omniture

Merck Peroleh Paten untuk Teknologi CRISPR di China

Merck
2018-04-23 20:00 361

- Paten di China meliputi penyepaduan jujukan DNA luaran ke dalam kromosom sel-sel eukariot

- Syarikat bakal lesenkan paten berkaitan CRISPR kepada pihak-pihak yang berminat, sokong kajian penyuntingan genom menurut piawaian etika dan undang-undang

- Paten CRISPR asas kini diberikan dalam tujuh pasaran, termasuk Kanada dan Eropah

DARMSTADT, Jerman, 23 April 2018 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka dan peneraju dalam penyuntingan genom, hari ini mengumumkan bahawa Pejabat Paten Cina mengeluarkan notis yang meluluskan permohonan paten oleh Merck untuk teknologi CRISPR syarikat yang digunakan dalam kaedah penyepaduan-genom untuk sel-sel eukariot.

Merck has received yet another patent for its CRISPR technology, this time in China.
Merck has received yet another patent for its CRISPR technology, this time in China.

"Termasuk China, kami telah menerima tujuh paten penting untuk teknologi CRISPR asas kami, yang menakrifkan laluan baharu yang menarik untuk kajian dan rawatan perubatan terhadap beberapa keadaan perubatan paling sukar, termasuk kanser, penyakit turun-temurun dan penyakit luar biasa," kata Udit Batra, Ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif Life Science. "Selaku peneraju bagi penyuntingan genom, kami bergiat aktif melesenkan paten-paten penyepaduan kami untuk kegunaan terapeutik, penyelidikan sains asas dan bioteknologi pertanian."

Merck, yang telah mencipta sejarah selama 13 tahun dalam bidang penyuntingan genom, mempunyai pemfailan paten yang berkaitan untuk kaedah sisipan CRISPR di A.S., Brazil, India dan Jepun. Syarikat telahpun mempunyai paten-paten penting dan serupa yang diberikan di Australia, Kanada, Eropah, Israel, Singapura dan Korea Selatan.

Paten yang bakal diperoleh di China ini meliputi penyepaduan kromosom atau pemotongan jujukan kromosom dalam sel-sel eukariot (seperti sel-sel mamalia dan tumbuhan) dan sisipan jujukan DNA luaran atau penderma ke dalam sel-sel berkenaan menggunakan kaedah CRISPR. Saintis-saintis boleh menggantikan mutasi berkaitan penyakit dengan jujukan yang berguna atau berfungsi — kaedah yang penting untuk menghasilkan model-model penyakit dan terapi gen. Di samping itu, kaedah ini dapat digunakan untuk memasukkan transgen yang melabelkan protein endogen bagi tujuan pengesanan visual dalam sel-sel.

Teknologi penyuntingan genom CRISPR, yang membolehkan modifikasi jitu terhadap kromosom dalam sel-sel hidup, memajukan pilihan rawatan untuk pelbagai keadaan perubatan. Aplikasi CRISPR adalah amat luas – bermula dengan pengenalpastian gen yang dikaitkan dengan kanser dan penyakit luar biasa kepada pembalikan mutasi yang menyebabkan buta.

Sebagai sebuah syarikat yang banyak terlibat dalam inovasi penyuntingan genom, Merck menyedari bahawa penyuntingan genom menghasilkan kemajuan-kemajuan positif yang utama dalam kajian biologi dan perubatan. Dalam masa yang sama, potensi yang semakin meningkat dalam teknologi penyuntingan gen telah mencetuskan kebimbangan dari segi saintifik, undang-undang dan masyarakat. Selaku pengguna dan juga pembekal teknologi penyuntingan gen, Merck menyokong kajian dalam penyuntingan gen di bawah pertimbangan teliti mengikut piawaian etika dan undang-undang. Merck menubuhkan Panel Penasihat Bioetika bagi memberi bimbingan kepada kajian yang melibatkan perniagaan-perniagaannya, termasuk kajian terhadap atau menggunakan penyuntingan genom serta telah menakrifkan kedudukan operasi yang jelas dengan mengambil kira isu-isu saintifik dan masyarakat di samping tidak menyekat sebarang pendekatan terapeutik yang mempunyai peluang cerah untuk digunakan dalam penyelidikan dan aplikasi.

Merck turut memberi sumbangan penting dalam bidang penyuntingan genom. Ia merupakan syarikat pertama yang menawarkan biomolekul tersuai bagi tujuan penyuntingan genom di seluruh dunia (intron kumpulan II berpandukan RNA TargeTron™ dan nukleas jejari zink CompoZr™), mendorong penggunaan teknik-teknik ini oleh para penyelidik seluruh dunia. Merck juga merupakan syarikat pertama yang mengeluarkan pustaka CRISPR yang tersusun mencakupi seluruh genom manusia, bagi mempercepatkan penemuan penawar untuk penyakit dengan membolehkan saintis-saintis meneroka lebih banyak persoalan tentang punca asasnya.

Untuk maklumat lanjut tentang hasil kerja Merck dalam bidang penyuntingan genom, layari https://www.merckgroup.com/en/stories/350-anniversary-its-all-in-the-genes.html
dan
http://ar.merckgroup.com/2017/magazine/new-ways-of-identifying-disease.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui emel dan turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan atau untuk berhenti melanggan perkhidmatan ini. 

Latar Belakang Merck
Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Hampir 53,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2017, hasil jualan Merck mencecah €15.3 bilion di 66 negara.

Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia yang paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti kumpulan korporat senaraian awam ini. Syarikat memegang hak global nama dan jenama "Merck". Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, memandangkan syarikat ini beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/678564/Merck_CRISPR_China.jpg

Source: Merck
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals