omniture

Guns N' Roses muncul Penghibur Utama Konsert Selepas Perlumbaan Yasalam Ahad Malam di Abu Dhabi Grand Prix 2018

Yas Marina Circuit
2018-05-09 16:35 874

ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 9 Mei 2018/PRNewswire/ -- Litar Yas Marina dan FLASH Entertainment hari ini mengumumkan bintang handalan global seterusnya yang bakal membuat persembahan di Konsert Selepas Perlumbaan Yasalam tahun ini sebagai sebahagian daripada hujung minggu FORMULA 1 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX 2018.

generated by system

Legenda rock Amerika Guns N' Roses bakal menjadi penghibur utama Konsert Selepas Perlumbaan Yasalam di du Arena, Pulau Yas, pada hari Ahad 25 November.

Salah sebuah kumpulan muzik rock yang terhebat, penambahan Guns N' Roses pasti menjadi tumpuan kepada gerombolan penggemar perlumbaan yang pergi ke Abu Dhabi Grand Prix dari lebih 170 negara seluruh dunia.

Penggemar muzik rock di Abu Dhabi boleh menjangka untuk menyaksikan ahli asal Axl, Slash, dan Duff mempersembahkan katalog penuh lagu hit Guns N' Roses termasuk 'Welcome to the Jungle', 'Sweet Child o' Mine' dan 'Paradise City'

Vokal tersendiri Axl Rose, petikan gitar Slash yang menakjubkan dan Duff McKagan di gitar bes masih menjadi teras bunyi Guns N' Roses yang akan memenuhi du Arena.

Guns N' Roses, yang telah menjual lebih daripada 100 juta rekod di seluruh dunia, telah membuat persembahan di stadium yang habis terjual di seluruh dunia dalam tahun-tahun kebelakangan ini, yang bermakna peminat yang pergi ke du Arena boleh menjangkakan untuk melihat persembahan mengagumkan oleh bintang rock legenda ini.

Hanya tinggal beberapa minggu untuk membeli tiket 'Pengunjung Awal' untuk Abu Dhabi Grand Prix pada harga diskaun istimewa sebanyak 30 peratus. Menawarkan nilai hebat kepada para peminat perlumbaan ini, tiket 'Pengunjung Awal' boleh didapati sehingga 31 Mei.

Al Tareq Al Ameri, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Yas Marina, berkata: "Guns N' Roses ialah salah sebuah kumpulan terbesar dalam muzik dan mengukuhkan proposisi hiburan empat hari dalam litar, luar litar dan selepas perlumbaan. Kami teruja untuk mengumumkan bahawa barisan asal kugiran ini bakal menjadi penghibur utama persembahan malam Ahad di Konsert Selepas Perlumbaan Yasalam tahun ini sebagai sebahagian daripada hujung minggu Abu Dhabi Grand Prix 2018. Dengan dua persembahan hebat yang sudah diumumkan, kami berharap untuk mengumumkan artis besar seterusnya yang bakal membuat persembahan di pentas sebagai sebahagian daripada hujung minggu yang hebat dengan perlumbaan, muzik secara langsung dan hiburan untuk para pemegang tiket."

Tiket boleh didapati di http://www.yasmarinacircuit.com

Sumber: Litar Yas Marina

Source: Yas Marina Circuit
Keywords: Entertainment Music Sporting Events Sports Future Events