omniture

Peminat FIFA World Cup™ 2018 Tempah Separuh Juta FAN ID

Ministry of Telecom and Mass Communications of the Russian Federation
2018-04-20 15:00 862

MOSCOW, 20 April 2018 /PRNewswire/ --

Kementerian Komunikasi dan Media Massa Persekutuan Rusia memaklumkan bahawa peminat-peminat FIFA World Cup™ 2018 telahpun menempah 500,000 FAN ID.      

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

https://www.multivu.com/players/uk/8312451-2018-fifa-world-cup-fan-ids/ 

Sebanyak 50% daripada FAN ID telahpun ditempah oleh warga Persekutuan Rusia. Penduduk-penduduk Amerika Syarikat menempah 22,500 FAN ID, Mexico - 16,000, China - 14,500, Columbia - 14,200, Argentina - hampir 13,000, Peru - 12,000, Jerman - 10,600, Brazil - 9,700, Mesir - 8,000 dan bakal diikuti oleh negara-negara lain.

Daripada seramai 500,000 orang yang menempah FAN ID, 25% daripadanya adalah wanita.

50% daripada FAN ID ditempah oleh peminat dalam lingkungan usia 25-44 tahun. 8% FAN ID ditempah oleh penonton yang berusia di bawah 17 tahun.

FAN ID ialah kad penonton peribadi. Ia merupakan projek unik yang dibangunkan oleh Persekutuan Rusia khusus untuk FIFA World Cup™ 2018. FAN ID ialah dokumen peribadi yang dikeluarkan sekali secara percuma untuk semua perlawanan kejohanan. Setiap penonton yang membeli tiket perlawanan harus mendapatkan FAN ID. Bagi melakukannya, penonton haruslah mengisi borang permohonan di http://www.fan-id.ru/ atau mendaftar di salah satu Pusat Pengedaran FAN ID yang terletak di Rusia. Digabungkan dengan tiket perlawanan, FAN ID akan menjamin akses yang pantas dan mudah untuk ke stadium bagi semua penonton.

Warga asing dan warga tanpa kerakyatan boleh memasuki Rusia tanpa visa dengan menggunakan FAN ID sepanjang tempoh bermula 10 hari sebelum tarikh perlawanan pertama FIFA World Cup™ 2018 dan berakhir pada hari perlawanan terakhir. Oleh yang demikian, kemasukan ke Rusia menggunakan FAN ID boleh dilakukan bermula dari 4 Jun sehingga 15 Julai 2018. Pemegang FAN ID harus meninggalkan negara tidak lewat dari 25 Julai 2018.

FAN ID turut memberi hak kepada penonton untuk mendapatkan perjalanan percuma melalui kereta api tambahan yang menghubungkan bandar-bandar tuan rumah FIFA World Cup™ 2018 dan pengangkutan awam di bandar-bandar tuan rumah pada hari perlawanan.

Anda boleh mendapatkan FAN ID di Pusat Pengedaran FAN ID di Rusia, pejabat-pejabat asing Rossotrudnichestvo, Pusat Permohonan Visa Global VFS seluruh dunia atau memesan penghantaran pos.

Untuk mendapatkan statistik terperinci mengikut negara bagi bilangan FAN ID yang dipesan, wakil-wakil media massa boleh menghantar emel ke media@minsvyaz.ru

https://mma.prnewswire.com/media/678158/FIFA_FAN_IDs.jpg 

Source: Ministry of Telecom and Mass Communications of the Russian Federation
Keywords: Sporting Events Sports