omniture

EDF Group Peroleh Projek Angin Luar Pesisir 450 MW di Scotland daripada Mainstream Renewable Power

Mainstream Renewable Power
2018-05-04 22:08 875

DUBLIN, 4 Mei 2018 /PRNewswire/ -- EDF Group, melalui EDF Renewables di United Kingdom, subsidiari bersama EDF Energy dan EDF Energies Nouvelles, membeli projek ladang angin Neart na Gaoithe[1] daripada pembangun angin dan solar bertaraf global, Mainstream Renewable Power, susulan daripada proses pembidaan yang kompetitif.

Ladang angin tersebut akan menjana sehingga 450 megawatt (MW) tenaga boleh diperbaharui, bersamaan dengan peruntukan bekalan elektrik tahunan untuk sekitar 375,000 buah rumah[2]. Ia merupakan projek angin luar pesisir yang dipersetujui sepenuhnya, yang terletak di Firth of Forth, di luar pantai timur Scotland. Ia meliputi kawasan seluas 105km[2], dan mempunyai Kontrak untuk Perbezaaan (Contract for Difference) selama 15 tahun pada nilai 140 Euro (bersamaan dengan pengindeksan tarif £114.39 yang ditetapkan mengikut harga 2012) serta perjanjian sambungan grid yang dimeterai. Projek ini turut mendapat manfaat daripada rejim angin yang merupakan antara yang terbaik di dunia.

Jumlah pelaburan yang diperlukan untuk menyerahkan projek tersebut ialah sekitar £1.8 bilion. Penjayaan ladang angin berkenaan dirancang untuk dilaksanakan tahun 2023. Selari dengan amalan biasa kumpulan tersebut, projek berkenaan akan dibuka kepada pelabur-pelabur lain pada masa yang sesuai.

Bruno Bensasson, Presiden Eksekutif Kanan EDF Group yang bertanggungjawab terhadap Tenaga Boleh Diperbaharui dan Ketua Pegawai Eksekutif EDF Energies Nouvelles' Group berkata, "Projek luar pesisir baharu berskala luas ini memperlihatkan cita-cita tinggi kami untuk menjadi pengusaha global yang terkemuka dalam industri angin luar pesisir. Ia mengesahkan komitmen lebih luas EDF Group terhadap tenaga boleh diperbaharui di negara-negara yang mana EDF telahpun mempunyai jejak yang kukuh seperti United Kingdom. Projek berkenaan selaras dengan strategi CAP 2030 yang menyasarkan untuk menggandakan penjanaan tenaga boleh diperbaharui EDF menjelang tahun 2030."

Ketua Pegawai Eksekutif Mainstream Renewable Power, Andy Kinsella berkata, "Kami amat berbesar hati kepada dapat membawakan rakan kongsi dan penyokong yang mantap daripada industri tenaga Scotland dalam EDF Renewables untuk projek infrastruktur yang penting ini untuk Scotland. Penyelesaian jualan ini menambah rekod prestasi terbukti Mainstream selaku pembangun bebas yang terkemuka untuk beberapa projek angin dan solar yang paling penting serta rumit di seluruh Eropah, Amerika Selatan, Afrika dan juga Asia. Ladang angin luar pesisir Neart na Gaoithe telah dibangunkan sepenuhnya oleh Mainstream dan kami berasa gembira kerana dapat menyerahkan projek bertaraf dunia ini."

Simone Rossi, Ketua Pegawai Eksekutif EDF Energy berkata, "Ini merupakan bukti pelaburan dan pertumbuhan berterusan kami di Scotland, yang mana kami merupakan penjana terbesar untuk tenaga rendah karbon. Operasi-operasi kami menyumbang sebanyak £389 juta kepada ekonomi Scotland saban tahun dan kami menggaji lebih 2,800 kakitangan dan kontraktor. Kami membekalkan 144,000 pelanggan di Scotland."

Siaran akhbar ini telah diperakui. Keasliannya boleh disemak melalui medias.edf.com

Latar Belakang EDF Group  

Pengusaha utama dalam peralihan tenaga, EDF Group ialah sebuah syarikat bekalan elektrik bersepadu, bergiat aktif dalam semua aspek perniagaan: penjanaan, transmisi, pengagihan, bekalan dan perdagangan tenaga, perkhidmatan tenaga. Sebagai peneraju global dalam tenaga rendah karbon, Kumpulan ini membangunkan gabungan penjanaan terpelbagai berdasarkan kuasa nuklear, kuasa hidro, tenaga boleh diperbaharui baharu dan tenaga haba. Kumpulan ini terlibat dalam membekalkan tenaga dan perkhidmatan kepada kira-kira 35.1 juta pelanggan, yang mana 26.5 juta pelanggan berada di Perancis. Kumpulan ini memperoleh jualan disatukan sebanyak €70 bilion pada tahun 2017. EDF tersenarai dalam Bursa Saham Paris.

Latar Belakang EDF Renewables
EDF Renewables ialah salah sebuah syarikat tenaga boleh diperbaharui yang terkemuka di UK yang membangunkan, membina dan mengendalikan projek-projek penjanaan dengan tumpuan terhadap angin pantai dan luar pesisir serta teknologi storan bateri. Kami turut mengurus operasi dan penyelenggaraan ladang angin milik kami sendiri. Syarikat telahpun mengendalikan lebih 786MW ladang angin (termasuk 319 MW di Scotland) dan mempunyai lebih 1GW yang sedang dibangunkan. Kami komited khususnya untuk meneruskan pertumbuhan perniagaan boleh diperbaharui kami di Scotland, termasuk penyerahan ladang angin Dorenell 177MW di Moray, projek pantai yang terbesar dengan CFD yang dijadual siap pada lewat tahun 2018. Syarikat berkenaan menggaji lebih 170 kakitangan. Ia merupakan hasil Usaha Sama antara EDF Energy dan EDF Energies Nouvelles.

Latar Belakang NNG 

Ladang angin luar pesisir NnG, yang terletak di luar pantai timur Scotland, dipersetujui sepenuhnya dan dianugerahkan dengan Kontrak untuk Perbezaan (CfD) oleh Low Carbon Contracts Company pada Februari 2015. CfD, yang dianugerahkan menerusi proses tender yang amat kompetitif, memberikan ladang angin dengan harga laksana berkaitan inflasi untuk bekalan elektrik yang dihasilkan sepanjang tempoh lima belas tahun.

Latar Belakang Mainstream Renewable Power 

Mainstream Renewable Power ialah pembangun bebas yang terkemuka bagi loji kuasa angin dan solar berskala utiliti dalam pasaran-pasaran baru muncul yang mengalami kadar pertumbuhan tinggi. Syarikat menumpu untuk menyediakan portfolio berkualiti tinggi dengan lebih 7GW aset angin dan solar di seluruh Amerika Selatan, Afrika dan Asia. Di Chile, Mainstream memiliki 1.3GW projek angin dan solar dengan kontrak penuh yang sedang beroperasi, sedang dibangunkan atau berada pada peringkat akhir pembangunan, hasil daripada kejayaan yang belum pernah dikecapi sebelum ini dalam lelongan kerajaan pada minggu-minggu akan datang. Di Asia, syarikat membangunkan projek-projek berskala luas di Vietnam dan juga Filipina.

Mainstream telah mengumpul lebih €1.3 bilion untuk pembiayaan projek setakat ini dan menggaji 160 kakitangan merentasi empat benua. Syarikat membangunkan beberapa projek angin luar pesisir terbesar di UK, termasuk projek Neart na Gaoithe dan Hornsea.

 [1] Neart na Gaoithe ialah ucapan Gaelic untuk "Kekuatan Angin".

 [2] Berdasarkan purata penggunaan bekalan elektrik domestik setiap rumah sebanyak 3,889 kWh bagi setiap Penggunaan Tenaga di UK (diterbitkan pada Julai 2017) dan purata faktor beban angin luar pesisir Renewable-UK pada 37.2%.

Source: Mainstream Renewable Power
Keywords: Alternative Energies Green Technology Oil/Energy Utilities Acquisitions, mergers, takeovers