omniture

Respons Industri Mohair Afrika Selatan terhadap Tuduhan Penderaan Haiwan

Mohair South Africa
2018-05-07 09:00 609

PORT ELIZABETH, Afrika Selatan, 7 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Industri Mohair Afrika Selatan terkejut mengenai laporan haiwan yang dianiaya yang didedahkan pada hari Rabu, 2 Mei 2018. Kami memandang laporan ini dengan amat serius dan menanganinya dengan kadar paling segera.

Meskipun kami menimbang sebahagian besar laporan tersebut, berserta rakaman yang disertakan, adalah tidak benar dari segi fakta dan memberi gambaran yang salah terhadap Industri Mohair Afrika Selatan, beberapa isu terpencil telah timbul dan kami telah memulakan siasatan bagi menangani isu-isu ini secara terus dan pantas.

Sepanjang dekad yang lalu, industri berkenaan telah mengambil perhatian yang sangat baik untuk memastikan amalan pengeluaran mampan diperkenalkan, diiringi dengan audit pihak ketiga pada awal tahun ini. Audit pihak ketiga ini akan diperluas dan dilaksanakan dengan kerjasama organisasi-organisasi perlindungan haiwan.

Setelah kami membuat kesimpulan daripada siasatan dan mengenal pasti individu yang telah melanggar Garis Panduan Industri Mampan, tindakan punitif akan dikenakan dan mereka akan berhadapan dengan tindakan menurut Akta Perlindungan Haiwan. 

Kambing Angora diternak bagi mendapatkan gentiannya dan tidak dianiaya dengan sengaja menurut apa cara sekalipun memandangkan ia merupakan mata pencarian setiap peladang mohair. Layanan terhadap haiwan berkenaan akhirnya menentukan pendapatan dan kelangsungan hidup peladang. 

Sebagai satu industri, kami bersemangat menjaga haiwan kami, gentian serta setiap seorang daripada 30,000 individu yang bergantung pada Industri Mohair sebagai mata pencarian mereka. Kami ingin memastikan bahawa kami dapat menggambarkan semangat dan dedikasi pengeluar Afrika Selatan dan juga industri luar biasa kami, iaitu semangat dan dedikasi yang diiktiraf secara meluas oleh komuniti antarabangsa.

Sementara itu, semua mohair yang dihasilkan di ladang yang terbabit semasa siasatan dijalankan akan digantung dan ditarik balik daripada lelongan sehinggalah ia diaudit dan didapati selari dengan garis panduan industri.

Deon Saayman                                                                                                                     
Pengarah Urusan - Mohair Afrika Selatan
Tel: +27-41-487-1386
http://www.mohair.co.za

Source: Mohair South Africa
Keywords: Fashion Retail Textiles Animal Welfare