omniture

HUAWEI P20 & AppGallery - Terokai Kejutan Mereka untuk Anda!

Huawei
2018-04-25 20:23 1077

SHENZHEN, China, 25 April 2018 /PRNewswire/ -- Pada 27 Mac, siri telefon pintar HUAWEI P20 melakukan penampilan sulung secara besar-besaran di Grand Palais, Paris. Sebagai telefon pintar Cina pertama yang menyerikan dewan-dewan agung Grand Palais, telefon pintar HUAWEI P20 tidak mengecewakan, sebaliknya menggembirakan pada hadirin dengan sejumlah besar teknologi baharu yang inovatif.

Skrin Hampir Tanpa-Bezel dan Pilihan Warna Mengagumkan

HUAWEI P20 memberikan skrin hampir tanpa-bezel dengan "telinga" dwiskrin serta butang Rumah dengan sensor cap jari terbina dalam. Bahagian luar telefon didatangkan dengan seleksi warna gradien yang menakjubkan iaitu Hitam, Biru Gelap, Emas Merah Jambu dan 'Twilight'. 

The Color of HUAWEI P20
The Color of HUAWEI P20

Sistem Tiga Kamera Leica

HUAWEI P20 Pro didatangkan lengkap dengan sistem kamera Leica tiga sensor dengan apertur yang amat luas serta kepekaan cahaya yang utama dalam industri. Sistem tiga kamera HUAWEI P20 Pro memberikan anda dengan zum optik 3x, zum hibrid 2x dan zum digital 10x yang ditingkatkan dengan AI. DxOMark, laman sesawang penanda aras kualiti imej utama, memberikan HUAWEI P20 Pro dengan gabungan skor yang memecah rekod iaitu 109 mata, menjadikannya sebagai penanda aras baharu untuk kamera telefon pintar.

Advanced Camera System Design
Advanced Camera System Design

Pengalaman Pengguna Tidak Dapat Dilupakan

Untuk hayat bateri yang dipertingkat semasa sekali pengecasan, HUAWEI P20 standard didatangkan lengkap dengan kapasiti tinggi bateri 3,400 mAh manakala HUAWEI P20 Pro didatangkan dengan bekalan kuasa 4,000 mAh. Ini digandingkan dengan pemproses Kirin 970 yang ditingkatkan dengan AI yang mempunyai kecekapan tenaga yang sangat baik. Siri HUAWEI P20 turut menyokong protokol pengecasan SuperCharge HUAWEI, yang membolehkan HUAWEI P20 mengecas kuasa bateri daripada 0% hingga 58% sepantas 30 minit sahaja.

The Next Level of AI Optimization
The Next Level of AI Optimization

Selain senarai spesifikasi perkakasannya yang mengagumkan, HUAWEI P20 turut didatangkan lengkap dengan seleksi aplikasi prapasang yang berguna seperti pasaran aplikasi AppGallery HUAWEI. Selain menyediakan anda dengan platform yang selamat untuk memuat turun dan memasang sejumlah besar aplikasi berguna, AppGallery turut menawarkan anda dengan diskaun aplikasi istimewa, yang berubah bergantung pada lokasi anda berada di dunia.

Rewards & Privileges Exhibition on HUAWEI P20 Conference
Rewards & Privileges Exhibition on HUAWEI P20 Conference

Bagi mengakses tawaran aplikasi istimewa anda, buka AppGallery dan pilih ME – Gifts (SAYA - Hadiah). Di dalamnya, pengguna akan mendapati koleksi aplikasi berguna yang dipilih khusus untuk kawasan anda.

Pertama, mari kita terokai tawaran aplikasi hebat yang dapat dinikmati oleh pengguna Eropah.

TIDAL
TIDAL

TIDAL

TIDAL ialah aplikasi penstriman muzik yang menyediakan pengguna dengan kebolehan untuk menstrim lebih 400,000 lagu dan video muzik dalam kualiti HD yang mengagumkan. Sebagai pengguna AppGallery, pengguna berpeluang menikmati langganan 90 hari percuma untuk aplikasi hebat ini. Digandingkan dengan Dolby Atmos HUAWEI P20 dan sistem bunyi Dolby AC-4, kualiti audiovisual hebat daripada TIDAL akan menyediakan pengguna dengan lagu-lagu serta video muzik kegemaran mereka dengan tepat.

Eatwith
Eatwith

Eatwith

Ingin menikmati hidangan yang dimasak di rumah yang lazat dan merasai budaya kulinari tempatan? Eatwith membantu pengguna melakukannya dan ia merupakan aplikasi berguna untuk pengembara dan penggemar makanan. Pengguna HUAWEI P20 dan AppGallery di Eropah berpeluang mendapatkan diskaun eksklusif sebanyak 10 euro untuk pengalaman menjamu selera pertama mereka menerusi aplikasi yang unik dan menarik ini.

Apus camera
Apus camera

Apus camera

APUS Camera ialah aplikasi swafoto beraneka ciri yang didatangkan dengan pelbagai penapis hebat, pelekat lucu dan mod kecantikan. Beroperasi dengan mod Potret, ia pastinya akan memberikan pengalaman fotografi yang mengagumkan kepada pengguna. Memanfaatkan kamera swafoto 24-megapiksel dan kamera belakang 40-megapiksel HUAWEI P20, aplikasi APUS Camera mempunyai koleksi eksklusif melibatkan penapis istimewa, kesan PIP dan pelekat hanya untuk pengguna HUAWEI P20.

Pengguna di kawasan bukan Eropah tidak perlu berasa bimbang kerana pengguna AppGallery di kawasan-kawasan lain turut mendapat bahagian yang sama daripada tawaran aplikasi istimewa ini.

Easybook
Easybook

Easybook

Easybook ialah platform dalam talian yang mudah untuk menempah tiket kereta api, kereta sewa dan tiket feri di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand. Aplikasi ini memberikan pengguna dengan akses kepada lebih 500 syarikat pengangkutan awam dan lebih 10,000 laluan bas. Sebagai pengguna peranti Huawei, pengguna mendapat diskaun istimewa sebanyak 5% untuk tambang bas. Easybook menjadikan perjalanan di Asia Tenggara suatu pengalaman yang lebih mudah dan lebih menyeronokkan.

Manga
Manga

Manga

Aplikasi Manga memberi pengguna dengan akses kepada pelbagai novel manga klasik dan baru dilancarkan daripada pelbagai genre berbeza. Skrin tanpa-bezel beresolusi tinggi dan besar HUAWEI P20 adalah sempurna untuk membaca manga atau novel kegemaran. Pengguna Huawei di rantau Asia Pasifik berpeluang menikmati langganan 1 bulan secara percuma untuk aplikasi ini.

Bagaimana pula dengan pengguna di Timur Tengah?

Jollychic
Jollychic

Jollychic

JollyChic ialah aplikasi membeli belah dalam talian dengan lebih 1 juta produk yang menikmati liputan 80% pasaran di Timur Tengah. Pengguna Huawei dapat menikmati diskaun eksklusif sebanyak 10% apabila menggunakan aplikasi ini.

Kini setelah anda mengetahui lebih lanjut tentang HUAWEI P20, telefon pintar kebanggaan Huawei serba baharu, serta diskaun aplikasi hebat yang dapat dinikmati oleh penggunanya, apa yang ditunggu lagi? Dapatkan HUAWEI P20 anda hari ini!

Hubungi:
Shaun Li
+86-150-1131-6680
Shaun.Li@hkstrategies.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180424/2111832-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180424/2111832-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180424/2111832-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180424/2111832-1-d
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180424/2111832-1-e
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180424/2111832-1-f
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180424/2111832-1-g
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180424/2111832-1-h
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180424/2111832-1-i
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180424/2111832-1-j

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services