KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 April 2018 /PRNewswire/ -- Pemain-pemain bola tampar pantai antarabangsa yang terbaik bersiap sedia untuk bertarung dalam Jelajah Dunia Bola Tampar Pantai Federation Internationale de Volleyball (FIVB) - Langkawi Open 2018 akan datang. Berlangsung mulai 26-29 April di Pantai Cenang, Langkawi, Malaysia, pertandingan ini akan menyaksikan lebih banyak penyertaan dari Asia, Eropah, Afrika dan benua Amerika dalam kategori lelaki dan wanita.
"Berlainan daripada perlawanan-perlawanan tahun yang lalu hanya dengan 16 pasukan bagi setiap kategori jantina, tahun ini akan menyaksikan lebih ramai peserta menerusi 32 pasukan dalam setiap kategori lelaki dan wanita. Ini merupakan satu peningkatan besar bagi pertandingan tahun ini dan merupakan tarikan hebat buat penggemar dan juga peminat dari sekitar rantau ini!" ulas Andrew Ching, Ketua Pegawai Eksekutif E-Plus Global Sdn Bhd, penggalak dan penganjur pertandingan tahun ini.
Pasukan-pasukan yang terlibat dalam perlawanan kategori lelaki termasuk: Austria, Kanada, Jerman, Hong Kong, Indonesia, Itali, Jepun, Lithuania, Belanda, Oman, Poland, Rusia, Afrika Selatan, Switzerland, Thailand dan tuan rumah, Malaysia. Kategori wanita akan membawakan pasukan-pasukan dari Australia, Austria, Kanada, Republik Czech, Denmark, Jerman, Greece, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Latvia, Belanda, New Zealand, Paraguay, Poland, Rusia, Afrika Selatan, Sweden, China Taipei, Thailand dan Malaysia.
Datuk Benny Hoe, Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia berkata, "Inisiatif yang diambil oleh penggalak E-Plus Global adalah sesuatu yang perlu diberi pujian tinggi memandangkan ini pastinya dapat meningkatkan minat terhadap sukan ini, khususnya memandangkan pasukan Malaysia akan berpeluang bermain menentang beberapa pasukan terbaik di dunia."
Pertandingan ini akan dimulakan dengan pusingan kelayakan pada hari Khamis (26 April) dan tarikan utama pada hari Jumaat (27 April). Pusingan 12 dan suku akhir dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu (28 April) dengan pusingan separuh akhir dan perlawanan penentuan pingat berlangsung pada hari Ahad (29 April). Di samping mata kedudukan yang berharga, para pesaing juga boleh mengharapkan kemenangan sebahagian daripada hadiah wang tunai bernilai US$10,000.
Dengan FIVB sebagai badan pentadbir sukan Bola Tampar Olimpik, acara di Langkawi ini merupakan sebahagian daripada perlawanan World Tour 1-Star (WT1). Kemenangan dalam acara jelajah kategori lelaki dan wanita profesional ini dianggap oleh atlet-atlet antara pengiktirafan tertinggi yang diperoleh dalam pertandingan bola tampar pantai bertaraf antarabangsa.
Selepas bertanding di Langkawi, jelajah ini akan diteruskan dengan Manila Open (3-6 Mei) dan Bangkok Open (10-13 Mei).