omniture

Kusano/Take, Karpa/Sievers, Menang dalam Perlawanan Sengit di Manila

GANDINGAN HEBAT JEPUN, JERMAN DOMINASI KEJOHANAN TERBUKA MANILA 2018
E-Plus Global Sdn Bhd
2018-05-08 19:38 768

MANILA, Filipina, 8 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Jelajah Dunia Bola Tampar Pantai Federation Internationale de Volleyball (FIVB) -- Kejohanan Terbuka Manila 2018 yang sulung di Sands SM by the Bay di Metro Manila melabuhkan tirai pada hari Ahad menerusi perlawanan peringkat separuh akhir dan peringkat akhir di gelanggang tengah.

Dalam perlawanan kategori wanita, Ayumi Kusano/Takemi Nishibori dari Jepun dinobatkan juara bagi Kejohanan Terbuka Manila 2018 sulung. Pingat perak menjadi milik Paula Soria Gutierrez/Maria Belen Carro Marquez de Acuna dari Sepanyol manakala Paraguayans Michelle Sharon Valiente Amarilla/Erika Sofia Mongelos Bobadilla (PAR) membawa pulang pingat gangsa.

"Ia merupakan permainan yang amat baik buat kami memandangkan kami dapat membuat servis yang baik dalam permainan dan bermain dengan bersungguh-sungguh. Kami berasa amat gembira dengan keputusan ini dan kejayaan memenangi pingat emas!" ulas Kusano/Take selepas menewaskan Soria/Carro dari Sepanyol dalam straight set (21-14, 21-18).

Dalam perlawanan kategori lelaki, Max-Jonas Karpa/Milan Sievers dari Jerman membalas kekecewaan mereka di Langkawi untuk muncul juara dalam Kejohanan Terbuka Manila 2018 dengan diberi penghormatan untuk dinobatkan sebagai juara kategori lelaki. Membawa pulang tempat kedua menerusi kemenangan pingat perak kedua berturut-turut ialah Petr Bakhnar/Taras Myskiv dari Rusia yang mendahului Gabriel Kissling/Michiel Zandbergen dari Switzerland dengan pingat gangsa.

Selepas perlawanan tiga set yang panjang dan sengit bagi meraih pingat emas, gandingan Karpa/Sievers dari Jerman berjaya menewaskan Bakhnar/Myskiv dari Rusia dalam langkah untuk menjadi juara kategori lelaki Kejohanan Terbuka Manila 2018, yang mengulas, "Sukar dipercayai, permulaan kami tidak begitu bagus memandangkan kami berdepan beberapa masalah dengan 'sky balls' daripada gandingan Rusia. Namun demikian, kami berjaya mengatasinya dan selepas dua set, kami tidak lagi mempunyai sebarang masalah. Pertahanan blok kami jauh lebih baik selepas set kedua dan kami menang! Kami tergamam memandangkan kami tidak pernah menjangkakan keputusan sedemikian! Sungguh hebat sekali!"

Andrew Ching, Ketua Pegawai Eksekutif E-Plus Global, pempromosi pertandingan mengulas, "Hari perlawanan yang menakjubkan dan cara yang begitu tepat untuk melabuhkan tirai Jelajah Dunia Bola Tampar Pantai FIVB -- Kejohanan Terbuka Manila 2018. Semua pesaing bermain dengan tekad untuk menang dan ia dapat disaksikan pada kesemua perlawanan yang hebat dan unggul yang dimainkan hari ini. Tahniah diucapkan kepada Ayumi Kusano/Takemi Nishibori dan Max-Jonas Karpa/Milan Sievers atas kejayaan menjadi juara pertama kategori wanita dan lelaki Kejohanan Terbuka Manila 2018! Kami turut berterima kasih kepada pihak penganjur, Beach Volleyball Republic, rakan-rakan kongsi dan semua penaja kerana menjadikan Kejohanan Terbuka Manila 2018 sulung satu kejayaan!"

Source: E-Plus Global Sdn Bhd
Keywords: Sporting Events Sports