omniture

Prapendaftaran untuk Dark Knight, Mystic dan Striker Bermula dalam Black Desert Online SEA

Pearl Abyss
2018-05-04 11:11 762

SEOUL, Korea Selatan, 4 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Ekoran daripada semangat dan sokongan luar biasa yang ditunjukkan oleh Pengembara Asia Tenggara sepanjang beberapa bulan lalu, Pearl Abyss membalas dengan mengumumkan beberapa berita menarik. Tiga kelas baharu akan diperkenalkan serentak pada 17 Mei. Apa yang membuatkan pengemaskinian ini begitu istimewa adalah ia merupakan kali pertama seumpamanya tiga kelas baharu akan ditambah pada hari yang sama. Pearl Abyss melancarkan Dark Knight yang amat popular, Mystic yang amat dinanti-nantikan dan Striker yang dikagumi. Para Pengembara boleh mula mendaftar awal untuk ketiga-tiga kelas ini dan mendapat ganjaran istimewa. Halaman prapendaftaran kini dibuka.

Pre-registration begins for three new classes
Pre-registration begins for three new classes

Ketiga-tiga kelas mempunyai set kemahiran unik yang membolehkan gaya permainan yang amat berbeza berbanding kelas-kelas yang kini tersedia. Dark Knight ialah kelas yang mempunyai keseimbangan sempurna antara pukulan jarak dekat dan kesaktian yang mantap jarak sederhana. Mystic dan Striker ialah rakan setara yang mendapat inspirasi daripada seni mempertahankan diri Timur Jauh. Mystic ialah kelas pertempuran pantas yang melontarkan tumbukan dan tendangan kuat bagi menewaskan musuh. Striker ialah penempur jarak dekat yang menyempurnakan tumbukan dan tendangan kuat mereka melalui pergaduhan jalanan yang tidak terkira banyaknya. Pastikan anda membuat prapendaftaran untuk kelas-kelas khas ini kerana mereka pastinya akan membawa sifat dinamik berbeza kepada permainan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang prapendaftaran dan tiga kelas baharu akan datang, sila layari laman sesawang.

Pengemaskinian minggu ini akan turut melibatkan perlumbaan kuda. Ia merupakan ciri unik dan menarik yang terbuka untuk semua Pengembara tanpa mengira peringkat karakter atau tahap kuda. Terdapat pelbagai ganjaran diberikan kepada pemain dan juga untuk peserta yang menamatkan perlumbaan dalam had masa tertentu. Tonjolkan beberapa aksi perlumbaan epik di trek perlumbaan! Untuk maklumat lanjut mengenai pengemaskinian dan acara-acara berterusan yang lain, sila semak laman sesawang.

Pearl Abyss kini menawarkan Pengembara Black Desert Online SEA dengan diskaun 30% untuk semua pakej. Maklumat terperinci tentang diskaun pakej boleh didapati di sini.

Grafik mengagumkan daripada Black Desert Online membuatkan ramai pengguna ingin tahu mengenai keperluan sistem. Pearl Abyss mengoptimumkannya agar spesifikasi minimum yang diperlukan dapat disesuaikan untuk bilangan pengguna yang lebih besar di Asia Tenggara. Semak keperluan sistem untuk permainan di sini. Pengoptimuman ini membolehkan lebih ramai pengguna menikmati Black Desert Online!

Latar Belakang Black Desert Online 

Black Desert Online ialah MMORPG aksi dunia terbuka, dengan visual canggih dan pertarungan berasaskan kemahiran yang akan menentukan semula bagaimana kita melihat suatu genre. Black Desert Online mempunyai sistem penyesuaian watak yang dibangunkan paling maju berbanding mana-mana permainan yang kini terdapat dalam pasaran. Ciri ini membolehkan pengguna untuk keluar daripada kebiasaan dan menghasilkan watak-watak unik yang benar-benar menonjolkan setiap pemain. Kawalan intuitifnya, dunia yang dicipta begitu indah dan peribudaya luas yang akan mengujakan pemain baharu dan lama bagi permainan MMO serta RPG aksi, umumnya. Permainan ini dilancarkan dengan jayanya di lebih 150 negara, disediakan dalam 12 bahasa dan mempunyai lebih 8.5 juta pengguna berdaftar. Versi mudah alih dan konsol dijadual untuk dilancarkan di seluruh dunia pada tahun 2018.

Untuk maklumat lanjut mengenai Black Desert Online, sila layari https://www.sea.playblackdesert.com/ 

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180502/2121729-1

Source: Pearl Abyss
Keywords: Electronics Gaming Entertainment New products/services