omniture

Kenderaan Terhubung Pertama Huawei-Groupe PSA Diperkenal Julung Kali di HANNOVER MESSE 2018

Huawei
2018-04-25 06:26 772

HANNOVER, Jerman, 25 April 2018 /PRNewswire/ -- Huawei dan Groupe PSA, hari ini mempamerkan DS 7 CROSSBACK, kenderaan terhubung pertama hasil daripada perkongsian mereka mencakupi kesemua kenderaan terhubung Kumpulan, yang diumumkan pada November 2017. Diperkenalkan julung kalinya di Eropah menerusi reruai pameran Huawei semasa HANNOVER MESSE 2018, DS 7 Crossback ialah kenderaan pertama yang menggunakan Platform Modular Kenderaan Terhubung (CVMP) Groupe PSA dan dilengkapi dengan platform IoT OceanConnect Huawei serta perkhidmatan Awan yang disokong oleh Huawei, bagi memberi akses kepada pelanggan terhadap perkhidmatan terhubung yang baharu.

DS 7 CROSSBACK menggunakan teknologi kereta terhubung Huawei diperkenalkan julung kali di Eropah di reruai Huawei menerusi HANNOVER MESSE 2018.
DS 7 CROSSBACK menggunakan teknologi kereta terhubung Huawei diperkenalkan julung kali di Eropah di reruai Huawei menerusi HANNOVER MESSE 2018.

Dengan menggunakan platform IoT OceanConnect Huawei, Groupe PSA membangunkan Platform Modular Kenderaan Terhubung (CVMP) untuk kenderaan terhubungnya, yang digunakan di seluruh dunia menerusi perkhidmatan Awan yang disokong oleh Huawei. DS 7 CROSSBACK, dilancarkan bulan ini di China ialah kenderaan pertama yang mendapat manfaat daripada CVMP. Pelanggan boleh mengakses perkhidmatan baharu seperti navigasi terhubung, pengecaman suara bahasa biasa dan portal perkhidmatan terhubung melalui skrin papan pemuka kenderaan. Status penyelenggaraan kenderaan dan maklumat perjalanan terdahulu serta gaya pemanduan juga boleh diakses daripada telefon pintar pelanggan.

Perkhidmatan baharu untuk pelanggan persendirian dan pengurus kenderaan kerja akan sentiasa ditambah kepada ciri-ciri ini. Ini termasuk perkhidmatan maklumat hibur, pengemaskinian perisian jarak jauh dan pemetaan navigasi, pembantu peribadi, fungsi-fungsi diagnostik dan penyelenggaraan kenderaan jarak jauh serta perkhidmatan yang berguna untuk syarikat-syarikat sewa kereta, pengurus kenderaan kerja dan pengendali perkongsian kereta.

Platform IoT OceanConnect Huawei menyokong Penyelesaian Kereta Terhubung Huawei. Penyelesaian ini membantu membangunkan kereta terhubung, kediaman pintar dan bandar pintar, memberikan pengguna dengan akses kepada pelbagai perkhidmatan yang diwujudkan untuk memudahkan kehidupan harian. Semua interaksi digital antara kereta dan infrastruktur awan adalah selamat; data pelanggan dan kereta disulitkan manakala integriti, ketulenan dan kerahsiaan terjamin.

Huawei komited untuk mencipta platform infrastruktur kereta terhubung bersifat terbuka dan fleksibel yang dapat diperluas bagi mengurus kitar hayar kereta, menghubungkan aset kereta fizikal kepada infrastruktur awan dengan cara yang selamat, andal dan cekap bagi membolehkan keupayaan digital baharu untuk pemandu dan juga perniagaan. Perkhidmatan awan yang disokong oleh Huawei akan digunakan untuk semua kenderaan terhubung Groupe PSA di semua kawasan yang memasarkan kenderaan ini.

Jean Leflour, Naib Presiden Kanan Strategi Kenderaan Terhubung & Seni Bina Perkhidmatan, Groupe PSA berkata: "Dengan menggunakan platform baharunya untuk menghubungkan kenderaan kepada Internet Komunikasi Benda (IoT), Groupe PSA mempelbagaikan tawaran perkhidmatannya dan menjadikan mobiliti lebih mudah untuk semua pelanggannya. Dengan Huawei, yang terkenal dengan keupayaan inovasinya, hari ini kami berbesar hati untuk menunjukkan hasil ketara yang pertama daripada perkongsian kami dalam usaha menyediakan pelanggan dengan pengalaman baharu yang didayakan oleh CVMP. DS 7 CROSSBACK ialah kenderaan pertama yang mendapat manfaat daripada projek bersama ini, yang seterusnya akan diperkenalkan untuk semua kumpulan kenderaan."

Leon He, Ketua Unit Perniagaan Automotif Huawei Enterprise Business Group mengulas: "Kunci kepada kejayaan transformasi digital oleh pengeluar kereta adalah untuk membangunkan platform awan digital. Daripada platform ini, pengeluar kereta, pembangun ekosistem dan rakan kongsi aplikasi industri berhimpun untuk bersama-sama menjual produk dan perkhidmatan kenderaan di seluruh negara dalam pasaran global dan menyediakan perkhidmatan perjalanan diperibadikan untuk pemilik dan pengguna kereta."

HANNOVER MESSE 2018 diadakan mulai 23-27 April di Pusat Pameran Hannover, Jerman. Reruai Huawei terletak di D18 Dewan 6. Untuk maklumat lanjut tentang produk dan penyelesaian Huawei yang bakal ditonjolkan di HANNOVER MESSE 2018, sila layari http://e.huawei.com/topic/hannovemesse2018-en/index.html.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180423/2112174-1

Source: Huawei
Keywords: Auto Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news