omniture

XCMG Daki Tangga ke-6 dalam Yellow Table 2018 KHL

XCMG
2018-04-25 22:26 606

XUZHOU, China, 25 April 2018 /PRNewswire/ -- XCMG (000425.SZ), pengeluar jentera pembinaan yang terkemuka di dunia, kini menduduki tempat ke-6 antara 50 pengeluar peralatan pembinaan terbaik dunia dalam laporan Yellow Table terkini yang dikeluarkan oleh penerbit pembinaan Eropah KHL. XCMG mendaki dua anak tangga daripada tempat ke-8 dalam laporan tahun lalu, seraya mencapai kedudukan tertinggi antara mana-mana pengeluar Cina.

XCMG Moves Up to 6th Place on KHL’s 2018 Yellow Table
XCMG Moves Up to 6th Place on KHL’s 2018 Yellow Table

Berikutan penurunan selama bertahun-tahun dalam pasaran peralatan pembinaan global, tahun ini menyaksikan pertumbuhan yang kukuh, khususnya di Asia yang mana 50 pengeluar terbaik memperlihatkan prestasi jualan terbaik sejak tahun 2013. KHL menyatakan bahawa China ialah kunci kepada pertumbuhan ini, memandangkan jualan peralatan pembinaan Cina meningkat 82 peratus dan melebihi 200,000 unit buat julung kalinya sejak tahun 2014.

Wang Min, Pengerusi dan presiden XCMG mengulas, "Teknologi dan inovasi canggih kami, berserta kualiti 'termaju dan mampu bertahan' merupakan kunci ke arah peningkatan kedudukan kami dalam Yellow Table 2018 KHL. Tatkala XCMG meneruskan peralihannya daripada pengilangan tradisional kepada pintar, kami akan berupaya mencapai pertumbuhan yang konsisten pada masa depan, meskipun sekiranya pasaran mengalami kemerosotan. Tambahan pula, pengalaman rentas negara kami selama berdekad-dekad menjadikan kami amat sesuai untuk memanfaatkan pembangunan pasaran global, termasuk peluasan ke dalam pasaran-pasaran berkualiti sederhana dan tinggi yang semakin muncul."

Menerusi usaha penyelidikan dan pembangunan yang berdedikasi selama bertahun-tahun, XCMG telah meraih pencapaian penting secara berterusan dalam pembangunan produk dan juga bahagian pasaran:

  • Sektor-sektor perniagaan jentera dan tapak pemindahan tanah XCMG kini mempunyai skala RMB 10 bilion
  • Jualan tahunan lori berat melebihi 13,000 unit
  • Jumlah jualan dalam sektor peralatan alam sekitar melebihi RMB 1 bilion (US$159.19 juta)
  • Kren semua rupa bumi berat tan besar XCMG menembusi pasaran berkualiti tinggi di A.S., Jerman dan Australia
  • XCMG kini memiliki 5,977 paten teknikal, antaranya 1,211 merupakan paten ciptaan yang dibenarkan

XCMG melaporkan peningkatan 90 peratus berbanding tahun sebelumnya pada tahun 2017, dengan jumlah pendapatan serta kadar pertumbuhan melebihi saingannya. Operasi global XCMG melibatkan lebih 40 pejabat cawangan dan 300 peniaga dan pengedar, mengeksport ke lebih 178 negara serta wilayah. Ia menjadi peneraju dalam industri selama tiga dekad, khususnya dalam pasaran Asia, Afrika dan Amerika Selatan.

Dengan nilai eksport menyumbang sebanyak 72 peratus daripada jumlah keseluruhan, XCMG meluaskan bahagian pasarannya di 57 negara dan wilayah serta mengambil bahagian dalam Inisiatif "Jalur dan Jalan" China serta diletakkan sebagai peniaga eksport No. 1 di 30 negara destinasi mengikut jumlah keluruhan bilangan eksport. XCMG menubuhkan 134 pusat perkhidmatan dan komponen di seluruh dunia bagi memastikan perkhidmatan selepas jualan yang segera.

Latar Belakang XCMG

XCMG (000425.SZ) ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 74 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan keenam dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat turut mengeksport ke lebih 177 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG melalui FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180424/2113242-1

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Machinery Mining/Metals Transportation