omniture

Banyan Tree Jiuzhaigou Bakal Dibuka Semula kepada Tetamu pada 28 April 2018

Banyan Tree Jiuzhaigou
2018-04-30 10:38 670

'Selamat Kembali ke Kawasan Lindungan Pergunungan Berpanorama'

JIUZHAIGOU, China, 30 April 2018 /PRNewswire/ -- Banyan Tree Jiuzhaigou bakal dibuka semula kepada para tetamu pada 28 April tahun ini susulan pembukaan semula Taman Negara Jiuzhaigou pada awal Mac lalu setelah 7 bulan menjalankan usaha-usaha pembinaan semula selepas mengalami gempa bumi. Sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terletak di kawasan pergunungan Wilayah Sichuan di Barat Daya China, Taman Negara Jiuzhaigou terkenal dengan keindahannya yang ajaib dan pelbagai budaya etnik.

Selamat kembali ke kawasan lindungan pergunungan berpanorama
Selamat kembali ke kawasan lindungan pergunungan berpanorama

Dibuka secara rasminya pada Mac 2017, Banyan Tree Jiuzhaigou ialah tempat beristirehat dengan gunung ganang yang indah, 2,500 meter di atas paras laut. Terletak 2.5 jam perjalanan dari Lapangan Terbang Jiuzhaigou Huanglong dan 60 minit jarak pemanduan dari Taman Negara Jiuzhaigou, pusat peranginan ini membolehkan tetamu meneroka kawasan simpanan semula jadi sambil menyediakan Sanctuary for the Senses (Tempat Berlindung untuk Deria) jauh dari hiruk pikuk kehidupan bandar dan pelancong yang bersesak-sesak.

Sejak 28 April 2018, Banyan Tree Jiuzhaigou akan membuka semula pintunya dan mengalu-alukan kembali kedatangan tetamu ke kawasan simpanan semula jadi ala-ala dongeng, tepat pada waktunya untuk menikmati bunga-bunga pada lewat musim bunga, tasik yang berkilauan dan pemandangan berpanorama 360 darjah bagi gunung ganang dan lembah yang mengelilinginya. Bagi memberikan para tetamu dengan pengalaman Jiuzhaigou asli, pusat peranginan ini memilih susun jadual acara sepanjang tahunan termasuk siri detik-detik unik mencakupi penerokaan alam semula jadi dan keasyikan budaya mulai Mei hingga akhir tahun.

Sebagai pusat peranginan sehenti yang direka untuk menggembirakan semua golongan tetamu, Banyan Tree Jiuzhaigou membawakan koleksi kemudahan mewah yang dipilih dengan teliti. Bagi meraikan kejayaan pembukaan semulanya, Banyan Tree Jiuzhaigou menyediakan semua tetamu, tua dan muda dengan tawaran istimewa. Mulai hari ini hingga 15 Julai 2018, tempahlah promosi Night On Us melalui www.banyantree.com bagi menikmati satu malam percuma untuk setiap penginapan selama dua malam. Bagi mendapatkan pakej pengalaman yang lengkap, tempahlah pakej Sense of Exploration selama 3 hari 2 malam dan nikmati sarapan harian, dua set hidangan makanan dan jelajah perkampungan selama setengah hari termasuk pemindahan pergi-balik dan makan tengah hari di rumah ladang untuk dua orang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

 

Banyan Tree Hotels & Resorts

Cik Vivian Zhang

Pengarah Serantau, Komunikasi Pemasaran - China

Emel: Vivian.Zhang@banyantree.com

 


 

Great Xpectation

Roy Zhong / Aron Lin

Garcia Liu/ Dorothy Sheng                  

Emel:

roy.zhong@greatx.cn / aron.lin@greatx.cn

garcia.liu@greatx.cn / dorothy.sheng@greatx.cn

 

 

Banyan Tree Jiuzhaigou

Cik Yoyo You

Pengarah, Komunikasi Pemasaran

Tel: +86 837 889 8888 samb. 7080

Emel: Yoyo.You@banyantree.com

 

 Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180427/2117354-1-a

Source: Banyan Tree Jiuzhaigou
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Sports Travel New products/services Outdoors/Camping/Hiking