omniture

Michele Marin Dilantik Ahli Baharu Lembaga Pengarah Itali

Limacorporate S.p.A
2018-05-04 01:41 709

SAN DANIELE DEL FRIULI, Itali, 4 Mei 2018 /PRNewswire/ --

LimaCorporate telah melantik En. Michele Marin sebagai Ahli Lembaga Pengarah Itali pada 27 April 2018 bagi menggantikan Daniele Negrato. Pelantikan ini ialah susulan daripada pengumuman terdahulu berhubung pelantikan Michele Marin sebagai Ketua Pegawai Kewangan LimaCorporate pada 1 Mac 2018.

Setelah memperoleh Ijazah Perniagaan daripada Ca' Foscari University of Venice, Michele memulakan kerjaya beliau di PriceWaterhouseCoopers pada tahun 1995 dan berkhidmat dalam syarikat-syarikat multinasional berbeza sehingga menjadi Ketua Pegawai Kewangan Salmoiraghi & Viganò, peruncit optik yang berpangkalan di Itali, pada tahun 2013. Susulan pemerolehan syarikat oleh Luxottica, beliau mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Perakaunan untuk Luxottica pada April 2017.

Di samping tugas-tugas dalam Lembaga Pengarah dan selaku Ketua Pegawai Kewangan kumpulan LimaCorporate, Michele bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Perundangan dan Pematuhan serta jabatan-jabatan IT.

Latar Belakang LimaCorporate 

LimaCorporate ialah sebuah syarikat peralatan perubatan bertaraf global yang menyediakan penyelesaian ortopedik rekonstruktif untuk pakar bedah yang berhadapan dengan cabaran untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit mereka. Berpangkalan di Itali, LimaCorporate komited terhadap pembangunan produk dan prosedur inovatif bagi membolehkan pakar bedah memilih penyelesaian ideal untuk setiap pesakit. Rangkaian produk LimaCorporate terdiri daripada pembedahan ulangan sendi besar dan implan utama serta penyelesaian extremiti lengkap termasuk fiksasi.

Untuk maklumat tambahan mengenai Syarikat, sila layari: http://www.limacorporate.com

Limacorporate S.p.A.
Via Nazionale, 52
33038 Villanova di San Daniele
Udine - Itali
T: +39-0432-945-511
E: info@limacorporate.com

Source: Limacorporate S.p.A
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Personnel announcements