omniture

Cirro Capital mulakan aktiviti perniagaan di Wilayah Jalur dan Jalan

Cirro Capital Limited
2018-04-30 13:51 393

Cirro Capital bersedia manfaatkan sumber dan rangkaian yang baru diperoleh untuk tembusi Perancis, Portugal, Hungary, Poland, Sepanyol dan negara-negara lain sepanjang wilayah Jalur dan Jalan.

HONG KONG, 30 April 2018 /PRNewswire/ -- Pada 22 April 2018, syarikat pelaburan yang berpangkalan di Hong Kong, Cirro Capital membuat satu pelaburan saham yang penting dalam OBOR Education Holdings Limited, penyedia sumber-sumber perniagaan Jalur dan Jalan pendidikan untuk para usahawan Cina.

Cirro Capital Tumpu pada Wilayah Jalur dan Jalan
Cirro Capital Tumpu pada Wilayah Jalur dan Jalan

Beberapa hari selepas pemerolehan, Cirro Capital membuat satu pengumuman tentang aktiviti perniagaan yang mencakupi 20 negara Eropah sepanjang wilayah Jalur dan Jalan dengan sumber-sumber dan rangkaian yang kukuh disediakan oleh OBOR Education Holdings Limited.

OBOR Education Holdings Limited, diasaskan pada tahun 2018, baru-baru ini memeterai satu kolaborasi strategik bersama universiti yang amat berprestij di Eropah, Panthéon-Sorbonne untuk menyesuaikan Kursus Dutanya. Syarikat tersebut turut berganding bahu bersama-sama Citroen dan Remax Portugal, bertujuan untuk memudahkan pewujudan Kursus Duta dengan berkongsi sumber dan maklumat antara syarikat-syarikat. Sumber dan maklumat yang dikongsi akan bermanfaat untuk para usahawan Cina bagi memperoleh pandangan berharga dalam pelaburan dan menjalankan operasi perniagaan di Perancis dan Portugal.

Cirro Capital berhasrat untuk memanfaatkan sepenuhnya sumber dan rangkaian OBOR Education Holdings Limited bagi mendapatkan peluang-peluang terus dalam menembusi wilayah-wilayah yang tepat pada peringkat pembangunan yang sesuai demi mencapai pulangan maksimum dalam pelaburan masa depan sepanjang Wilayah Jalur dan Jalan.

Jalur dan Jalan kini merupakan inisiatif kerjasama terbesar di dunia dengan potensi yang cukup besar yang masih belum diterokai. Menerusi pemerolehan bernilai tinggi yang ketiga, Cirro Capital meletakkan kedudukannya di barisan hadapan dalam industri pelaburan Jalur dan Jalan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180427/2117324-1

 

 

Source: Cirro Capital Limited
Keywords: Banking/Financial Service Education Licensing/marketing agreements