omniture

GAC Motor Takrif Gaya Hidup Mudah Alih Baharu Dengan Kemunculan Sulung Van Mini GM6 di Auto China 2018

GAC Motor
2018-04-30 11:33 512

GUANGZHOU, China, 30 April 2018 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pembuat auto paling pesat berkembang di China, memperkenalkan julung kalinya GM6, van mini serba baharu dan mempamerkan barisan kenderaan elitnya di Pameran Automotif Antarabangsa Beijing 2018 (Auto China 2018) mulai 25 April - 4 Mei di Lokasi Baharu Pusat Pameran Antarabangsa China (Tianzhu).

GAC Motor memperkenalkan julung kalinya GM6 di Pameran Automotif Antarabangsa Beijing 2018
GAC Motor memperkenalkan julung kalinya GM6 di Pameran Automotif Antarabangsa Beijing 2018

Sebagai ahli terkini dalam keluarga GAC Motor, van mini GM6 berharga sederhana hingga mewah itu direka dengan konsep terkini dan teknologi automotif. Ia mengguna pakai enjin 1.5L dan 1.3T, digandingkan dengan manual lima kelajuan atau transmisi automatik enam kelajuan. Konsol tengah yang tipis pula mendapat reka bentuk yang lebih moden dan praktikal apabila dibandingkan dengan model-model semasa. Berserta GM8 yang dilancarkan sebelum ini, GM6 yang berorientasikan keluarga, dengan harganya yang lebih rendah, akan mengukuhkan lagi kelebihan syarikat yang saling melengkapi dalam pasaran van mini global.

"GAC Motor berbangga kerana berupaya memperkenalkan model terkini kami, van mini GM6 dan untuk menonjolkan pencapaian terbaharu kami di Auto China 2018," kata Yu Jun, Presiden GAC Motor. "Pertumbuhan jualan GAC Motor berupaya mengatasai persaingan dalam pembangunan lantaran strategi kami yang mengutamakan kualiti dan keupayaan pengilangan penanda aras kami. Penyertaan kami dalam Auto China 2018 merupakan satu lagi langkah dalam strategi kami untuk terus berkembang ke dalam pasaran-pasaran antarabangsa. Telahpun dilakukan pada tahun 2018, GAC Motor telah mempamer di NAIAS dan NADA, yang membantu kami untuk terus melaksanakan strategi global kami."

Yu Jun, presiden GAC Motor
Yu Jun, presiden GAC Motor

GAC Motor turut mempamerkan kereta konsep Enverge buat julung kalinya di China dalam Auto China 2018, serta sedan terkenalnya, SUV dan model tenaga baharu. Pameran GAC Motor di Auto China 2018 telahpun berjaya menarik perhatian lebih 30 pengedar antarabangsa dan tetamu ternama, yang memberi pujian tinggi terhadap kualiti dan reka bentuk unggul jenama tersebut.

Rod Alberts, Pengarah Eksekutif Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara, mengulas bahawa GAC Motor dengan reka bentuk inovatifnya serta produk berkualiti tinggi, sekali lagi membuatkan dunia lebih teruja. Tatkala strategi jenama global GAC Motor menunjukkan kemajuannya, beliau tidak sabar-sabar untuk melihat produk automobil bertaraf dunianya dalam lebih banyak pasaran luar negara. Alberts turut mengundang GAC Motor untuk mengambil bahagian dalam NAIAS seterusnya di Detroit pada Januari 2019.

Jean-Claude Girot, Pengurus Eksekutif Pameran Motor Paris, turut mengundang GAC Motor secara rasminya untuk menonjolkan produk dan keupayaan bertaraf dunia GAC Motor sebagai jenama terkemuka dalam industri automobil Cina di Eropah dan seluruh dunia pada Oktober 2018.

GAC Motor mengumumkan pemeteraian perjanjian usaha sama pengilangan transmisi automatik bersama Aisin AW dalam sidang akhbar. Semasa Auto China 2018, syarikat tersebut turut menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan tujuh pembekal baharu. Berpegang pada strategi pembangunan antarabangsa yang menghubungkan semua pihak, GAC Motor membina perikatan strategik yang dapat menggabungkan sumber global dan mewujudkan rantaian bekalan yang lebih berdaya saing.

GAC Motor dan Aisin AW secara rasmi menandatangani perjanjian untuk projek usaha sama transmisi automatik
GAC Motor dan Aisin AW secara rasmi menandatangani perjanjian untuk projek usaha sama transmisi automatik

Pada 26 April, GAC Motor menganjurkan persidangan pengedar Antarabangsa 2018 untuk bersama-sama membincangkan perkongsian yang terbuka, inklusif dan saling menguntungkan yang akan membantu jenama tersebut menyerlah di persada antarabangsa.

Tahun 2018 merupakan ulangtahun ke-10 GAC Motor. Sebagai sebahagian daripada hasil perkembangan matlamatnya untuk berkembang maju di peringkat global, pusat reka bentuk termaju syarikat berkenaan beroperasi di Los Angeles selepas penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Silicon Valley, manakala GAC Motor North American Sales Company dan GAC Motor International Company akan turut ditubuhkan pada separuh pertama tahun 2018.

GAC Motor dijadual untuk mengadakan pameran di Pameran Motor Paris, Pameran Auto Los Angeles dan Pameran Motor Antarabangsa Moscow lewat tahun ini.

"Berpangkalan di China dengan pandangan luas terhadap dunia, GAC Motor akan merebut peluang dan berkembang dari titik pemulaan baharu, menawarkan kenderaan berkualiti terbaik dan kehidupan mobiliti yang lebih baik untuk pengguna," kata Yu.

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-238 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study SM (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor   
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor

Perhubungan Media: 
Sukie Wong 
+86-186-8058-2829 
GACMotor@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180427/2117409-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180427/2117409-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180427/2117409-1-c

 

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation New products/services Trade show news