omniture

VTech bakal Peroleh Kemudahan Pengilangan daripada Pioneer Corporation

VTech
2018-05-04 22:17 769

HONG KONG, 4 Mei 2018 /PRNewswire/ -- VTech Holdings Limited (HKSE: 303) hari ini mengumumkan ia telah menandatangani perjanjian dengan Pioneer Corporation yang mana VTech akan memperoleh kemudahan pengilangan di Malaysia yang dimiliki oleh Pioneer Technology (Malaysia) Sdn. Bhd., subsidiari Pioneer Corporation.

Pemerolehan kemudahan pengilangan tersebut termasuk aset-aset tetap dan perniagaan dalam pembuatan peralatan audio prestasi tinggi yang disesuaikan untuk DJ, pengeluar dan artis bagi menginspirasikan hasil kerja dan prestasi mereka. Ini akan mengukuhkan kedudukan utama Perkhidmatan Pengilangan Kontrak (CMS) VTech sebagai pengeluar peralatan audio profesional. Ia turut menambah 25% kepada keupayaan pengilangannya, dengan potensi peluasan yang selanjutnya.

"Pemerolehan ini akan terus meningkatkan kepakaran CMS VTech dalam peralatan audio profesional," kata Andy Leung, Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Pengilangan Kontrak. "Sebagai sebahagian daripada inisiatif strategik kami, penambahan tapak pengilangan di luar China dapat meluaskan jejak global kami untuk memenuhi dengan lebih baik keperluan pelanggan kami."

VTech akan membiayai transaksi melalui sumber-sumber dalaman. Pemerolehan ini dijangka selesai pada suku ketiga tahun 2018 dan tertakluk kepada syarat-syarat penutupan tertentu dalam perjanjian.

Latar Belakang VTech

VTech ialah peneraju global bagi produk pembelajaran elektronik bermula pada peringkat awal, anak kecil kepada prasekolah serta merupakan pengeluar yang terbesar di dunia bagi telefon tanpa wayar. Ia turut menyediakan perkhidmatan pengilangan kontrak yang amat dicari-cari. Sejak ditubuhkan pada tahun 1976, VTech menjadi perintis dalam kategori barang mainan pembelajaran elektronik. Dengan kepakaran pendidikan termaju dan inovasi canggih, produk VTech memberikan keseronokan dan pembelajaran kepada kanak-kanak seluruh dunia. Memanfaatkan kejayaan selama berdekad-dekad dalam kategori telefon tanpa wayar, koleksi produk telekomunikasi VTech yang pelbagai dapat meningkatkan pengalaman pengguna rumah dan perniagaan melalui teknologi dan reka bentuk yang terkini. Sebagai salah satu penyedia perkhidmatan pengilangan elektronik yang terkemuka di dunia, VTech menawarkan perkhidmatan siap guna sepenuhnya yang bertaraf dunia kepada pelanggan dalam beberapa kategori produk. Misi Kumpulan adalah untuk mereka bentuk, mengilangkan dan membekalkan produk yang inovatif dan berkualiti tinggi dengan cara yang dapat meminimumkan sebarang impak terhadap alam sekitar, sekaligus mencipta nilai lestari buat pihak berkepentingan dan komuniti. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.vtech.com.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20151203/8521508294LOGO

Source: VTech
Related Stocks:
HongKong:0303 OTC:VTKLY
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Machinery Telecommunications Telecommunications Equipment Toys Acquisitions, mergers, takeovers