omniture

Alami Kemewahan Tiada Tandingan di Ladakh Bersama The Ultimate Travelling Camp (TUTC)

The Ultimate Travelling Camp (TUTC)
2018-05-02 00:23 553

MUMBAI, India, 2 May 2018 /PRNewswire/ --

Khemah super mewah The Ultimate Travelling Camp di Thiksey dan Diskit, Ladakh, bersiap sedia untuk mengalu-alukan kehadiran tetamu bagi menikmati pengalaman perkhemahan mewah (glamping) sekali seumur hidup sewaktu mereka mula beroperasi mulai 15 Mei 2018. Kedua-dua perkhemahan, yang bersifat bermusim, memperkenalkan para pengembara dengan aspek-aspek budaya Ladakh yang berbeza digandingkan dengan perkhidmatan yang lancar, hidangan makanan yang lazat dan penginapan mewah di lanskap yang paling menakjubkan di Ladakh.

generated by system

Budaya yang berusia berabad-abad di ibu kota ajaib ini diekspresikan menerusi monumen, biara, kesusasteraan lisan, bentuk seni, pameran dan juga festival. TUTC menyatukan kesemua pengalaman ini dengan begitu unik sekali. Para tetamu boleh memulakan perjalanan nomad dalam kemewahan kanvas. Membongkar budaya Ladakh berusia berabad-abad lamanya, meneroka monumen yang mengagumkan, biara menarik diperkayakan dengan bentuk seni purba, pameran dan festival. Jadilah sebahagian daripada ritual unik wilayah ini, nikmati sukan Polo purba, yang dibawa ke Ladakh pada abad ke-17 oleh Golongan Diraja. Cubalah set memanah di tengah-tengah lanskap yang paling dramatik dan menakjubkan. Berakit di Sungai Indus yang tenang, berehat sebentar untuk menikmati hidangan perkelahan makan tengahari yang lazat di dusun yang paling indah.

Buat mereka yang ingin meneroka jauh ke dalam jiwa Ladakh, jadual perjalanan istimewa TUTC menjanjikan persinggahan berpengalaman tanpa menjejaskan kemewahan. Perkhidmatan luar biasa TUTC dapat menampung semua keinginan dan kemahuan tetamu yang dihormati. Kemewahan diperlihatkan oleh khemah-khemah estetik yang indah, dilengkapi dengan candilier kayu, katil dengan empat tiang, linen yang cantik untuk perabot kayu antik. Khemah-khemah dibuat dengan tiga lapisan dan dilindungi daripada luar manakala suhu bahagian dalamannya dikawal agar sesuai dengan kehendak individu. Setiap khemah menawarkan bilik mandi en-suite dengan pancuran mandi air panas, kemudahan mencuci istimewa dalam khemah, peti simpan selamat, perkhidmatan dobi, dek peribadi, Wi-Fi tiada had di Khemah penyambut tetamu, keselamatan & paramedik sepanjang masa di tapak perkhemahan, bekalan elektrik sepanjang masa, butik, perpustakaan dan khidmat pelayan peribadi. Cef-cef daripada TUTC menggunakan bahan-bahan segar dari taman untuk menyediakan dan memanjakan pengunjung dengan masakan bertaraf dunia, menerusi menu Serantau, India dan Antarabangsa yang sesuai dengan citarasa pengembara.

Chamba Camp Thiksey dan Chamba Camp Diskit akan beroperasi mulai 15 Mei hingga 30 September 2018. Para tetamu boleh memilih daripada pelbagai jadual perjalanan eksklusif yang disediakan untuk penginapan 3 malam, 4 malam, 5 malam dan 7 malam atau menyesuaikan penginapan mereka bagi mencipta pengalaman mereka sendiri.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi +91-8010902222, emelkan kepada kami melalui info@tutc.com atau layari laman sesawang kami http://www.tutc.com.

Source: The Ultimate Travelling Camp (TUTC)
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel