omniture

Bintang Terkenal R&B 'The Weeknd' Muncul Penghibur Utama Konsert Selepas Perlumbaan Jumaat Malam di Abu Dhabi Grand Prix 2018

Yas Marina Circuit
2018-04-23 12:52 581

ABU DHABI, UAE, 23 April 2018 /PRNewswire/ --

Pemenang anugerah Grammy diumum sebagai artis antarabangsa utama pertama buat persembahan dalam siri Konsert Selepas Perlumbaan Yasalam

Litar Yas Marina dan FLASH Entertainment hari ini mengumumkan artis muzik dunia paling tersohor yang pertama membuat persembahan pada hujung minggu FORMULA 1 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX 2018 tahun ini.

generated by system

Bintang R&B Kanada The Weeknd disahkan sebagai artis pertama yang akan mempersembahkan suara hebat beliau dan membuat penampilan atas pentas di Konsert Selepas Perlumbaan Yasalam di du Arena, Pulau Yas pada hari Jumaat, 23 November.

Penetap trend yang memenangi Anugerah Grammy dengan beberapa anugerah platinum menerusi jualan albumnya, akan mempersembahkan lagu-lagu daripada album 2015 yang diiktiraf pengkritik, 'Beauty Behind The Madness', album studio keempat baharu beliau 'My Dear Melancholy' serta lagu-lagu daripada album kompilasi beliau yang lebih awal iaitu 'House of Balloons', 'Thursday' dan 'Echoes of Silence'.

Dengan peminat-peminat muzik dari semua peringkat usia menjadi peminat beliau, penghibur utama dalam Konsert Selepas Perlumbaan Yasalam pada Jumaat malam itu pastinya dapat menarik ramai pengunjung dari lebih 170 negara yang akan menjelajah sempena Abu Dhabi Grand Prix.

Menawarkan nilai luar biasa kepada peminat-peminat perlumbaan yang setia, terdapat juga sehingga 30 peratus diskaun 'Ganjaran Pengunjung Awal' buat mereka yang membeli tiket Abu Dhabi Grand Prix sebelum 31 Mei.

Buat mereka yang ingin menambah nilai dan keseronokan kepada hujung minggu perlumbaan berkenaan, mereka juga boleh membeli 'Pas Taman Super' tiga hari, yang membenarkan akses tanpa had untuk memasuki ketiga-tiga Taman Pulau Yas iaitu Ferrari World Abu Dhabi, Yas Waterworld dan Warner Bros. World™ Abu Dhabi mulai hari Rabu hingga Ahad.

Al Tareq Al Ameri, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Yas Marina berkata: "Kami berasa teruja mengumumkan artis yang menjadi penghibur utama pertama yang terkenal di dunia yang akan membuat persembahan di Konsert Selepas Perlumbaan Yasalam tahun ini sebagai sebahagian daripada hujung minggu perlumbaan Abu Dhabi Grand Prix 2018.

"Hiburan sepanjang empat hari penuh untuk pemegang tiket ialah elemen penting dalam penawaran holistik kami yang membantu mendorong 60 peratus lawatan antarabangsa kami.

"Menerusi tiket Ganjaran Pengunjung Awal, pakej-pakej dinaik taraf Golden Circle dan 'Pas Taman Super' yang disediakan, para peminat perlumbaan mempunyai pilihan yang luas dan saya ingin menggesa orang ramai untuk membeli lebih awal dan bukannya kemudian agar mereka dapat merancang sepenuhnya satu lagi hujung minggu aksi yang sensasi di dalam dan luar litar perlumbaan."

Untuk maklumat lanjut mengenai tiket, sila layari: http://www.yasmarinacircuit.com

Sumber: Litar Lumba Yas Marina

Source: Yas Marina Circuit
Keywords: Auto Entertainment Music