omniture

Epsilon Naik Taraf Rangkaian Global Sediakan Perkhidmatan 100G Atas-Permintaan

Epsilon
2018-05-07 21:00 653

CHICAGO, 7 Mei 2018 /PRNewswire/ --

Epsilon gunakan teknologi Eternet bersuis optik paket generasi seterusnya bagi mendayakan ketersambungan berskala hiper untuk menyokong pertumbuhan Data Besar, IoT dan Awan pada skala global 

Epsilon, Penyedia Perkhidmatan komunikasi global milik persendirian, memulakan penggunaan berfasa teknologi Eternet bersuis optik paket 100 Gigabait sesaat (100G) dalam seluruh rangkaian tulang belakang globalnya. Penggunaan berkenaan akan membolehkan Epsilon menawarkan perkhidmatan kepada rakan-rakan kongsinya dengan ketersambungan 100G atas permintaan melalui platform Infiny. Rakan-rakan kongsi akan mendapat manfaat daripada ketersambungan berskala hiper yang direka bentuk untuk menyokong Data Besar, Internet Komunikasi Benda (IoT) dan Awan seluruh dunia.

Fasa 1 penggunaan akan meluaskan perkhidmatan 100G di seluruh AS, Eropah dan seluruh Atlantik. Epsilon akan menaik taraf rangkaian AS terasnya yang menghubungkan New York, Ashburn, Miami, Dallas, Los Angeles, San Jose, Seattle dan Chicago. Fasa 1 juga membabitkan penggunaan Titik Kehadiran (PoP) baharu di Denver, Houston, Atlanta, Montreal, Toronto, Seattle dan San Jose.  

"Transformasi ICT dan Syarikat Telekomunikasi sebenar yang berlaku di seluruh dunia didorong oleh pertambahan data dan kami melabur untuk menaik taraf rangkaian kami kepada teknologi terkini untuk menyokong pertumbuhan masa depan. Kami mewujudkan skala hiper dalam rangkaian kami untuk memodenkan platform kami dan memastikan rakan-rakan kongsi kami berupaya menyokong Data Besar, IoT dan Awan dalam tempoh jangka panjang menerusi ketersambungan atas permintaan," kata Jerzy Szlosarek, Ketua Pegawai Eksekutif Epsilon. "Penaiktarafan ini menandakan rakan-rakan kongsi kami dapat memperuntukkan 100G dari New York ke Singapura dengan hanya satu klik pada butang. Kami melaksanakan visi kami demi perangkaian global yang anjal, lancar dan pintar."

Fasa 2 akan bermula pada pertengahan musim panas 2018 dan akan melibatkan penaiktarafan 100G kepada rangkaian pan-Eropah Epsilon, memperkenalkan perkhidmatan 100G antara 50 tapak PoP di seluruh lokasi hab utama di London, Paris, Frankfurt, Amsterdam dan Marseille. Tapak-tapak di Asia Pasifik akan dinaik taraf bermula pada tahun 2019. Rakan-rakan kongsi akan mula melihat pertambahan pilihan ketersambungan yang muncul pada Infiny oleh Epsilon secara berterusan sepanjang dua tahun akan datang.

"Kami membawa rangkaian kami ke tahap baharu dan meninggalkan struktur legasi di belakang. Sekiranya terdapat batasan, kami melihat kebolehskalaan dan kebolehsuaian yang terus dapat memenuhi keperluan rakan kongsi. Penaiktarafan berkenaan menjangkakan pertumbuhan trafik besar-besaran yang dipacu oleh penggunaan Awan dan realiti IoT serta Data Besar," kata Vibeke Harder, Pengarah Operasi Rangkaian dan Teknologi Global di Epsilon. "Ini lebih daripada sekadar segar semula. Ia meletakkan rangkaian kami pada landasan daripada 10G kepada 100G dan akhirnya 400G."

Maklumat perhubungan:
Chadwick Kinlay
c.kinlay@epsilontel.com
+65-681-34-095

Source: Epsilon
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology New products/services