omniture

Laporan Tahunan Hikvision 2017 dedah pertumbuhan pendapatan 31.22%

Hikvision
2018-05-02 08:50 253

HANGZHOU, China, 2 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Hikvision, penyedia terkemuka dunia bagi produk dan penyelesaian pengawasan video berinovasi, telah menerbitkan laporan tahunannya untuk tahun 2017. Ia menunjukkan pertumbuhan sebanyak 31.22% dalam keseluruhan pendapatan, dengan pendapatan jualan meningkat daripada RMB 31.93 bilion dalam tahun 2016 kepada RMB 41.91 bilion dalam tahun 2017. Secara kolektif, angka ini menunjukkan peningkatan dalam keuntungan operasi sebanyak 26.77%.

Hikvision dapat mencapai keputusan kewangan yang membanggakan ini disebabkan oleh beberapa faktor. Ini termasuk sistem dan proses R&D yang dioptimumkan, pembangunan penyelesaian sektor industri menegak, dan penyesuaian penyelesaian sejajar dengan keperluan pasaran yang berubah. Keupayaan penyampaian produk tertingkat dan pengukuhan rangkaian jualan dan perkhidmatan juga telah menyumbang kepada kejayaan syarikat dalam tahun 2017.

Keen Yao, Naib Presiden Pusat Perniagaan Antarabangsa Hikvision, berkata, "Pelaburan kami dalam R&D, dalam teknologi IoT dan pengawasan video, membolehkan kami untuk terus menginovasi penyelesaian kami dan menyediakan teknologi dan produk yang inovatif dan canggih yang disesuaikan kepada keperluan rakan kongsi dan pelanggan di seluruh dunia."

Di samping pelaburan utama dalam R&D, Hikvision menubuhkan sistem perkhidmatan tiga lapisan, dengan pusat perkhidmatan pelanggan global, jabatan perkhidmatan pelanggan serantau di pejabat-pejabat cawangan, dan stesen perkhidmatan pelanggan Hikvision yang berdaftar. "Model perkhidmatan baharu kami akan membolehkan kami untuk menyokong para pelanggan di seluruh dunia dengan lebih baik dengan perkhidmatan pelbagai dimensi termasuk penghantaran produk, penyampaian projek, pelaksanaan perisian, operasi sistem, penyelenggaraan dan sokongan, dan banyak lagi," kata Keen Yao. 

Latar Belakang Hikvision

Hikvision ialah penyedia terkemuka dunia bagi produk dan penyelesaian pengawasan video yang inovatif. Mempunyai tenaga kerja penyelidikan & pembangunan (R&D) paling mantap dalam industri, Hikvision memajukan teknologi-teknologi teras pengekodan audio dan video, pemprosesan imej video dan storan data berkaitan, serta teknologi-teknologi berpandangan jauh seperti pengkomputeran awan, data besar dan pembelajaran mendalam. Selain industri pengawasan video, Hikvision meluaskan capaiannya kepada teknologi kediaman pintar, pengautomatan industri dan industri-industri elektronik automotif demi mencapai visi jangka panjangnya. Sentiasa berusaha mencipta nilai untuk pelanggannya, Hikvision mengendalikan 33 subsidiari serantau di seluruh dunia bagi mencapai kehadiran global yang sebenar. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di www.hikvision.com .

Hubungan Akhbar

Ada Han
Tel: +86 571 87356120
Faks: +86 571 89935635
Emel:
hanfei@hikvision.com

Source: Hikvision
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics