omniture

Air China Limited Umum Keputusan Suku Pertama 2018: Tingkatkan Kualiti Pembangunan Capai Pertumbuhan Penting dalam Keuntungan

Air China
2018-04-28 10:58 417

BEIJING, 28 April 2018 /PRNewswire/ -- Air China Limited ("Air China" atau "Syarikat," bersama-sama subsidiari-subsidiarinya, secara kolektif "Kumpulan") (HKEX: 00753; LSE: AIRC; SSE: 601111; ADR OTC: AIRYY), hari ini mengumumkan keputusan suku pertama bagi tahun 2018 ("Tempoh").

Sorotan Keputusan

  • Jumlah keuntungan meningkat 66.31% berbanding tahun sebelumnya kepada RMB4.024 bilion
  • Pendapatan pengendalian meningkat 9.11% berbanding tahun sebelumnya kepada RMB31.607 bilion
  • Jumlah kos pengendalian meningkat 6.71% berbanding tahun sebelumnya kepada RMB 28.230 bilion

Sorotan Operasi dan Perniagaan

Pada suku pertama tahun 2018, ekonomi Cina semakin berkembang. Memandangkan permintaan penduduk terhadap perjalanan adalah kukuh, lalu lintas penumpang udara mengekalkan pertumbuhan yang mantap manakala permintaan dalam pasaran kargo terus bertambah baik. Semasa Tempoh berkenaan, Kumpulan mencatatkan pendapatan pengendalian sebanyak RMB31.607 bilion, meningkat 9.11% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Jumlah kos pengendalian mencecah RMB 28.230 bilion, meningkat 6.71% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Jumlah keuntungan adalah sebanyak RMB4.024 bilion, meningkat 66.31% berbanding tempoh yang sama tahun lalu manakala keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang-pemegang saham bagi syarikat-syarikat yang tersenarai adalah sebanyak RMB2.628 bilion, meningkat 79.23% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Semasa Tempoh berkenaan, kapasiti penumpang Kumpulan, seperti yang diukur oleh Tempat Duduk Tersedia setiap Kilometer (ASK), meningkat sebanyak 10.96% berbanding tahun sebelumnya kepada 65.758 bilion. Lalu lintas penumpang, seperti yang diukur oleh Hasil Penumpang setiap Kilometer (RPK) ialah 53.350 bilion, meningkat 9.75% berbanding tahun sebelumnya. Antaranya, RPK bagi laluan domestik, laluan antarabangsa dan laluan serantau, masing-masing berjumlah sebanyak 32.596 bilion, 18.849 bilion dan 1.905 bilion, meningkat 7.44%,13.65% dan 12.92% berbanding tahun sebelumnya. Faktor beban penumpung ialah 81.13%, susut sedikit daripada 0.90 mata peratus berbanding tahun sebelumnya, yang mana, faktor beban penumpang bagi laluan domestik, antarabangsa dan serantau masing-masing ialah 83.02%, 78.28% dan 78.90%.

Dari segi kargo udara, Tan Kargo Tersedia Setiap Kilometer (AFTK) berjumlah 3.518 bilion, meningkat 9.81% berbanding tahun sebelumnya, manakala Hasil Tan Kargo Setiap Kilometer (RFTK) berjumlah 1.803 bilion, meningkat 10.90% berbanding tahun sebelumnya. Faktor beban kargo dan mel mencecah 51.26%, meningkat 0.51 mata peratus berbanding tahun sebelumnya.

Tinjauan

Mengambil manfaat daripada pembangunan berterusan industri penerbangan global, pertumbuhan kukuh makroekonomi China dan pengaruh beberapa dasar yang menguntungkan industri, kami berharap Syarikat akan mendapat peluang yang lebih luas bagi tujuan pembangunan tahun ini. Dengan berpegang kepada falsafah pembangunan "Inovasi, Penyelarasan, Mesra Alam, Keterbukaan dan Perkongsian", Kumpulan akan terus mencipta kemajuan dan dalam masa yang sama meneruskan kestabilan, terus memperhebatkan pembaharuan dan inovasi, mengukuhkan pengurusan dan kawalan kos, mengoptimumkan struktur modal dan hutang serta menyatukan dan meningkatkan kelebihan daya saing, agar dapat mencapai prestasi yang lebih baik dan pembangunan mampan mengikut keupayaan penuhnya.

Latar Belakang Air China

Air China Limited (Air China) ialah syarikat penerbangan kebangsaan China dan merupakan penyedia utama bagi perkhidmatan dan produk penumpang, kargo udara dan berkaitan penerbangan di China. Ibu pejabat operasinya terletak di Beijing, hab domestik dan antarabangsa utama di China. Ia turut menyediakan perkhidmatan berkaitan penerbangan, termasuk penyelenggaraan pesawat, perkhidmatan pengendalian di darat iaitu di Beijing, Chengdu dan tempat-tempat lain. Setakat 31 Disember 2017, Kumpulan mengendalikan armada yang mempunyai 655 pesawat dengan purata umur 6.53 tahun, manakala Syarikat mengendalikan armada yang mempunyai 396 pesawat dengan dengan purata umur 6.57 tahun. Laluan trafik penumpang telahpun mencecah 420 laluan, termasuk 101 laluan antarabangsa, 16 laluan serantau dan 303 laluan domestik. Jaringan Syarikat meliputi 40 negara dan wilayah seluruh dunia serta 185 bandar, termasuk 66 bandar antarabangsa, 3 bandar serantau dan 116 bandar domestik. Air China tersenarai dalam Bursa Saham Hong Kong dan Bursa Saham London pada 15 Disember 2004, masing-masing di bawah kod 00753 dan AIRC. Pada 30 Jun 2006, program ADR tajaan tahap 1 diadakan untuk Air China dengan simbol AIRYY. Pada 18 Ogos 2006, Air China tersenarai dalam Bursa Saham Shanghai di bawah kod 601111. Untuk butiran lanjut, sila layari laman sesawang Air China: www.airchina.com.cn.

Kenyataan Perlindungan Selamat

Siaran akhbar ini mengandungi unjuran dan kenyataan jangkaan yang menunjukkan pandangan semasa syarikat berhubung peristiwa masa depan dan prestasi kewangan. Pandangan ini adalah berasaskan andaian semasa yang tertakluk kepada pelbagai risiko dan mungkin berubah dari masa ke masa. Tiada jaminan yang dapat diberikan bahawa peristiwa masa depan akan berlaku, unjuran akan dicapai, mahupun andaian syarikat adalah benar. Keputusan sebenar mungkin berbeza dengan ketara berbanding yang diunjurkan.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180323/2086726-1LOGO

Source: Air China
Related Stocks:
HongKong:0753 LSE:AIRC Shanghai:601111
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Banking/Financial Service Passenger Aviation Travel Earnings