omniture

Ranking U21 Sistem Pendidikan Tinggi Negara 2018

Universitas 21
2018-05-11 08:00 971

MELBOURNE, Australia, 11 Mei 2018 /PRNewswire/ --

  • Universitas 21 (U21) ialah jaringan global utama bagi universiti intensif penyelidikan
  • Kedudukan U21 tahunan ketujuh dedahkan negara-negara utama dunia bagi pendidikan tinggi
  • Lima Negara Teratas Keseluruhan: AS, Switzerland, UK, Sweden dan Denmark

Universitas 21 Ranking ialah satu-satunya laporan di dunia yang menilai sistem pendidikan tinggi negara, memenuhi keperluan sekian lama untuk menukar perbincangan daripada kedudukan universiti-universiti terbaik dunia, kepada sistem keseluruhan terbaik di setiap negara. Dibangunkan sebagai penanda aras untuk kerajaan, institusi pendidikan, penggubal dasar dan individu, ia menekankan kepentingan bagi mewujudkan persekitaran yang padu untuk institusi-institusi pendidikan tinggi demi menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan budaya, menyediakan pengalaman berkualiti tinggi untuk pelajar dan membantu institusi-institusi untuk bersaing dengan berkesan untuk pemohon luar negara.

generated by system

Universitas 21 membiayai penyelidikan di University of Melbourne yang telah menerbitkan laporan tahunan sejak tahun 2012. Laporan tahun 2018 menyenaraikan 50 negara dalam empat bidang (Sumber, Alam Sekitar, Ketersambungan dan Output) dan keseluruhannya. Kedudukan utama membandingkan prestasi negara terhadap yang terbaik di dunia dalam segenap aspek. Lima negara teratas ialah AS, Switzerland, UK, Sweden dan Denmark. Satu-satunya perubahan daripada tahun 2017 adalah kebalikan kedudukan Denmark dan Sweden. Penarafan subsidiari turut membandingkan bagaimana negara-negara menunjukkan prestasinya berbanding negara-negara di tahap KDNK per kapita yang sama.

Mengulas tentang keputusan tersebut, ketua penulis laporan Profesor Ross Williams di The Melbourne Institute menyedari kepentingan kolaborasi dan kesalingsambungan: "Sistem-sistem negara yang paling berjaya memperlihatkan ketersambungan yang kukuh antara institusi-institusi pendidikan tinggi, kerajaan dan juga sektor swasta."

Penarafan 2018 telah dilanjutkan dengan dua cara: pertama, dengan mengkaji penumpuan penyelidikan dan kedua, dengan menilai kepentingan latihan penyelidikan.

Profesor Sir David Eastwood, Pengerusi Universitas 21, mengulas:

"Penarafan pendidikan tinggi yang unik ini menyediakan analisis yang beraneka data terhadap ciri-ciri, impak, ketersambungan dan kecekapan sistem pendidikan tinggi negara. Kini memasuki tahun ketujuhnya, ia menawarkan perspektif jangka panjang dan global yang amat penting dari segi bagaimana sistem pendidikan tinggi negara sedang mengalami perubahan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penulis laporan, Profesor Ross Williams dan rakan-rakan sejawat beliau atas hasil kerja yang berwibawa dan dikagumi ramai." 

Laporan U21 Ranking 2018 dan ringkasan khusus negara: https://universitas21.com/rankings

Hubungi:  

Profesor Ross Williams
Ketua Pengarang
University of Melbourne
Emel: rossaw@unimelb.edu.au
Tel: +61-3-83442125  

Jade Bressington
Pengarah Operasi
Universitas 21
Emel: u21@universitas21.com
Tel: +44(0)121-414-9596

Source: Universitas 21
Keywords: Education Higher Education Survey, Polls & Research