omniture

Risen Energy perkukuh peluasan di luar China dengan mulakan pembinaan stesen PV letak di tanah berskala luas pertama di Nepal

Risen Energy Co., Ltd
2018-05-07 08:49 634

NINGBO, China, 7 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Risen Energy Co., Ltd., pengeluar modul PV yang tersenarai dalam pasaran saham A Cina, secara rasminya memulakan pembinaan kemudahan di bawah kontrak kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) di Nuwakot, Nepal pada 27 April. Risen Energy ialah kontraktor umum untuk stesen kuasa PV solar 25MW. Projek ini memperlihatkan salah satu usaha pembuat panel solar Cina selaras dengan inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan kerajaan Cina dengan mengeksport produk, jenama dan teknologi ke luar negara, serta satu pencapaian penting bagi menunjukkan bagaimana penyelesaian PV solar yang cekap dan profesional dari China dapat menyelesaikan masalah kekurangan bekalan elektrik di Nepal. Setelah siap, stesen kuasa ini dijangka akan menjadi stesen PV yang dipasang di atas tanah berskala luas yang pertama.

Construction of the Nepal facility is underway
Construction of the Nepal facility is underway

Menteri tenaga Nepal Barshaman Pun, eksekutif Lembaga Elektrik Nepal Nutan Bhattrai, presiden Risen Energy Wang Hong bersama-sama menyaksikan pemeteraian perkongsian penting antara China dan Nepal dari segi tenaga mesra alam semasa majlis perasmian.

Selain EPC dan pelarasan serta penentukuran susulan setelah siapnya projek, Risen Energy akan menyumbang modul solar 275W berkecekapan tinggi, yang andal dan cekap kos untuk projek tersebut. Kemudahan berkenaan dijadual beroperasi menjelang akhir tahun ini, yang mana ia akan dihubungkan kepada grid negeri dan menyediakan bekalan elektrik yang bersih kepada Lembah Kathmandu pada waktu siang.

Penyedia Cina ini telah mempercepatkan rancangan peluasannya di luar pasaran asal, rancangan yang telah diusahakan selama bertahun-tahun, dengan membida dan mengambil bahagian secara aktif dalam projek-projek seluruh dunia. Selain mengukuhkan kehadirannya di Eropah, benua Amerika dan Australia, Risen Energy turut berkembang ke negara-negara sepanjang laluan Satu Jalur, Satu Jalan termasuk Bangladesh, Kazakhstan, Kyrgyzstan dan negara-negara ASEAN. Penyedia PV turut menjadi pengusaha utama dalam memudahkan perkongsian erat dari segi tenaga bersih antara negara-negara. Setakat ini, syarikat mempunyai 1,000 projek sama ada sedang dibangunkan atau telah diserahkan di seluruh dunia. Syarikat menunjukkan kemajuan yang amat baik seperti yang dirancang untuk menyaksikan jumlah pemasangan di luar China melebihi 800MW menjelang akhir tahun ini.

En. Wang berkata: "Sejajar dengan inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan, kami telah menunjukkan kemajuan penting dalam pasaran global, hasil daripada teknologi pengilangan PV termaju kami dan pengalaman luas dalam projek-projek luar negara. Sebagai salah satu bahagian penting dalam inisiatif, Nepal merupakan pasaran yang menarik buat kami. Sepanjang tujuh tahun akan datang, Nepal, sebuah negara yang mempunyai sumber air yang banyak, bermatlamat untuk mencapai sasaran penjanaan bekalan elektrik sebanyak 17,000 megawatt, yang tidak mungkin dapat dicapai melalui kuasa hidro sahaja. Kaedah-kaedah tenaga boleh diperbaharui termasuk PV telah menjadi bekalan tambahan penting dan Nepal berada pada landasan yang betul. Menuju masa depan, kami merancang untuk melabur dan membangunkan lebih banyak projek EPC di Nepal dan seluruh Asia Selatan dalam usaha untuk menyumbang demi menyelesaikan krisis tenaga tempatan dan mengukuhkan kerjasama China-Nepal berhubung tenaga baharu."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180503/2123160-1

Source: Risen Energy Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Expansion