omniture

Terokai keindahan kehidupan dengan AppGallery HUAWEI

Huawei
2018-04-25 17:17 988

SHENZHEN, China, 25 April 2018 /PRNewswire/ -- Beberapa tahun kebelakangan ini, vendor telefon pintar Cina mempercepatkan pertumbuhan mereka dalam pasaran-pasaran Eropah, Jepun dan juga Asia Tenggara. Menurut penganalisis dari syarikat penyelidikan dan khidmat nasihat Gartner, jualan telefon pintar seluruh dunia mencatatkan penurunan keseluruhan semasa suku keempat tahun 2017. Huawei ialah salah satu daripada hanya dua vendor telefon pintar Cina dalam empat vendor utama yang mencapai pertumbuhan unit berbanding tahun sebelumnya dan meluaskan bahagian pasaran pada suku tahun tersebut. Jelas bahawa produk daripada vendor Cina semakin popular dalam kalangan pengguna seluruh dunia.

Pada 27 Mac, di persidangan pelancaran besar-besaran di Paris, AppGallery diperkenalkan bersama-sama telefon pintar HUAWEI P20. Apakah AppGallery dan apa yang menjadikannya menonjol? Ikuti panduan ini untuk mengetahui lebih lanjut.

IKON AppGallery
IKON AppGallery

AppGallery ialah platform pengedaran aplikasi rasmi Huawei. Ia membolehkan pengguna mencari, memuat turun, mengurus dan berkongsi aplikasi mudah alih melalui peranti mudah alih Huawei dengan pengalaman pengguna yang teliti dan mudah. Di China, lebih 160 juta pengguna mencari aplikasi kegemaran mereka dalam AppGallery pada setiap bulan. Lebih 120 bilion muat turun diselesaikan daripada AppGallery. Kini, pengguna Huawei dari seluruh dunia boleh mengalami AppGallery dengan mengemas kini EMUI kepada versi terkini.

Apabila pengguna membuka halaman utama AppGallery, katalog beraneka dengan aplikasi yang dipilih teliti dapat dilihat. Daripada katalog koleksi, pengguna boleh mencari aplikasi baharu, permainan baharu, aplikasi inovatif dan juga cadangan.

Bahagian Pilihan
Bahagian Pilihan

Semua aplikasi dalam AppGallery disusun mengikut kategori. Sebanyak 18 kategori, termasuk permainan, dapat menampung kesemua aspek dalam kehidupan harian. Membeli belah, makanan, percutian, penginapan dan hiburan, semua yang anda perlukan terdapat di sini.

Bahagian Kategori
Bahagian Kategori

Bahagian atas menunjukkan pelbagai aplikasi dan permainan disenaraikan mengikut aspek-aspek berbeza. Aplikasi-aplikasi teratas ialah senarai aplikasi dan permainan berkedudukan teratas secara keseluruhan. Aplikasi teratas dan permainan paling popular kini hanya berada di hujung jari.

Bahagian Utama
Bahagian Utama

Bahagian pengurus membantu pengguna mengemas kini dan mengurus aplikasi mereka. Fungsi-fungsi yang disediakan termasuk Pengemaskinian, Pengurus pemasangan, Pengurusan pakej pemasangan dan Pencuci storan. Dayakan "Kemas Kini Automatik melalui WLAN" dan AppGallery akan memastikan aplikasi dikemas kini secara automatik apabila peranti terhubung kepada WiFi dan ketika sedang dicas. Lebih pintar dan mudah, mengurangkan kebimbangan.

Bahagian Pengurus
Bahagian Pengurus

Me (Saya) - satu lagi bahagian penting dalam AppGallery - membantu pengguna mengurus hadiah, ulasan dan balasan mereka, maklumat belian terdahulu serta tetapan AppGallery. Pengguna juga boleh mendapatkan bantuan yang mereka perlukan di sini.

Bahagian Saya
Bahagian Saya

Hadiah eksklusif Huawei boleh dituntut daripada pusat Hadiah: baucar, kad VIP, diskaun istimewa dan item dalam permainan yang eksklusif. Segala-gala tawaran yang cukup baik sentiasa dikemas kini dan hanya tersedia melalui platform Huawei. Buka AppGallery untuk melihat kejutan kecil dan menjadikan kehidupan lebih menyeronokkan.

Bahagian Hadiah
Bahagian Hadiah

Selain kandungannya yang beraneka dan fungsi-fungsi yang mudah dikendalikan, AppGallery juga bersiap sepenuhnya untuk menjamin kualiti aplikasi dengan mekanisme keselamatan lapisan-kuad: semua aplikasi haruslah melepasi semakan privasi, pengimbasan kelemahan keselamatan, pengesanan tingkah laku berniat jahat dan semakan keselamatan nama-sebenar manual. AppGallery mematuhi Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) EU dan komited sepenuhnya untuk melindungi privasi peribadi pengguna. Pengalaman pengguna yang mudah dan erat terjamin.

Aplikasi selamat, keriangan tanpa batasan - terokai keindahan kehidupan bersama AppGallery Huawei hari ini.

Untuk Pertanyaan Media:

Shaun Li
+86-150-1131-6680
Shaun.Li@hkstrategies.com

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Telecommunications New products/services