omniture

Inter Lubric China 2018 Bakal Diadakan di Shanghai mulai 7-9 November

Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd
2018-05-08 10:00 629

SHANGHAI, 8 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Dengan kejayaan penutupan Beijing 2017, Inter Lubric China mengumumkan sambutan ulang tahun ke-19nya. Pameran Pelincir dan Teknologi Antarabangsa China (Inter Lubric China) ke-19 bakal diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC) di Shanghai mulai 7-9 November 2018.

Ditaja oleh SINOPEC Lubricant Company, PetroChina Lubricant Company dan CCPIT Shanghai, dianjurkan oleh Shanghai Intex, Inter Lubric China diadakan setiap tahun di Beijing, Guangzhou, Shanghai sejak 18 tahun lalu, menarik lebih 25,000 pempamer termasuk SINOPEC, PetroChina, CNOOC, ExxonMobil Chemical, Shell, Fuchs, Caltex, GS Oil, INEOS, G-Energy, BASF, Chemtura, Dow, Lubrizol, HUNTSMAN, Croda, Henkel, LUKOIL, ENI, SK, Afton, Valvoline, Total, WD-40, ENEOS, AMALIE, Emery, Petromin, Sephan Oil, SASOL, MicRos, LOPAL, HANDI, NACO, Jama, LiuGong dan banyak lagi. Lebih 200,000 pengunjung profesional yang terdiri daripada pengeluar, peniaga, pengedar dan pengguna akhir mengunjungi pameran ini. Inter Lubric China telahpun diiktiraf sebagai pameran jenama yang paling berwibawa, berskala luas, bertaraf antarabangsa dan profesional dalam industri pelincir.

Barang pameran melibatkan produk pelincir automotif dan produk penyelenggaraan kimia automotif, minyak dan gris pelincir perindustrian, pelincir dan cecair kerja logam, bahan-bahan antikarat, aditif pelincir dan minyak asas, sistem pelincir dan jentera, peralatan pempakejan, pengecasan dan pencampuran untuk penghasilan bahan pelincir, teknologi dan peralatan pengujian, kawalan kualiti, kitar semula, penilaian untuk produk pelincir, sumber manusia pelincir, khidmat runding, media dan sebagainya.

Inter Lubric China turut mempunyai pelbagai program sampingan berkualiti mencakupi trend industri, teknologi dan pemasaran. Sejak 18 tahun lalu, terdapat lebih 120 seminar dan persidangan diadakan semasa pameran. Inter Lubric China 2018 juga akan membawakan lebih banyak acara premium:

  1. Persidangan Pelincir, Minyak Asas & Aditif Antarabangsa China 2018
  2. Program Peniaga dan Pengedar Pelincir Domestik 2018
  3. Kursus-kursus Latihan Pelincir Antarabangsa
  4. Forum Pembangunan Teknologi Kerja Logam China
  5. Kursus Latihan Cecair Kerja Logam Antarabangsa

Hubungi Kami:

Cik Apple Gu
TEL: +86 21 62951395
FAKS: +86 21 62780038
EMEL: guyuan@shanghai-intex.com
Laman Sesawang: www.interlubric.com

Source: Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd
Keywords: Oil/Energy Utilities Environmental Issues