian kromium VI, habuk kayu dan vinil klorida, diklasifikasikan oleh Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa sebagai karsinogen kumpulan pertama, dibenarkan untuk digunakan di tempat kerja. Menurut Parlimen Eropah dan Majlis Kesatuan Eropah, pada masa kini, kemajuan teknologi dan kadar pemodenan pengeluaran memungkinkannya untuk meneutralkan kesan negatif apabila menggunakan kumpulan bahan yang disebutkan.

Menurut WHO, seperti yang digariskan dalam edisi kedua "Garis Pandungan untuk Analisis Kualiti Air Minuman", pada halaman 255, paip-paip vinil klorida menyumbang kepada kepekatan plumbum yang tinggi dalam air minuman, yang boleh mengakibatkan keracunan plumbum. Kromium IV, turut disebutkan dalam dokumen ini sebagai mutagen dan karsinogen yang dikenal pasti (halaman 213), masih menjadi unsur utama dalam pencemaran alam sekitar di kawasan-kawasan perindustrian dan boleh mengakibatkan penyakit-penyakit serius. Sehingga baru-baru ini, penggunaannya adalah terhad kepada wilayah EU, namun kini karsinogen yang digunakan dalam penghasilan fabrik tekstil untuk penggunaan besar-besaran, dibenarkan untuk digunakan secara meluas.

Dengan itu, bahan-bahan berbahaya yang diklasifikasikan oleh WHO hakikatnya dibenarkan oleh EU dan Negara-negara Anggota. Meskipun mempunyai bahaya yang sama (kelas pertama) menurut penarafan IARC, asbestos krisotil tetap dilarang. Tindakan badan-badan pentadbir EU memperlihatkan sifat berat sebelah dalam bidang peraturan pengeluaran perindustrian, memandangkan ia bercanggah dengan data daripada organisasi-organisasi kawalan pakar EU sendiri.

Rujukan kepada halaman 171 terhadap dokumen WHO yang disebutkan di atas, edisi kedua "Garis Panduan untuk Analisis Kualiti Air Minuman", termasuk kesimpulan – yang relevan namun diabaikan – daripada suruhanjaya khas yang menyatakan bahawa paip asbestos krisotil dianggap benar-benar selamat untuk membekalkan air minuman. Saintis-saintis menulis bahawa "tiada bukti yang konsisten dan meyakinkan bahawa asbestos yang diambil (bersama-sama makanan atau air minuman) adalah berbahaya untuk kesihatan manusia" dan dengan itu, kami tidak melihat sebarang keperluan untuk mewujudkan ambang maksimum yang dibenarkan bagi kandungan gentian asbestos dalam air minuman. Tambahan pula, kajian yang amat relevan diterbitkan susulan pertemuan Program mengenai Keselamatan Kimia Antarabangsa pada Julai 1996, selain kajian-kajian tambahan dijalankan oleh saintis-saintis WHO dan Pakar-pakar Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

Perikatan Antarabangsa "Chrysotile" menganggap perlunya untuk menghapuskan berat sebelah berhubung asbestos krisotil di negara-negara EU dan membenarkan penggunaan yang selamat dan terkawal. Penyelesaian sedemikian dapat membantu menyelesaikan dengan berkesan banyak masalah bekalan air dan mewujudkan asas untuk pembangunan yang selamat dan selesa untuk semua negara di dunia, mencegah kematian orang ramai akibat kekurangan air dan penyakit-penyakit yang dikaitkan dengan pencemarannya.

Maklumat tambahan: media@nochrysotileban.com  

Pautan penting: 

Perikatan Antarabangsa "Chrysotile": http://www.nochrysotileban.com

Chrysotile Association

NPO: https://twitter.com/Nochrysotileban

Source: International Alliance of Trade Union Organizations “Chrysotile”
Keywords: Health Care/Hospital Utilities Water Utilities European Government