omniture

Nexen Tire Berjaya Selesaikan 2018 PURPLE SUMMIT Manchester untuk Rakan Niaga Seluruh Dunia

Nexen Tire
2018-04-24 15:07 615

Nexen Tire bina hubungan lebih kukuh bersama rakan kongsi sedunia dengan bawakan dengan jayanya PURPLE SUMMIT kali ketiga, kempen pemasaran bersepadu tahunan syarikat

SEOUL, Korea Selatan, 24 April 2018 /PRNewswire/ -- Nexen Tire, pengeluar tayar global yang terkemuka, mengumumkan ia berjaya menyelesaikan '2018 PURPLE SUMMIT Manchester,' iaitu kempen pemasaran bersepadu tahunan oleh syarikat.

Nexen Tire Selesaikan 2018 PURPLE SUMMIT Manchester
Nexen Tire Selesaikan 2018 PURPLE SUMMIT Manchester

Diadakan mulai 20 hingga 23 April di Manchester, UK, bandar raya asal rakan kongsi Nexen Tire, Manchester City Football Club (Manchester City), 2018 PURPLE SUMMIT Manchester memperlihatkan usaha-usaha syarikat untuk memupuk dan mengukuhkan hubungannya bersama rakan niaga seluruh dunianya. Kempen tahun ini, dihadiri oleh lebih 60 jemputan, merupakan suatu yang bermakna khususnya hasil daripada penerimaan gelaran Liga Perdana Inggeris 2017-18 baru-baru ini oleh Manchester City.  

"Sekali lagi, kami berbangga kerana dapat menganjurkan 2018 PURPLE SUMMIT Manchester untuk rakan niaga dan pelanggan global kami," kata Travis Kang, Ketua Pegawai Eksekutif Nexen Tire. "Kami akan sentiasa komited untuk melabur dan mengeratkan hubungan perniagaan kami melalui PURPLE SUMMIT, yang dibangunkan dan diwujudkan untuk menginspirasi dan mendorong rakan-rakan kongsi terdekat kami di seluruh dunia."

Lebih Banyak Peluang Perangkaian dan Perkongsian Kisah Kejayaan

PURPLE SUMMIT tahun ini memberikan lebih banyak peluang perangkaian dan masa santai kepada hadirin untuk menikmati bandar ini. Dengan kemudahan pengeluaran baharu di Republik Czech yang bakal beroperasi tidak lama lagi, syarikat menggariskan rancangan perniagaan masa depan dan berkongsi pandangan demi masa depan yang lebih baik. Persidangan utama, diadakan pada hari Ahad, 22 April, turut disusun semula bagi merangkumkan segmen-segmen seperti pengenalan kepada perniagaan tayar tiub dan tayar padu serta menawarkan hubungan perniagaan yang dilanjutkan serta berkongsi kisah kejayaan rakan kongsi. Menerusi penyertaan daripada City Football Group, 2018 PURPLE SUMMIT Manchester turut menonjolkan kejayaan perkongsian yang strategik antara Nexen Tire dan Manchester City.

Hari Perlawanan Penaja dengan Pelbagai Acara Peminat, termasuk Nexen Skills Challenge

Peserta-peserta dalam PURPLE SUMMIT dijemput untuk menyertai Nexen Tire di Stadium Etihad bagi menonton perlawanan Manchester City menentang Swansea City A.F.C pada 22 April. Pada Hari Perlawanan Penaja, rakan-rakan kongsi dan peminat Manchester City berpeluang untuk mengalami jenama-jenama ini sepenuhnya, menerusi zon aktiviti Nexen Tire yang dikhususkan untuk menyediakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan kepada hadirin dan keluarga mereka.

Hari Perlawanan Penaja turut melibatkan pusingan akhir 'Nexen Skills Challenge' semasa separuh masa, satu cabaran selama tiga bulan apabila pemain bola sepak belia bersaing bagi mendapatkan trofi dengan memperlihatkan kemahiran bermain bola sepak mereka. Dalam acara peringkat akhir, dua pemain terbaik diberi penghormatan oleh Nexen Tire. Nexen Skills Challenge dimulakan pada Februari 2018 untuk para pemain bola sepak belia dan turut menyediakan pengalaman permaidani biru, tiket perlawanan dan beg cenderahati kepada mereka. Pemain-pemain yang mengambil bahagian akan turut berpeluang untuk dilatih oleh City Football Club.

Latar Belakang Nexen Tire

Nexen Tire, ditubuhkan pada tahun 1942, ialah pengeluar tayar global yang beribu pejabat di Yangsan, Wilayah Gyeongsang Selatan, dan di Seoul, Korea Selatan. Nexen Tire, salah satu pengeluar tayar yang paling pesat berkembang di dunia, bekerjasama dengan 491 pengedar yang berada di 141 negara seluruh dunia (setakat Julai 2015) dan memiliki tiga kilang pengeluaran – dua di Korea (Yangsan dan Changnyeong) dan satu di Qingdao, China. Satu lagi kilang di Zatec, Republik Czech akan mula beroperasi pada tahun 2018. Nexen Tire mengeluarkan tayar untuk kereta penumpang, SUV dan trak ringan dengan menggunakan teknologi canggih serta kecemerlangan rekaan. Syarikat turut menumpu pada pengeluaran tayar UHP, yang berasaskan teknologi termaju. Nexen Tire membekalkan tayar OE kepada pembuat kereta global di pelbagai negara seluruh dunia. Pada tahun 2014, syarikat mendapat gelaran 'grand slam' setelah merangkul 4 anugerah rekaan terpenting dunia buat kali pertama dalam kalangan pelbagai pembuat tayar di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.nexentire.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180423/2111814-1

 

Source: Nexen Tire
Related Links:
Keywords: Auto Sporting Events Sports Transportation Trucking and Road Transportation Licensing/marketing agreements Trade show news