omniture

Huawei Perkasa Transformasi Perindustrian Digital dengan Penyelesaian ICT Baharu Inovatif Dilancar di HANNOVER MESSE 2018

Huawei
2018-04-26 08:22 676

HANNOVER, Jerman, 26 April 2018 /PRNewswire/ -- Di HANNOVER MESSE 2018, Huawei mempamerkan penyelesaian inovatif dan amalan terbaik untuk transformasi perindustrian digital di bawah tema "Menerajui ICT Baharu, Menghubungkan Bit & Peralatan". Menumpu pada ketersambungan, Huawei dan rakan-rakan industri bersama-sama mempamerkan produk dan penyelesaian berdasarkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) baharu seperti Internet Komunikasi Benda (IoT), pengkomputeran awan, eLTE dan 5G serta mendemonstrasikan bagaimana kesemua ini dapat diaplikasikan dalam pelbagai senario perindustrian digital seperti Internet Komunikasi Kenderaan, Internet Komunikasi Lif dan Eskalator, kilang terhubung, logistik pintar serta penyelenggaraan prediktif. Huawei turut mengumumkan kolaborasi-kolaborasi baharu bersama rakan-rakan industri utama termasuk Groupe PSA, Telefonica, Lapangan Terbang Munich, Alliance of Industrial Internet (AII), Avnu Alliance dan Schneider Electric.

Tema utama Hannover MESSE 2018 ialah "Industri Bersepadu - Berhubung & Berkolaborasi". Penumpuan mendalam ICT baharu dan sistem pengilangan dalam era Industri 4.0 membawa kepada revolusi perindustrian yang amat luas dalam industri pengilangan global. Penyesuaian berskala besar, reka bentuk kolaboratif global, kilang pintar, penyelenggaraan prediktif dan kereta terhubung menakrifkan semula seluruh rantaian nilai dan merangsang kaedah pengeluaran baharu, struktur industri, model perniagaan dan pertumbuhan ekonomi.

Huawei launches innovative digital industrial solutions and practices at HANNOVER MESSE 2018
Huawei launches innovative digital industrial solutions and practices at HANNOVER MESSE 2018

Mempamerkan Pelbagai Penyelesaian Baharu yang Komprehensif untuk Percepatkan Pendigitan Perindustrian

Zhang Lin, presiden Huawei West European Enterprise Business berkata: "Dengan penyepaduan yang semakin mendalam menerusi pelbagai industri, transformasi perindustrian menuntut pendigitan yang lebih tinggi berbanding sebelum ini. Sebagai penyedia penyelesaian ICT yang utama dalam industri, Huawei memanfaatkan sepenuhnya teknologi-teknologi canggih seperti IoT, pengkomputeran awan, teknologi tanpa wayar termaju (5G) dan perangkaian tangkas. Kami turut mewujudkan platform OpenLab yang terbuka dan inovatif yang membolehkan kami berganding bahu dengan rakan-rakan kongsi ekosistem bagi mempercepatkan transformasi perindustrian digital ke arah kecekapan yang lebih hebat dan tahap kepintaran lebih tinggi."

Di HANNOVER MESSE 2018, Huawei mempamerkan inovasi-inovasi baharu dengan kerjasama bersama banyak pelanggan dan rakan kongsi seperti Groupe PSA, Schindler, Intel, Beckhoff, Harting, Software AG, SAP, Telefonica, Q-loud, KUKA, SDI dan T-Systems. Inovasi-inovasi ini termasuk teknologi penghubung, penyelesaian baharu dan amalan terbaik untuk memajukan pengilangan pintar. Pencapaian-pencapaian kolaboratif turut dipamerkan termasuk: DS 7 Crossback, kenderaan pertama yang menggunakan Platform Modular Kenderaan Terhubung (CVMP) Groupe PSA dan dilengkapi dengan platform IoT OceanConnect Huawei serta perkhidmatan Awan yang disokong oleh Huawei; platform ujian pengilangan pintar "Perangkaian Peka Masa (TSN) + Seni Bina Seragam OPC (OPC UA)" berbilang senario yang bersama-sama dibangunkan oleh Huawei dan beberapa organisasi industri yang berprestij; kilang terhubung dan logistik pintar dipamerkan oleh Huawei bersama KUKA, Hikvision dan lain-lain; Demonstrasi bersama dengan T-Systems: Awan Pengurusan Kitar Hayat Produk berdasarkan Awan Telekomunikasi Terbuka; penyelesaian Lif Terhubung yang didemonstrasikan oleh Huawei dan Schindler, pengeluar lif dan eskalator yang terkemuka di dunia; serta penyelesaian penyelenggaraan prediktif perindustrian yang dipamerkan oleh Huawei bersama-sama Harting, Software AG dan SDI. Melalui pelbagai senario, Huawei mendemonstrasikan kuasa teknologi-teknologi penghubungnya termasuk 5G, NB-IoT, EC-IoT, Pengawal Logik Boleh Diprogramkan Awan (PLC), eLTE, Kampus Awan dan platform IoT.

Melancarkan Kerjasama Penting dengan Perusahaan-perusahaan utama Industri

  • Kenderaan terhubung pertama Huawei-Groupe PSA diperkenalkan julung kali di Eropah di reruai Huawei menerusi HANNOVER MESSE 2018.

Huawei dan Groupe PSA mempamerkan DS 7 CROSSBACK, kenderaan terhubung pertama hasil daripada perkongsian mereka yang mencakupi kesemua kenderaan terhubung Kumpulan, yang diumumkan pada November 2017. Dengan menggunakan platform IoT OceanConnect Huawei, Groupe PSA membangunkan Platform Modular Kenderaan Terhubung (CVMP) untuk kenderaan terhubungnya, yang digunakan di seluruh dunia menerusi perkhidmatan Awan yang disokong oleh Huawei. DS 7 CROSSBACK, dilancarkan bulan ini di China ialah kenderaan pertama yang mendapat manfaat daripada CVMP. Pelanggan boleh mengakses perkhidmatan baharu seperti navigasi terhubung, pengecaman suara bahasa biasa dan portal perkhidmatan terhubung melalui skrin papan pemuka kenderaan. Status penyelenggaraan kenderaan dan maklumat perjalanan terdahulu serta gaya pemanduan juga boleh diakses daripada telefon pintar pelanggan.

  • Huawei dan Telefonica memperkenalkan PoC Meter Pintar NB-IoT untuk mempercepatkan transformasi digital Lapangan Terbang Munich.

Huawei, Telefonica dan penyedia IoT Q-loud bersama-sama melancarkan bukti konsep (POC) meter pintar berdasarkan Internet Komunikasi Benda Jalur Sempit (NB-IoT) untuk Lapangan Terbang Munich. Penyelesaian ini termasuk EnergyCam, sistem kamera yang dibangunkan oleh Q-loud, yang dapat merekodkan bacaan meter daripada meter penggelek tradisional, menganalisis imej dan mengenal pasti bacaan meter terpapar melalui perisian bersepadu dan memindahkan data dalam bentuk digital melalui NB-IoT dalam rangkaian Telefónica kepada platform IoT OceanConnect Huawei. Penyelesaian ini membolehkan jabatan IT lapangan terbang mengakses data meter dengan serta merta untuk menjalankan analisis pantas.

  • Huawei melancarkan platform ujian pengilangan pintar TSN+OPC UA dengan beberapa organisasi industri dan syarikat ternama untuk merapatkan jurang peringkat akhir dalam Internet perindustrian.

Huawei melancarkan platform ujian pengilangan pintar TSN+OPC UA dengan kerjasama organisasi-organisasi antarabangsa seperti AII, Avnu Alliance, Edge Computing Consortium (ECC) dan Fraunhofer FOKUS, serta vendor yang terkenal di dunia seperti Schneider Electric, HollySys, National Instruments Corporation (NI), B&R Automation, TTTech dan Spirent Communications. Platform ujian ini melibatkan enam senario saling hubungan perindustrian. TSN dan OPC UA ialah faktor-faktor pemacu utama untuk teknologi-teknologi baharu seperti penyelenggaraan prediktif, analitik data, pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan (AI). Kesemua ini dapat membantu syarikat-syarikat perindustrian meningkatkan kecekapan dengan mengurangkan masa henti, meningkatkan kecekapan peranti keseluruhan dan mengurangkan kos pemilikan keseluruhan (TCO).

Huawei bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi global bagi membangunkan penyelesaian perindustrian digital inovatif yang lebih cekap dan lebih pintar untuk pelanggan, memungkinkannya untuk membangunkan proses operasi baharu dan platform infrastruktur untuk Industri 4.0. Penyelesaian ini telah membantu lebih 1,000 syarikat pengilangan di seluruh dunia meningkatkan kecekapan pengeluaran mereka.

HANNOVER MESSE 2018 akan diadakan mulai 23-27 April di Pusat Pameran Hannover, Jerman. Reruai Huawei terletak di D18 Dewan 6. Untuk maklumat lanjut tentang produk dan penyelesaian Huawei yang bakal ditonjolkan di HANNOVER MESSE 2018, sila layari http://e.huawei.com/topic/hannovemesse2018-en/index.html.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180424/2113244-1

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Equipment Contracts Joint ventures New products/services Trade show news