omniture

OPEC: Menteri Tenaga bakal Bincang Sumbangan Petroleum terhadap Masa Depan Tenaga Mampan

OPEC
2018-05-07 10:22 711

VIENNA, 7 Mei 2018 /PRNewswire/ --

Seminar Antarabangsa OPEC ke-7 mulai 20-21 Jun 2018 di Vienna bakal menjadi perhimpunan eksklusif untuk wakil-wakil berpangkat tinggi daripada kerajaan, syarikat, bidang sains dan dunia akademik  

Seminar Antarabangsa OPEC ke-7, salah satu forum paling terkenal di dunia untuk pakar-pakar utama dalam bidang tenaga, akan berlangsung mulai 20-21 Jun 2018 di Hofburg Palace, Vienna. Menteri-menteri daripada Negara-negara Ahli OPEC serta negara-negara pengeluar bukan OPEC akan berhimpun bersama-sama wakil-wakil berpangkat tinggi daripada syarikat-syarikat dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, serta saintis-saintis dan pakar-pakar tenaga yang terkemuka, bagi membincangkan topik yang berkaitan dengan tema tahun ini 'Petroleum - Kerjasama untuk Masa Depan Mampan'. Sejumlah lebih 750 peserta dijangkakan. Program tersebut juga mengadakan penyampaian Anugerah OPEC 2018 untuk Penyelidikan dan Kewartawanan di Dewan Bandar Raya Vienna.

Penceramah dan ahli panel yang amat tersohor   

Sepanjang dua hari seminar berlangsung, para hadirin akan dapat mendengar daripada pelbagai penceramah peringkat tinggi. Menteri-menteri daripada Negara-negara Ahli OPEC, negara-negara pengeluar bukan OPEC, negara-negara pengguna minyak utama, serta ketua-ketua dari banyak pertubuhan antara kerajaan, akan menilai dan membincangkan mengenai pelbagai perspektif berkisarkan tema menyeluruh dalam lima sesi yang hangat. Setiap sesi akan mempunyai ucapan dasar, diikuti dengan perbincangan panel yang merangsang pemikiran. Penceramah-penceramah yang telah disahkan juga termasuk ketua-ketua eksekutif syarikat-syarikat minyak negara dan antarabangsa, pemimpin-pemimpin industri lain, para ilmuwan dan juga pakar-pakar tenaga.

Penyampaian Anugerah OPEC 2018 

Sebagai sebahagian daripada Seminar Antarabangsa OPEC, Anugerah OPEC untuk Penyelidikan dan Kewartawanan akan disampaikan di Dewan Bandar Raya Vienna.

Seminar Antarabangsa OPEC ke-7 
20-21 Jun 2018
Hofburg Palace
Vienna, Austria

Pendaftaran acara kini dibuka di: https://www.opecseminar.org/opec-seminar-ticket-registration.htm bagi mendapatkan tempat duduk yang terhad dalam acara ini. Pelajar-pelajar layak mendapatkan harga tiket istimewa.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari http://www.opecseminar.org

Latar Belakang Seminar Antarabangsa OPEC 

Seminar Antarabangsa OPEC ialah salah satu acara ulung dalam kalendar tenaga dunia. Seminar OPEC pertama telah diadakan di Vienna pada tahun 1969, dengan Seminar-seminar yang semakin meningkat saiz serta skopnya selama bertahun-tahun, yang bukan sahaja membincangkan topik-topik berkaitan petroleum, tetapi juga isu-isu lain seperti kewangan global, pembangunan mampan dan alam sekitar. Siri Seminar Antarabangsa OPEC masa kini bermula pada tahun 2001 dan telah memberikan dorongan baharu kepada isu-isu industri utama dan membangunkan laluan sedia ada dan baharu untuk dialog dan kerjasama.

Latar Belakang OPEC 

Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) ialah pertubuhan antara kerajaan tetap yang ditubuhkan pada tahun 1960. Kini, OPEC mempunyai 14 Negara Ahli (Algeria, Angola, Ecuador, Equatorial Guinea, Gabon, IR Iran, Iraq, Kuwait, Libya, Nigeria, Qatar, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Venezuela) dan ibu pejabatnya terletak di ibu negara Austria, Vienna.

Akreditasi Media Seminar Antarabangsa OPEC ke-7
Franziska Peterlik
Pentadbiran & Penyelarasan
Emel: opecseminar2018@eventplan.at
Tel: +43-660-2003071

Maklumat Perhubungan Seminar OPEC
Cik Hind Zaher
Pakar Perhubungan Awam
Emel: seminar@opec.org
Tel: +43-21112-3312

Source: OPEC
Keywords: Oil/Energy Utilities Future Events