omniture

Pusat Peranginan Bersejarah di Mesir Jalani Pengubahsuaian Kontemporari Dengan Emaar Hospitality Group Bakal Perkenal 'Al Alamein Hotel' Tahun Ini

Emaar Hospitality Group
2018-04-26 03:36 542

DUBAI, UAE, 26 April 2018 /PRNewswire/ --

Pusat peranginan Alamein yang bersejarah, dibina pada tahun 1960 di tepi Teluk Sidi Abdelrahman di Laut Mediterranean dan pernah menjadi tuan rumah untuk pemimpin-pemimpin termasuk Gamal Abdel Nasser Hussein, Presiden kedua Mesir, bersiap sedia untuk menjalani pengubahsuaian yang menyegarkan dan kontemporari.

generated by system

generated by system

Emaar Hospitality Group telah memulakan langkah pengubahsuaian dan reka bentuk semula hartanah ini, sambil mengekalkan konteks dan warisan budayanya. Al Alamein Hotel serba baharu, diurus oleh Vida Hotel and Resorts akan membuka pintunya kepada pengunjung tahun ini. Ia terletak di tengah-tengah Marassi, destinasi gaya hidup dan pelancongan oleh Emaar Misr (EGX: EMFD.CA).

Al Alamein Hotel ialah projek hotel keempat oleh Emaar Hospitality Group di Mesir. Projek-projek lain, juga terletak di Marassi, iaitu Address Marassi Beach Resort dan Address Marassi Golf Resort + Spa, kedua-duanya dikendalikan oleh Address Hotels + Resorts, jenama hotel mewah yang premium dan kediaman berservis, serta Vida Marassi Marina yang mempunyai 120 bilik dan suit hotel.

Lokasi Al Alamein Hotel akan menjadikannya destinasi hospitaliti pilihan untuk pengunjung dari Mesir, seluruh Eropah dan pelosok dunia yang lain. Lapangan Terbang Burj Al Arab di Alexandria terletak kira-kira dua jam jarak pemanduan manakala Lapangan Terbang Kebangsaaan Al Alamein hanyalah kurang daripada 45 minit perjalanan.

Menampilkan 189 bilik termasuk chalet mewah, Al Alamein Hotel bakal mempunyai beberapa ciri yang dipertingkat. Terdapat tempat duduk luar tambahan yang menghadap perairan teluk yang mendamaikan, outlet pantai, ruang istirehat atas bumbung, pusat kecergasan, kolam renang, gelanggang tenis dan juga spa. Para tetamu akan mendapat akses kepada kemudahan di Marassi termasuk marina, kelab kapal layar, padang golf, rumah kelab pantai, kawasan bermain, restoran, kemudahan mesyuarat, kolam di luar dan geladak.

Olivier Harnisch, Ketua Pegawai Eksekutif Emaar Hospitality Group berkata: "Ia merupakan satu penghormatan luar biasa buat kami untuk melaksanakan penakrifan semula yang moden terhadap pusat peranginan Alamein. Penduduk Mesir mempunyai kenangan indah terhadap pusat peranginan ini dan kami komited untuk mengembalikannya kepada zaman kegemilangannya yang sebenar. Dengan lokasinya yang terletak di tengah-tengah Marassi di tepian pantai, ia akan menawarkan pengunjung dengan pengalaman gaya hidup yang mengilhamkan dan beraneka budaya."

Al Alamein Hotel bakal menjadi pusat peranginan pantai mewah yang mana minda-minda yang menginspirasikan mencipta, terhubung dan mencetuskan hasilnya. Kelaziman jenama– Vida bermaksud 'kehidupan' dalam bahasa Sepanyol – ia akan mengekalkan sifat-sifat penting pada pusat peranginan bersejarah itu.

alalameinhotel.com | vidahotels.com

Untuk butiran lanjut, hubungi: 

Kelly Home
ASDA'A B-M; +9714-4507-600
kelly.home@bm.com

Source: Emaar Hospitality Group
Keywords: Hotels and Resorts Travel New products/services