omniture

Fasa 2 Pameran Canton ke-123 Buka Tirai dengan Tumpuan terhadap Reka Bentuk dan Fungsi Produk Dinaik Taraf

Pameran Canton
2018-04-30 11:58 685

GUANGZHOU, China, 30 April 2018 /PRNewswire/ -- Fasa 2 bagi Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton) ke-123, yang mempamerkan peralatan dapur & perkakas meja, seramik umum, barangan isi rumah, produk penjagaan peribadi dan produk haiwan peliharaan, telahpun dimulakan di Guangzhou. Lebih 3,600 syarikat merentasi 6 bahagian mempamerkan produk terkini mereka kepada pembeli dari seluruh China dan serata dunia. Tahun ini, elemen penyesuaian dan mesra alam menjadi pemacu utama untuk kebanyakan syarikat yang hadir di Pameran, dengan penekanan diberikan terhadap ciri-ciri pintar yang menandakan perubahan asas dalam pasaran.

Fasa 2 Pameran Canton ke-123 Buka Tirai dengan Tumpuan terhadap Reka Bentuk dan Fungsi Produk Dinaik Taraf
Fasa 2 Pameran Canton ke-123 Buka Tirai dengan Tumpuan terhadap Reka Bentuk dan Fungsi Produk Dinaik Taraf

"Fasa 2 bagi Pameran Canton bermula dengan hebat," kata Maggie Pu, Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri di Pameran Canton. "Fasa 2 menghimpunkan perusahaan-perusahaan eksport yang paling luar biasa untuk barangan pengguna di China, menyediakan produk yang mengikuti trend pasaran terkini dan dilengkapi dengan teknologi termaju untuk pembeli global. China ialah negara utama dalam pengeluaran dan eksport produk pengguna dan kami berbangga dengan peranan kami untuk memperkenalkan produk Cina yang direka dengan baik kepada dunia."

Konsep Baharu untuk Isi Rumah: Peningkatan permintaan untuk pengalaman pintar dan diperibadikan

Memandangkan struktur penggunaan terus dinaik taraf, lebih banyak syarikat menumpu pada kualiti bahan dan reka bentuk produk. Produk-produk baharu yang mengikuti rapat trend pasaran untuk mengetengahkan ciri-ciri elektronik, pintar dan mudah kini menonjol.

"Pameran Canton ialah platform yang amat berguna. Ia membantu kami menonjolkan reka bentuk produk baharu dan kekuatan jenama kami kepada pembeli," kata Liang Jianxiu, Pengarah Reka Bentuk Guangdong Linkfair Group Co., LTD, sebuah syarikat yang membawakan produk dapur pengecasan tanpa wayar dan periuk tekanan yang memenangi Anugerah IF Design kepada pameran. Ditubuhkan pada tahun 1993, ia mengkhusus dalam peralatan dapur pintar berkualiti tinggi dengan lebih 400 paten.

Sepanjang 20 tahun berada di Pameran Canton, Qingdao Kingking Applied Chemistry Co., Ltd., sebuah syarikat yang mereka bentuk, mengeluarkan dan mengeksport produk lilin, sentiasa membawakan pelancaran produk baharu ke Pameran Canton, dan tiada bezanya bagi tahun ini. Bagi tahun 2018, produk daripada syarikat menekankan kepekaan reka bentuk peribadi yang dikemas kini dan tema kesihatan, dari segi fizikal dan juga mental. Produk-produk aromaterapinya kini merangkumkan bahan-bahan yang lebih semula jadi bagi menunjukkan rasa hormat kepada alam semula jadi.

Amy Xing, Pengarah Jualan Qingdao Kingking menjelaskan bahawa faktor yang membuatkan syarikat mereka memperkenalkan produk-produk baharu di Pameran Canton adalah kerana mereka melihatnya sebagai platform penting untuk mendapatkan pengiktirafan daripada pengguna dan memperlihatkan kekuatan jenama.

Haiwan Peliharaan: Anggota Baharu di Rumah

Dengan bertambahnya bilangan keluarga yang memiliki haiwan peliharaan, produk haiwan peliharaan menjadi bahagian penting dalam seksyen produk isi rumah di Pameran Canton, dengan tumpuan lebih meningkat terhadap gandingan antara penyelesaian produk haiwan peliharaan dengan persekitaran isi rumah.

Xue Yuanchao, Pengerusi kilang produk haiwan peliharaan Hangzhou Tianyuan mengumumkan bahawa syarikat mengemas kini 30%-50% produk mereka untuk setiap pameran dan memperkenalkan tempat tidur anjing dan tempat memanjat kucing yang baru direka bentuk, bertujuan untuk mewujudkan penyepaduan yang lebih mendalam antara produk haiwan peliharaan dan produk isi rumah.

Fasa 3 bagi Pameran Canton ke-123 akan terus diadakan mulai 1 Mei dan berlangsung selama 5 hari, bagi mengetengahkan segmen tekstil & pakaian, makanan dan minuman.

Latar Belakang Pameran Canton

Pameran Import dan Eksport China ("Pameran Canton"), diadakan dua kali setahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh. Diwujudkan pada tahun 1957, kini pameran ini merupakan sebuah pameran komprehensif yang melakar sejarah paling panjang, bertaraf tertinggi, bersaiz paling besar dan mempunyai bilangan produk terbanyak serta melibatkan taburan asal pembeli paling luas dan turut memperoleh pusing ganti perniagaan tertinggi di China.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180428/2118372-1

 

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Animals/Pets Trade show news