omniture

Penghargaan Berganda untuk UST Global di Anugerah Golden Globe Tigers 2018

UST Global
2018-05-04 11:36 637

KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 Mei 2018 /PRNewswire/ -- UST Global, syarikat perkhidmatan teknologi digital terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menerima dua anugerah di Anugerah Golden Globe Tigers 2018. Anugerah ini untuk 'Kecemerlangan dalam Kepimpinan Perniagaan' dan 'Kecemerlangan dalam Inovasi Perniagaan' telah disampaikan semasa majlis yang diadakan baru-baru ini di Kuala Lumpur, Malaysia.

Anugerah pertama untuk 'Kecemerlangan dalam Inovasi Perniagaan'ialah bukti kepada amalan perniagaan yang berkesan, penyampaian operasi inovatif, inovasi dalam teknologi & penyelesaian, inovasi dalam tanggungjawab sosial korporat, perkhidmatan inovatif kepada pelanggan dengan tambah nilai dan kepercayaan dalam kuasa komunikasi yang berterusan dan kreatif UST Global. Para juri kagum dengan kualiti kerja yang UST Global lakukan untuk syarikat-syarikat penjagaan kesihatan Kerajaan dan awam, serta organisasi bukan kerajaan dan bukan berkeuntungan.

Anugerah kedua ini untuk 'Kecemerlangan dalam Kepimpinan Perniagaan' kepada Amar Chhajer, Ketua Negara Malaysia, UST Global, ialah bukti kepada matlamat Amar untuk Mengubah Kehidupan di Malaysia. Ia sememangnya memberi inspirasi bagaimana Amar membina pasukan dari awal dan bagaimana beliau membangunkan ekosistem tempatan di Malaysia. Dalam peranan semasa beliau di UST Global, Amar menerajui usaha pusat Malaysia untuk menembusi pasaran Kejuruteraan Silikon terkemuka UST Global untuk menjadi penyedia perkhidmatan terkemuka di Malaysia untuk penyelesaian teknologi semikonduktor. Hari ini, beberapa syarikat besar dunia merupakan pelanggan syarikat di Malaysia, dan mereka menganggap UST Global sebagai penasihat dan rakan kongsi strategik.

Mengulas tentang kemenangan ini, Amar Chhajer, Ketua Negara Malaysia, UST Global, berkata, "Kami komited terhadap pembangunan penyelesaian yang inovatif, pengurusan dan pemulihan ekosistem tempatan di Malaysia. Kami sedang berusaha ke arah menjadikan Malaysia Lembah Silikon Asia Tenggara. Bagi pihak pasukan UST Global Malaysia, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para juri Anugerah Golden Globe Tigers 2018 atas pengiktirafan kerja kami. Kami menyepadu nilai teras rendah hati, kemanusiaan dan integriti dalam cara kami menjalankan perniagaan. Kami merasa rendah hati dan gembira menerima pengiktirafan ini."

Ini sememangnya detik membanggakan bagi UST Global untuk menerima Anugerah Golden Globe Tigers 2018, untuk tahun keempat berturut-turut dalam mengiktiraf Kecemerlangan dan Kepimpinannya dalam penyelesaian perniagaan inovatif. Mengubah Kehidupan ialah matlamat syarikat ini. UST Global berusaha gigih untuk memupuk harapan dalam komuniti di mana mereka tinggal dan bekerja melalui program yang memberi tumpuan kepada memperkasakan wanita, mendidik golongan yang kurang berkemampuan, mendayakan & memperkasa orang berkeupayaan berbeza, menentang pemerdagangan manusia dan banyak program pembangunan masyarakat.

Latar Belakang UST Global 

UST Global® ialah syarikat teknologi digital terkemuka yang menyediakan perkhidmatan pengkomputeran dan digital maju kepada perusahaan swasta dan awam yang besar di seluruh dunia. Didorong oleh matlamat yang lebih besar untuk Mengubah Kehidupan dan falsafah 'pelanggan yang lebih sedikit, lebih banyak perhatian', kami membawa semangat keusahawanan yang mencari jalan terpantas untuk menghargai ekonomi digital hari ini. Perkhidmatan teknologi inovatif dan program sosial perintis menjadikan kami menonjol. UST Global beribu pejabat di Aliso Viejo, California dan beroperasi di 21 negara. Klien kami termasuk syarikat Fortune 500 dalam Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan, Penjagaan Kesihatan, Insurans, Runcit, Teknologi Tinggi, Pembuatan, Penghantaran, dan Telekom. UST Global percaya dalam membina hubungan perniagaan yang berkekalan dan strategik melalui model penglibatan global yang tangkas dan berpusat pelanggan yang menggabungkan pakar & sumber tempatan dengan kos, skala, dan kelebihan kualiti operasi global.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.ust-global.com

Hubungan Media:
Madhurima Deb (Malaysia)
+60-0164618475
Madhurima.deb@ust-global.com

Divya Singh
+91-8552944004
divya.singh@ust-global.com

Source: UST Global
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Semiconductors Awards