omniture

CE CHINA 2018: Teknologi Inovatif Dipamer di CE China

CE China 2018
2018-05-03 21:27 745

SHENZHEN, China, 3 Mei 2018 /PRNewswire/ -- CE China, sebuah acara IFA bertaraf global, diadakan mulai 3 hingga 5 Mei 2018 di Shenzhen. Para pempamer menonjolkan teknologi-teknologi inovatif dan memperlihatkan strategi-strategi mereka untuk pasaran Asia. CE China diwujudkan untuk menjadi pameran perdagangan unggul China untuk barangan elektronik pengguna dan produk perkakas rumah untuk pasaran-pasaran Cina dan Pan-Asia. Buat kali ketiga, ia diadakan di Shenzhen, China.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8313851-CE-China-2018/

Alami pelbagai pilihan jenama Eropah yang utama seperti Severin, CASO Design, Fakir, Elgato, Blaupunkt, Bosch, LifaAir dan produk serta inovasi luar biasa mereka dalam segmen barangan elektronik pengguna serta perkakas rumah. Di samping itu, para eksekutif daripada jenama-jenama Cina yang terkemuka seperti Midea dan Huawei memberi pandangan tentang teknologi termaju dan trend terkini. Rakan-rakan kongsi rasmi CE China melibatkan peruncit-peruncit terbesar di China seperti Suning, Tmall/ Alibaba dan JD.com. CE China menyatukan pempamer antarabangsa bersama peruncit Cina untuk membawakan produk baharu mereka kepada pelanggan.

Inovasi-inovasi Eropah di CE China  

Pengeluar Jerman yang berprestij untuk perkakas rumah Fakir mempamerkan Teknologi Air Wave® baharu untuk prestasi tinggi yang cekap. Dengan menggabungkan penapis HEPA dan ULPA agar mesra untuk pesakit alahan, ia direka untuk mempersembahkan masa depan pembersihan vakum. Satu lagi inovasi setakat ini, pihak pengeluar selanjutnya mempamerkan model teknologi siklon dan sistem penggera LED baharu yang menunjukkan keadaan penapis.

Jenama-jenama Cina terkemuka di tapak pameran 

Jenama antarabangsa, Midea menyediakan pasaran seluruh dunia dengan pelbagai pilihan perkakas rumah, termasuk perkakas dapur, peti sejuk, perkakas dobi dan pelbagai perkakas rumah yang kecil. Di CE China, syarikat bukan sahaja mempamerkan produk-produk terkininya tetapi turut menyediakan pandangan yang lebih terperinci sebagai sebahagian daripada IFA Retail University@CEChina.

IFA Retail University

Tahun ini, CE China menjadikannya lebih mudah untuk terus memerhatikan trend-trend pasaran semasa dan masa depan. Sebagai tumpuan utama, IFA Retail University @ CE China yang baru diperkenalkan, dibangunkan dan ditubuhkan dengan kerjasama syarikat gergasi dalam segmen peruncitan Cina, Suning memaparkan program yang luas untuk persembahan tahap tinggi.

Perkhidmatan Rakaman TV untuk media secara percuma dan bebas hak

Rakan kongsi siaran antarabangsa TVT.media menerbitkan bahan video CE China 2018 yang komprehensif di tapak pameran untuk wartawan, bilik berita TV dan media dalam talian. Untuk mendapatkan klip video, temubual dan rakaman CE China 2018 sila kunjungi Pusat Siaran Global IFA. Penggunaan rakaman adalah percuma. Salinan-salinan turut diminta.

Pautan berkaitan: http://www.ifa-gbc.com

     (Foto: https://mma.prnewswire.com/media/679470/CE_CHINA_2018.jpg )
Video: 
     https://www.multivu.com/players/uk/8313851-CE-China-2018/

Source: CE China 2018
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news