MANAMA, Bahrain, 8 Mei 2018 /PRNewswire/ --
Forum global baharu, Gateway Gulf, bakal himpunkan kumpulan terpilih dengan 500 pelabur global dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi buka peluang seluruh GCC
Peluang-peluang transformasi ekonomi dan pelaburan wilayah berkenaan akan menjadi tumpuan Gateway Gulf sulung di Bahrain minggu ini di bawah naungan Duli Yang Teramat Mulia Putera Salman bin Hamad Al Khalifa, Putera Mahkota, Timbalan Komander Tertinggi dan Pengerusi Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain (EDB).
Acara ini, yang diadakan mulai 8 hingga 10 Mei bertempat di Four Seasons Hotel, Bahrain Bay, menghimpunkan lebih 500 pelabur dan pemimpin perniagaan dunia untuk meneroka cara-cara bagi membuka peluang-peluang yang diwujudkan oleh transformasi ekonomi di GCC. Acara ini menyediakan laluan terus untuk mengakses pasaran GCC dengan menonjolkan projek-projek serantau utama yang telah dilaburkan bernilai USD $18 bilion, dengan projek-projek dalam fasa perancangan akan memacu nilai rancangan projek kepada USD $26 bilion. Acara ini turut menawarkan peluang-peluang untuk memadankan pembiayaan dengan projek-projek infrastruktur berskala besar di Bahrain.
Bahrain turut mempercepatkan kemajuan banyak projek pelaburan sektor awam dan swasta bernilai lebih USD $32 bilion mencakupi sektor-sektor pengilangan, logistik, infrastruktur, rawatan kesihatan, pendidikan dan pelancongan, bagi menyokong matlamat pertumbuhan ekonomi jangka panjang dan lestari Kerajaan Arab Saudi.
Menjelang acara, Tuan Yang Terutama Khalid Al Rumaihi, Ketua Eksekutif, Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain mengulas: "Aspek penting peranan kami di EDB adalah untuk berbincang bersama pelabur-pelabur antarabangsa dan kami mendapati mereka berasa amat teruja dengan potensi untuk menembusi dan berkembang dalam pasaran Teluk. Walau bagaimanapun, mereka ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk meneroka peluang-peluang ini dan atas sebab inilah kami mewujudkan Gateway Gulf."
Acara ini akan membawakan sesi plenari tahap tinggi yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin perniagaan utama dalam sektor-sektor pertumbuhan strategik, termasuk pengilangan, pelancongan, hartanah, kuasa, air dan tenaga, serta akan menekankan beberapa isu perniagaan utama yang kini dihadapi oleh wilayah ini tatkala ia membuka peluang pelaburan baharu kepada sektor swasta.
"Bahrain ialah ekonomi yang paling pesat berkembang di GCC pada tahun 2017, trend yang diramalkan oleh IMF untuk diteruskan menuju tahun 2018. Momentum pertumbuhan yang kukuh ini, digandingkan dengan lokasi strategik Kerajaan Arab Saudi, persekitaran perniagaan yang menggalakkan dan berkesan kos serta tenaga kerja berbakat, menawarkan syarikat-syarikat antarabangsa dengan asas yang mantap untuk mengakses pertumbuhan di seluruh wilayah," tambah T.Y.T. Khalid Al Rumaihi,
Sorotan utama dalam acara termasuk sesi panel yang bertajuk 'Mengatur Dasar Fiskal dengan Pertumbuhan Ekonomi' yang akan membincangkan cara-cara yang boleh dilakukan oleh penggubal dasar bagi menangani cabaran untuk mencapai pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan dasar fiskal yang mantap. Sesi berkenaan akan menampilkan T.Y.T. Shaikh Ahmed bin Mohammed Al Khalifa, Menteri Kewangan, Bahrain; T.Y.T. Dr. Nayef Falah Al Hajraf, Menteri Kewangan, Kuwait; T.Y.T. Mohamed Boussaid, Menteri Ekonomi dan Kewangan, Maghribi; T.Y.T. Faisal bin Fadhil Alibrahim, Naib Menteri Ekonomi & Perancangan, Arab Saudi; dan Michèle Lamarche, Lazard Frères.
Satu lagi sesi panel bertajuk 'Merungkai Persoalan FDI' akan melibatkan penceramah-penceramah seperti Stuart Jones, Bechtel; Anil Kumar, Ransat Group; Fadi Ghandour, Wamda Group & Aramex; Yusuf Ali, Lulu Group; Shaikh Dr. Meshaal bin Jaber Al Ahmed Al Sabah, KDIPA; dan T.Y.T. Khalid Al Rumaihi, yang akan membincangkan usaha-usaha yang harus dilaksanakan oleh negara-negara GCC untuk membolehkan pelabur meninjau peluang-peluang yang dibawakan oleh wilayah ini.
Sesi-sesi lain di Gateway Gulf akan memberi pencerahan mengenai Pengkomputeran Awan, Teknologi Kewangan, Rantaian Blok serta Minyak dan Gas dengan menampilkan penceramah-penceramah berprofil tinggi termasuk T.Y.T. Dr Majid bin Abdullah Al Qasabi, Menteri Perdagangan dan Pelaburan, Arab Saudi; T.Y.T. Khaled Nasser Abdullah Al-Roudan, Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Kuwait; T.Y.T. Zayed Al Zayani, Menteri Perindustrian, Perdagangan dan Pelancongan, Bahrain; Jassim Alseddiqi, Abu Dhabi Financial Group; Mohammed Alshaya, Alshaya Group; Eng. Ibrahim AlOmar, Lembaga Pelaburan Am Arab Saudi (SAGIA); dan Klaus Kleinfeld, NEOM.
Maklumat tambahan boleh didapati di: http://www.gatewaygulf.com
Twitter: @GatewayGulfBH
#GatewayGulf
Untuk maklumat lanjut mengenai EDB Bahrain layari http://www.bahrainedb.com
Twitter: https://twitter.com/bahrainedb
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/bahrainedb/
Sumber: Bahrain Economic Development Board