omniture

Jelajah Dunia Bola Tampar Pantai FIVB Kembali ke Malaysia dalam tahun 2018

E-Plus Global Sdn Bhd
2018-04-23 13:56 713

LANGKAWI BAKAL PENTASKAN PERTANDINGAN HUJUNG MINGGU EPIK

PETALING JAYA, Malaysia, 23 April 2018 /PRNewswire/ -- Berikutan kejayaan pembukaan Jelajah Dunia Bola Tampar Pantai Federation Internationale de Volleyball (FIVB) – Terbuka Langkawi pada tahun lalu, Langkawi bakal mengalu-alukan kembalinya jelajah ini dalam tahun 2018. Dipromosi dan dianjurkan oleh E-Plus Global Sdn Bhd, edisi tahun ini akan diadakan dari 26 hingga 29 April 2018 di Pantai Cenang dengan pertandingan lelaki dan wanita yang mengujakan sekali lagi di sepanjang empat hari pertandingan.

"E-Plus teruja untuk mengalu-alukan Jelajah Dunia Bola Tampar Pantai FIVB antarabangsa kembali ke pantai kami untuk tahun kedua berturut-turut. Mengambil petunjuk daripada kejayaan edisi sulung dalam tahun 2017, kami tidak sabar untuk terus meningkatkan keupayaan kami dan memanfaatkan daya tarikan sukan ini yang semakin berkembang di rantau ini," kata Andrew Ching, Ketua Pegawai Eksekutif E-Plus Global Sdn Bhd.

Dengan FIVB sebagai badan pentadbir untuk sukan Bola Tampar Olimpik, acara Malaysia ini ialah sebahagian daripada pertandingan 1-Star (WT1) Jelajah Dunia. Selepas Langkawi, jelajah ini akan berpindah ke Manila, Filipina dan Bangkok, Thailand.

Dianggap sebagai pendorong untuk pembangunan berterusan bola tampar pantai di Malaysia, Datuk Benny Hoe, Presiden Persatuan Malaysia (MAVA) mengulas, "Ia sangat membanggakan bahawa FIVB terus mengamanahkan kami untuk menjadi tuan rumah Jelajah Dunia Bola Tampar Pantai berkelas dunia ini. Lebih penting lagi, ia adalah satu rangsangan besar dalam usaha kami ke arah pembangunan bakat anak tempatan Malaysia sendiri."

Dengan Langkawi sekali lagi berada di tengah-tengah tumpuan dunia sukan, Dato' Haji Azizan Noordin, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Langkawi (LADA) menambah, "Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan para peminat dan pemain kembali ke lokasi yang cantik di Pantai Cenang untuk Jelajah Dunia Bola Tampar Pantai FIVB. Kehadiran pertandingan antarabangsa ini di sini untuk tahun kedua berturut-turut merupakan pendorong kepada usaha promosi pelancongan global kami dan menyumbang ke arah penjanaan aktiviti ekonomi mikro yang memberansangkan di sekitar acara-acara ini."

Pertandingan akan bermula dengan penyingkiran satu pelayak sebelum memasuki fasa kumpulan pada hari Jumaat, 27 April. 12 pusingan dan suku akhir dijadualkan pada hari Sabtu, 28 April dengan separuh akhir dan peringkat akhir penentuan pingat diadakan pada hari Ahad, 29 April.

Kemasukan adalah PERCUMA. Maklumat lanjut boleh didapati di worldtour.2018.fivb.com/en/570 dan Jelajah Dunia Bola Tampar Pantai FIVB – laman Facebook Terbuka Langkawi.

Source: E-Plus Global Sdn Bhd
Keywords: Sporting Events Sports Future Events