omniture

GAC Motor Anjur Persidangan Pengedar Antarabangsa 2018, Teruskan Peluasan dengan Rakan Kongsi Global

GAC Motor
2018-05-02 18:49 502

BEIJING, 2 Mei 2018 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pembuat auto yang paling pesat berkembang di China, menganjurkan Persidangan Pengedar Antarabangsa ("Persidangan") kedua di Beijing. Bertemakan "Mara ke hadapan kuasai masa depan", Persidangan ini dihadiri oleh lebih 30 pengedar dari 12 negara.

Para eksekutif kanan GAC Group dan GAC Motor bersama tetamu-tetamu semasa Persidangan Pengedar Antarabangsa 2018 GAC Motor
Para eksekutif kanan GAC Group dan GAC Motor bersama tetamu-tetamu semasa Persidangan Pengedar Antarabangsa 2018 GAC Motor

"Kami berasa teruja terutamanya untuk menganjurkan Persidangan tahun ini, memandangkan kami terlibat secara aktif dalam memperkenalkan strategi pengedaran global kami," ujar Yu Jun, Presiden GAC Motor. "GAC Motor ialah jenama baharu yang amat aktif. Kami akan terus berpegang pada misi kami untuk berusaha ke arah kejayaan. Kami akan bersama-sama mewujudkan perkongsian jangka panjang bersama pengedar kami dan menyumbang ke arah pembangunan dan kejayaan bersama."

Yu Jun, Presiden GAC Motor
Yu Jun, Presiden GAC Motor

Ramai pengedar yang hadir dalam acara ini mengulas bahawa Persidangan berkenaan menambah pengetahuan dan meningkatkan pemahaman mereka tentang kualiti produk, keupayaan pengilangan dan matlamat strategik GAC Motor. Selepas acara berlangsung, pihak pengedar berasa amat yakin mengenai jalinan kerjasama mereka bersama syarikat.

Persidangan Pengedar Antarabangsa kedua GAC Motor
Persidangan Pengedar Antarabangsa kedua GAC Motor

GAC Motor menunjukkan kemajuan yang pantas dan kukuh dalam meninjau pasaran automobil global. Ia telah mewujudkan saluran jualan dan sistem perkhidmatan yang matang di Timur Tengah, termasuk Kuwait, Bahrain, Lubnan, Qatar dan UAE, yang mana ia menjadi jenama automobil Cina yang terkemuka dari segi jumlah jualan menerusi produk-produk pertengahan hingga mewah. Hasil daripada produknya yang berkualiti tinggi, GAC Motor meraih populariti berterusan di Nigeria, Afrika. Setakat ini, syarikat telah berkembang ke 14 negara merentasi lima rantau termasuk Timur Tengah, Asia Tenggara, Eropah Timur, Afrika dan Amerika serta telah dinobatkan sebagai "Jenama Kereta Cina Terbaik" dalam beberapa pasaran luar negara.

Dengan operasi antarabangsa yang mantap serta populariti dan pengaruh jenama yang semakin meningkat, kehadiran GAC Motor yang semakin meluas dalam pasaran-pasaran baru muncul hanyalah permulaan bagi rancangan berskala lebih luas syarikat untuk pasaran global. GAC Motor merancang untuk menembusi 18 negara menjelang tahun 2018. Ia berusaha untuk meninjau pasaran-pasaran di sepanjang wilayah "Jalur dan Jalan", serta pasaran-pasaran A.S. dan Eropah.

"Kami terus mewujudkan rancangan masa depan dalam tempoh jangka panjang dan menuju ke arah matlamat untuk membina jenama bertaraf dunia bersama semua rakan kongsi global kami, yang akan membolehkan kami maju ke hadapan menuju dekad akan datang dan seterusnya," kata Yu.

Pada tahun akan datang, GAC Motor akan menumpu pada pembinaan jenama, penyempurnaan sistem operasi dan pembinaan pasukan, bagi menarik lebih ramai pelanggan untuk mengalami kuasa dan prestasi GAC Motor serta untuk meningkatkan tahap kepuasan pelanggan keseluruhan.

Awal tahun ini, GAC Motor mengadakan pameran di NAIAS buat kali keempat dan muncul julung kalinya di Pameran NADA, yang meraih perhatian luas dalam industri automobil global. Melalui platform-platform pameran auto terkemuka di dunia, GAC Motor berupaya untuk terus menyepadukan sumber global sekaligus mempromosikan jenama ini di peringkat antarabangsa.

Dalam Auto China 2018 baru-baru ini, GAC Motor diundang oleh para eksekutif kanan NAIAS dan Pameran Motor Paris untuk menyertai acara-acara mereka yang akan datang. Syarikat akan turut mengambil bahagian dalam Pameran Auto Los Angeles dan Pameran Auto Antarabangsa Moscow lewat tahun ini.

"Visi kami adalah untuk menjadi jenama bertaraf dunia dan perusahaan global," kata Yu, "GAC Motor mengharapkan perkongsian yang bersifat terbuka, inklusif dan saling menguntungkan bersama pengedar-pengedar kami. Ayuh kita berganding bahu dengan penuh keikhlasan. Kita dapat bersama-sama meninjau pasaran global yang luas dan merangka pelan tindakan baharu yang lebih hebat!"

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-238 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study SM (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor 
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor 
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180502/2118796-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180502/2118796-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180502/2118796-1-c

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation Trade show news