omniture

Modul PERC Mono Berkecekapan Tinggi JA Solar Terus Luaskan Capaian dalam Pasaran Brazil

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2018-05-07 08:56 715

BEIJING, 7 Mei 2018 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO) ("JA Solar"), salah satu pengeluar yang terkemuka di dunia bagi produk kuasa solar berprestasi tinggi, hari ini mengumumkan bahawa JA Solar akan membekalkan 8.1MW modul PERC mono berkecekapan tinggi kepada loji kuasa solar pertama yang menggunakan modul PERC di Brazil.

Terletak di Minas Gerais, projek ini merupakan loji kuasa berskala utiliti yang dipasang di atas tanah yang pertama di negara tersebut yang mengguna pakai teknologi PERC. Loji solar berkenaan diambil alih oleh Sindustrial, syarikat pembinaan dan pengeluaran panel elektrik yang terkemuka serta Solatio Energia, pemaju projek solar yang terbesar di Brazil. Loji kuasa solar tersebut, yang terletak di kawasan separa gurun, akan dikuasakan oleh modul PERC mono berkecekapan tinggi JA Solar. Modul solar berprestasi tinggi ini dapat memastikan kuasa yang tinggi dan output yang stabil di bawah keadaan persekitaran melampau termasuk suhu tinggi dan kemarau, mengoptimumkan keuntungan yang diperoleh daripada loji solar untuk pelanggan kami.

Di tempat lain, modul PERC mono berkecekapan tinggi JA Solar turut diterima baik oleh saluran pengagihan di Brazil. WEG, salah sebuah syarikat kuasa elektrik Brazil yang terkemuka, baru-baru ini memesan 7.8 MW modul PERC mono JA Solar bagi tujuan pengagihan demi mengekalkan kedudukan kompetitifnya dalam pasaran.

En. Cao Bo, Naib Presiden JA Solar, mengulas: "Brazil memiliki banyak sumber tenaga solar dan mempunyai pasaran yang baik untuk tenaga solar. JA Solar menembusi pasaran Brazil pada tahun 2015 dan menyediakan sejumlah 254MW modul solar untuk loji solar yang terbesar negara tersebut pada tahun 2016. Di samping itu, kami menubuhkan subsidiari Brazil kami tahun lalu, meluaskan kehadiran kami dan terus menyokong pelanggan serta rakan kongsi kami di wilayah tersebut. JA Solar komited terhadap usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) kami untuk membangunkan modul solar berprestasi tinggi. Sebagai pemegang paten PERC, JA Solar mampu menyediakan pelanggan Brazil kami dengan produk serta perkhidmatan yang lebih andal."

Untuk maklumat lanjut hubungi:

Xiaorui Sun
+86-10-6361-1888 x1698
bj.sunxr@jasolar.com

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts