omniture

Pengilangan Pintar Ditonjol di Pameran Canton ke-123 - Produk Baharu, Inovatif Dilancar di Tapak Pameran

Pameran Canton
2018-04-26 13:22 740

GUANGZHOU, China, 26 April 2018 /PRNewswire/ -- Fasa pertama Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton) kali ke-123 membawakan perkakas elektronik & elektrik rumah daripada lebih 2,500 syarikat dari seluruh dunia yang bertujuan untuk membawakan produk yang dihasilkan melalui pengilangan pintar yang mesra pengguna buat pembeli global.

Pengeluaran Pintar Diketengahkan di Pameran Canton ke-123
Pengeluaran Pintar Diketengahkan di Pameran Canton ke-123

"Fasa pertama Pameran Canton ini menyaksikan banyak syarikat antarabangsa yang terkemuka memperkenalkan produk-produk baharu buat julung kalinya," kata Alan Liu, Timbalan Ketua Pengarah di Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri di Pameran Canton. "Platform utama untuk mempromosikan perdagangan antarabangsa dari China, Pameran Canton sering menjadi lokasi yang mana produk-produk baharu yang termaju dan berkualiti tinggi dilancarkan kepada dunia."

Lebih banyak pempamer bawakan produk pintar, rendah karbon dan terkini

Kemuncak dalam fasa satu Pameran ialah zon perkakas elektrik rumah yang menonjolkan ratusan produk bermula daripada peti sejuk kepada perkakas elektrik rumah bersaiz kecil, meliputi semua kategori utama dalam pasaran antarabangsa dan memperlihatkan pertumbuhan penting dalam sektor-sektor teknologi pintar.

Produk-produk utama yang dibawakan oleh syarikat-syarikat gergasi perkakas rumah global serta peneraju pasaran lain dari negara-negara dalam Inisiatif Jalur dan Jalan China termasuk:

·   Gree Electric Appliances, Inc. mempamerkan Unit Berbilang VRF (Aliran Penyejuk Boleh Ubah) AI GMV6, iaitu penyaman udara pintar, yang menggunakan teknologi AI untuk meramalkan trend perubahan cuaca dan suhu masa depan serta menyelaraskan mod secara automatik.

·   Galanz membawakan kira-kira 100 produk, termasuk multi-ketuhar semua dalam satu yang memenangi Anugerah Inovasi Teknikal Produk IFA baharu, yang menggunakan stim tanpa pencemaran untuk memasak dengan cara yang lebih sihat, amat cekap dan mesra alam.

·   Simfer, syarikat perkakas elektrik rumah yang terkemuka di Turki, mempamerkan perkakas dapur professional yang menunjukkan kebolehannya menyediakan produk-produk tersuai untuk segmen-segmen pasaran yang berbeza.

"Gree meluaskan jejak globalnya dengan pertumbuhan jualan luar negara dua angka pada tahun 2017," kata Jun Oyang, Naib Pengurus Besar Gree Overseas Sales Company. "Tahun ini kami masih menumpu pada penjenamaan, penaiktarafan dan produk-produk generasi seterusnya. Pameran Canton ialah platform terbesar dan paling penting untuk Gree dalam rancangan jangkauan globalnya."

Cathy Sin, Pengarah Jualan Kanan Jabatan Perdagangan Luar Negeri Ketuhar Gelombang Mikro Galanz berkata bahawa Pameran Canton menyediakan peluang kepada syarikat untuk berkomunikasi dengan peniaga dan jenama global yang terkemuka yang mana mereka menyaksikan keperluan yang semakin meningkat terhadap pemperibadian dalam pasaran antarabangsa.

Produk elektronik dan elektrik di Pameran Canton: produk berkualiti tinggi terajui industri

Pembangunan pesat bekalan elektrik, automobil, perkakas rumah dan industri-industri pengguna lain turut menerajui evolusi pesat produk elektronik dan elektrik. Produk motor dalam zon produk elektronik dan elektrik turut dikemas kini demi mendapatkan kualiti yang tinggi.

Daripada semua produk yang dibawa oleh Sassin Int'l Electrical Shanghai Co., Ltd ke Pameran tersebut, 80 peratus daripadanya dibangunkan secara dalaman dan kesemuanya menumpu pada kepintaran. "Jumlah eksport keseluruhan Sassin meningkat 20 peratus tahun lalu dan syarikat menerima maklum balas positif daripada pasaran-pasaran Timur Tengah, Afrika dan Eropah," kata Jessie Chiang, Pengarah Komersial Pusat Perniagaan Luar Negara. "Sassin akan terus menambah baik teknologinya, meluaskan saluran eksport dan meninjau pasaran eksport baharu dengan bantuan Pameran Canton."

Latar Belakang Pameran Canton

Pameran Import dan Eksport China, turut dikenali sebagai Pameran Canton, diadakan dua kali setahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh. Diwujudkan pada tahun 1957, kini pameran ini merupakan sebuah pameran komprehensif yang melakar sejarah paling panjang, bertaraf tertinggi, bersaiz paling luas dan mempunyai bilangan produk terbanyak serta melibatkan taburan asal pembeli paling luas dan turut memperoleh pusing ganti perniagaan tertinggi di China.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180425/2114544-1

 

Source: Pameran Canton
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news