BANGALORE, India, 30 April 2018 /PRNewswire/ --
Juga umum pelancaran Makmal Keselamatan IoTnya
Subex,entiti perintis dalam ruang Keselamatan Siber, menjadi tuan rumah edisi pertama Simposium Keselamatan Sibernya dengan Universiti Teknologi Nanyang (MTU) Singapura. Simposium ini berhasrat untuk mewujudkan platform kerjasama untuk industri dan para akademik untuk berbincang idea dan inisiatif di sekeliling pendidikan keselamatan siber. Mewakili NTU ialah ahli Akademik NTU yang sangat dihormati dan pengamal keselamatan siber Prof Lam Kwok Yan, yang memberikan gambaran menyeluruhnya tentang lanskap keselamatan siber di Singapura dan perspektif tentang bagaimana pengajaran yang dipelajari dapat diterapkan dalam ekosistem India.
Juga berlangsung pada hari yang sama ialah pelancaran Makmal Keselamatan IoT Subex, yang akan menyelesaikan ancaman khusus untuk sistem kawalan Industri IoT (ICS) dan Sistem IT. Menggunakan IoT dan ICS komputer madu tertumpu yang paling menyeluruh di dunia di lebih 400 seni bina yang berbeza dan lebih 4000 peranti, Makmal IoT Subex mengumpul perisikan ancaman merentas pelbagai vertikal termasuk projek-projek Telekom, Akademik, Perusahaan, Pertahanan dan Bandaraya Pintar. Sebagai sebahagian daripada pembukaan rasmi makmal, Subex juga mengumumkan bahawa ia akan membuka makmalnya kepada perkongsian awam-swasta dengan universiti-universiti seperti NTU dan kolej-kolej lain di Bangalore dengan matlamat untuk mewujudkan mekanisme pengesanan ancaman keselamatan IoT yang khusus dan pencegahan untuk ekosistem IoT.
Simposium Keselamatan Siber juga menyaksikan pembentukan Forum Akademik Keselamatan Siber dengan objektif untuk menubuhkan satu ekosistem dalam negara ini untuk penyelidikan keselamatan siber untuk muncul dan berkembang, dengan misi utama untuk memupuk 'Ruang Siber yang Lebih Selamat'. Forum ini akan menyediakan peluang unik untuk bertemu dan membincangkan isu-isu semasa gangguan siber dan lanskap keselamatan siber yang sentiasa berubah dan ancaman keselamatan IoT yang berkaitan.
Bercakap di Simposium Keselamatan Siber, Vinod Kumar, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan, Subex berkata, "Dengan ancaman yang semakin meningkat di ruang siber India dan Global, kami percaya bahawa pendidikan dan kesedaran mengenai keselamatan siber akan memainkan peranan penting ke arah menyediakan dan mengamankan aset kritikal kita menentang ancaman ini. Namun begitu, topik keselamatan siber ini masih belum menonjol dalam kolej-kolej di India, yang membawa kepada jurang dalam kolam bakat tersedia. Kami sangat bangga untuk bekerjasama dengan NTU Singapura untuk menjadi tuan rumah simposium Keselamatan Siber ini, dan memainkan peranan dalam menangani jurang ini. Simposium ini menyaksikan perbincangan kerjasama dan sesi perbincangan antara industri dan ahli akademik untuk mengenal pasti cara-cara untuk meningkatkan pendidikan keselamatan siber di negara ini. Mendapat Prof. Lam Kwok Yan memberikan kepakarannya dalam topik adalah nilai yang luar biasa.
Selanjutnya, kami juga telah merasmikan Makmal Keselamatan IoT kami yang kini bakal dibuka kepada perkongsian awam-swasta dengan universiti-universiti. Makmal ini menyediakan peluang-peluang penyelidikan terhadap perisikan ancaman Keselamatan IoT menggunakan rangkaian komputer madu yang unik. Ini bersama dengan pemantauan yang berterusan pada lebih 8.5 juta peranti pelanggan membolehkan kami memperolehi 30% lebih tanda ancaman IoT dan ICS dan dengan itu menawarkan penyelesaian perisikan ancaman IoT dan pencegahan yang menyeluruh kepada para pelanggan kami."
Latar Belakang Subex
Subex ialah peneraju pasaran dalam pasaran produk-produk Keselamatan dan Pengurusan Penipuan, dengan lebih 180+ jumlah pelanggan. Subex ialah entiti perintis dalam ruang Keselamatan Siber yang terlibat dalam pelbagai perkongsian awam dan swasta di India. Syarikat ini mengendalikan komputer madu tertumpu IoT dan ICS yang paling komprehensif di dunia dengan lebih 400 seni bina di 32 lokasi di seluruh dunia.
Layari http://www.subex.com untuk maklumat lanjut
Latar Belakang NTU
Sebuah universiti awam yang intensif penyelidikan, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura (NTU) mempunyai 33,000 pelajar siswazah dan pascasiswazah di kolej Kejuruteraan, Perniagaan, Sains, dan Kemanusiaan, Seni dan Sains Sosial, dan Fakulti Ijazah Antara Disiplin. Dalam tahun 2017, NTU telah diletakkan yang ke-11 di dunia dan yang terbaik di Asia dalam Penarafan Universiti Dunia Quacquarelli Symonds (QS). Ia telah sekali lagi meletakkan universiti muda terbaik dunia (di bawah 50 tahun) oleh QS untuk empat tahun berturut-turut pada tahun 2017. Sebagai tambahan, NTU telah dinamakan sebagai universiti muda yang paling pesat berkembang di dunia oleh Times Higher Education dalam tahun 2015.
Hubungan Akhbar
Sandeep Banga
Pemasaran dan Komunikasi
+91-99168-24122
Sandeep.banga@subex.com
Sumber: Subex